Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Apa khabar semua? 

Diharapkan semuanya sihat, 

serta tetap berusaha bersemangat melalui hari-hari mendatang. 

 

Lama sungguh den tidak update blog ini. 

Haishhh. 

 

November 2022 ni hampir pasti timeline kita akan dipenuhi dengan cerita politik. 

5 November 2022 adalah hari penamaan calon. 

19 November 2022 adalah hari mengundi untuk Malaysia, 

walaupun ada negeri yang tidak dibubarkan DUN nya, 

seperti Selangor dan beberapa negeri lain. 

 

In sya Allah den akan mengundi untuk Parlimen Selangor. 

Walaupun memang patah hati keriuk-keriuk dengan isu politik semasa yang tidak pernah berkesudahan, 

hendaklah kita berusaha menunaikan hak memilih pemimpin ye. 

Ada sahaja kawan-kawan dan keluarga yang tidak mahu mengundi. 

Penat kata mereka dengan kisah politik yang macam-macam. 

Tapi sayang ye kalau kita tidak laksanakan hak yang satu ini. 

Kita boleh nasihatkan mereka untuk mengundi. 

Akhirnya keputusan di tangan mereka. 

Masing-masing udah besar panjang. 

Terserahlah ye. 

 

Setakat ni, den telah mengundi dalam PRU, PRN dan PRK. 

Tapi PRU14 yang paling den ingat. 

Sebabnya paginya pergi mengundi. 

Malamnya pergi berjimba di Konsert Bruno Mars. 

PRU14 juga menjadi satu sejarah sebab BN tumbang. 

PH sempat la memerintah selama 22 bulan. 

Sebelum Langkah Kajang, Langkah Sheraton dan bermacam-macam lagi dibuat. 

 

Dalam majoriti rakyat sangat terkesan dengan PKP, PKPB, PKPD, etc yang berkaitan dengan Covid19, 

Eh sakan juga deme-deme nih berpolitik ye. 

Seolah-olahnya tidak dipedulikan kita rakyat marhaein nih ye. 

Den sebagai rakyat sebenarnya mengharapkan Malaysia mempunyai barisan pemimpin yang prihatin tentang kesejahteraan, keselamatan, keharmonian Malaysia. 

Cerdik pandai dalam mentadbir Negara. 

Berhemah dalam perbelanjaan Negara. 

Cakna tentang ekonomi terutamanya kos sara hidup, gaji minimum, harga hartanah, etc. 

Celik mata dalam perhubungan antarabangsa. 

Tiada kompromi bab kesihatan, keselamatan dan pendidikan Negara. 

Kerajaan yang menjunjung integriti dan telus. 

Rakyat udah cukup pening fikir untuk survival hidup. 

Hidup di alam sana belum tahu macam mana. 

Bagi la kami hidup dengan tenang, serba mencukupi dan tidak lelah sementara menunggu mati. 

 

Den kongsikan video favourite den berkaitan memilih pemimpin oleh Mat Lutfi. 

Den suka video ni hhaahahhaha. 

Paling suka ayat “tidak semestinya ada kuasa baru boleh bantu rakyat”

Video GPS dengan Suara Ahli Politik pun best hehehehhehe.  


Eh panjang pula membebelnya ye.
 

Semoga November menjadi bulan yang terbaik untuk kita semua. 

Jangan lupa mengundi kepada mereka yang layak mengundi ye. 

Pilih pemimpin yang molek-molek. 

Semoga yang terbaik untuk Malaysia yang tercinta.

 

Lets rock November.

 

2 Comments