Minum Signature SYL White Coffee dan Menjamu Selera Nasi Lemak di Red Mountain Sin Yoon Loong White Coffee, Ipoh
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pitstop terakhir sebelum ke Weil Hotel bagi perasmian Perak Box Office adalah makan tengahari di Red Mountain Sin Yoon Loong White Coffee, Ipoh.
4 sebab kenapa korang kena cuba makan di sini adalah:
1. kopinya yang pekat, likat, memikat. Ada pelbagai jenis pilihan kopi di sini tetapi kopi terkenal mereka adalah white coffee;
2. nasi lemak sambal sotong dan udang;
3. persekitaran yang menyediakan banyak tempat berasaskan kayu Banyan untuk bergambar. Memang cantik dan unik tempat-tempat untuk bergambar. Tema ala rustic begitu; dan
4. penuh dengan kehijauan flora. Terapi mata begitu.
Café ini asalnya adalah daripada kilang kayu/papan. Di belakang café ini masih terdapat kilang kayu/papan yang masih beroperasi. Dalam café pun tertera perkataan Bukit Merah Wood Products. Boleh buat tempahan perabot atau apa-apa yang berasaskan kayu di sini juga ye.
Menjamu selera nasi lemak sambal sotong dan udang + kepak ayam + kuih mochi + kuih buah melaka sambil duduk di dalam kafe estetik kayu Banyan memang mengasyikkan.
Sambal sotong dan udangnya sedang elok untuk den, tidak terlalu pedas dan tidak manis. Just nice bak kata orang.
Mula-mula macam ala kenapa bagi minum air kosong je.
Rupa-rupanya memang begitu SOP nya supaya ianya tidak akan clash dengan rasa kopi yang akan dihidangkan selepas kita selesai makan nasi lemak.
Ada banyak pilihan kopi di sini. Kalau sesiapa yang tidak minum kopi, ada pelbagai pilihan minuman lain di sini untuk dicuba.
Kami bertiga pilih kopi yang berbeza supaya kita dapat rasa tiga rasa kopi berlainan. Kami pilih:
1. SYL White Coffee (ini salah satu signature coffee nya. Jadi memang kena rasa);
2. Coconut Milk Coffee (satu lagi signature coffee); dan
3. SYL Kopi (C).
Kami pun semanis kopi..eh... |
Kiri SYL White Coffee, kanan Coconut Milk Coffee |
SYL Coffee dapat biskut keras sekali |
Selesai sesi makan dan minum sampai segah perut, kami seterusnya berpeluang melawat ke bahagian belakang café yang menempatkan ruang ala-ala teater, ada pentas dan kerusi lama macam kerusi panggung wayang lama era 80an di Odeon, Rex dan Cathay. Nampak sangat den dah masuk usia senja ye sebab kenal kerusi macam ni hehheehhehee.
Banyak perabot dan peralatan lain yang diperbuat daripada kayu dipamerkan di sini.
Hiasan potongan dan bongkah kayu yang disusun memang cantik sangat untuk jadi latarbelakang untuk bergambar. Terkesima sekejap tengok kayu kayan yang unik di sini. Kreatif ye mereka ni.
Sepanjang perjalanan di sini, ada banyak flora di kiri kanan ruang. Terapi mata sekejap di sini.
Tandasnya pun unik ala-ala macam tandas di Pasar Seni, Kuala Lumpur.
Memang one of its kind café begitu.
Café di sini adalah pork free.
Untuk maklumat lanjut tentang café ini, boleh layari:
Facebook: https://www.facebook.com/REDMOUNTAINSINYOONLOONG
Instagram: https://www.instagram.com/redmountain_sinyoonloong
0 Comments