KLCG Confectionery & Bakery @Dataran Merdeka Tempat Makan Sedap Kuala Lumpur 2023
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Ini adalah tujuan asal den pergi ke Kuala Lumpur dengan seorang konco itu.
Katanya marilah kita makan di sini sebab viral orang beratur sakan panjang berjela untuk mengopi di sini.
Den kalau bab makan-makan ni in sya Allah jarang yang ditolak.
Kuala Lumpur City Gallery (KLCG) Confectionery & Bakery ini terletak di dalam bangunan KLCG berdekatan dengan Dataran Merdeka dan Perpustakaan Kuala Lumpur.
Jadinya kalau memandu ke sini, yang paling mudah adalah meletakkan kenderaan di parking Dataran Merdeka.
Lebih kurang 500 meter atau 5 minit berjalan kaki.
Sejenis kegigihan ye sebab pukul 8.30 am dah sampai walaupun café buka pukul 9 am hehehehehee.
Tetapi seawal pukul 8.30 pagi orang dah datang ke sini ye.
Boleh berehat-rehat cop meja dan mengambil gambar persekitaran yang menarik di sini lagi-lagi untuk orang yang pertama kali sampai sini macam den.
Den dera konco den supaya dia beratur terus sementara den mengambil gambar hehehehehehe.
Makanya kami menjadi orang pertama memesan makanan sebab beratur sejak 8.45 pagi.
Nampak tak kegigihan kami? Hehheheehehe.
Apa Kami Makan?
Kami makan 1 set big breakfast + seketul croissant + 2 kopi hipster.
Memang harga kayangan dowh hhehehehehe.
RM62 kalau tidak silap.
Ini pun den dah terasa mahal.
Mungkin masa pergi tuh perut tidak begitu lapar.
Jadinya kenyang banget walaupun berkongsi begitu.
Kita mengaplikasikan konsep sharing is caring ye.
Rasa makanan okay sedap je dekat tekak den.
Den memang peminat big breakfast.
Jadinya sedap aje la di tekak den nih ha.
Setakat den pergi beberapa café sebab den bukan café hoppers pun, sedap je la makanan yang den pernah cuba.
Pelbagai Menu Barat
Ada macam-macam menu yang korang boleh pilih sebagai main course ye.
Semua nampak macam sedap tapi itu la perut kita ni setakat mana je kapasitinya ye.
Den kongsikan menunya ye.
Yang orang selalu viralkan adalah croissant dan adik beradik serta sepupu sepapatnya yang termasuk dalam kategori pastry dan kek.
Masa den ambil gambar ni, tidak semua pastri siap diletakkan di atas dulang.
Bila den dah habis makan hendak ambil semula gambar macam tak larat pula sebab perut dah kenyang.
Jadi segan hendak mencelah-celah di kalangan orang yang sedang beratur panjang pun iya juga.
Ada macam-macam jenis pastri di sini.
Ada sejenis pastri tuh den tidak pasti apa namanya dan tidak sempat den ambil gambar, harganya seketul RM35.
Kalau untuk den, ngeri la harga macam ni hahahahhaha.
Tapi kalau nak rasa sekali sekala apa salahnya kan.
In sya Allah bila den kembali ke sini suatu hari nanti, den cuba makan pastri yang ini ye.
Persekitaran Menarik dan Welcoming
Disebabkan café ini terletak dalam bangunan lama dan bersekali dengan Kuala Lumpur City Gallery tuh sendiri, makanya memang banyak tempat cantik dan klasik untuk kita bergambar.
Tingkap pun cantik bagi den.
Ada disediakan beberapa coffee table book untuk kita baca sambil menjamu selera.
Tapi memang kalau hendak baca buku-buku ini kena spend masa dari café mula buka sampai tutup café nya sebab semua buku tebal-tebal dan macam best je.
Den berkenan dooh dekat coffee table book Masjid Selected Mosque And Musollas In Malaysia tuh tapi tak sempat nak selak pun huhuhu.
Cenderahati
Di hujung café nih ada disediakan ruang untuk mempamerkan pelbagai cenderahati termasuklah cenderahati yang fragile pada harga yang amatlah kayangannya.
Jadinya kalau bawa anak-anak yang suka bergelinjangan macam anak-anak den tuh ha, kena pastikan pilih tempat duduk sebelah hadapan dekat dengan pintu masuk ye bagi meminimakan risiko-risiko yang berkaitan.
Waktu Operasi
Dibuka setiap hari kecuali hari Selasa ye.
9.00 pagi - 6.00 petang.
Boleh check out website depa ye https://www.klcg.online/
Instagram: https://www.instagram.com/klcgconfectionarybakery/
Boleh order online juga.
Cumanya kalau hendak datang ke sini kalau perlu bertabah hati untuk beratur panjang sebab memang ramai peminat tempat ni.
Bukan sahaja disebabkan kepelbagaian spesies pastrinya.
Tetapi juga disebabkan kedudukan yang ala-ala di heart of Kuala Lumpur.
In sya Allah den nak datang lagi ke sini bila berkesempatan sebab banyak lagi pastri yang belum dicuba.
Memang awesome tempat ni.
2 Comments
serious tak menyesal pergi.berbaloi sgt-sangat.pastry dia semua sedap..
ReplyDeleteHa memang berbaloi2 kan😋
Delete