Assalamualaikum dan salam sejahtera.

SHEIN, peruncit dalam talian yang menghimpunkan produk fesyen serta gaya hidup; senantiasa berusaha dalam memegang visinya untuk menyokong rekaan pereka tempatan. Sama ada menerusi reka bentuk, seni mahu pun apa jua yang terkait; para pereka tempatan telah mengekspresikan diri mereka secara kreatif. Secara tidak langsung, mengambil perhatian SHEIN untuk menghadirkan peluang buat mereka.

Bukan sahaja membanggakan negara, barisan pereka lokal ini juga berjaya meraih pelbagai anugerah di kalangan warga serantau yang mengambil bahagian dalam Cabaran SHEIN X 100K pada tahun 2021.

Berikutan dari acara itu, pereka fesyen lokal, Li Wen dinobatkan Anugerah Paling Kreatif dalam pengolahan rekaannya yang membiaskan rona serta cetakan kontras.

Manakala Brian Khoo pula meraih Anugerah Pilihan Pengundi. Lantas, koleksi garapan kedua pereka tempatan ini tampil dijual di SHEIN.

Keterbiasaannya adalah sukar buat para pereka untuk menterjemah lakaran karya mereka daripada cebisan kertas kepada ceraian pakaian sebenar. Apatah lagi bila untuk memasarkan pakaian itu kepada khalayak global. SHEIN menawarkan sokongan buat para pereka baharu ini untuk mempamerkan ciptaan mereka kepada pasaran global.

Bekerjasama erat bersama para pereka ini, kehadiran SHEIN secara tidak langsung, membimbing dari permulaan kepada pensampelan, pengeluaran dan pengedaran.

Pengkarya digital, pelakon, penerbit, model dan hos televisyen; Yaya Zahir juga merupakan salah seorang pereka yang pernah berkolaborasi bersama SHEIN di mana bintang realiti tv ini melancarkan koleksi SHEIN X YAYA ZAHIR yang menampilkan rangkaian pakaian statement bersentuh gaya quirky juga tampil berwarna-warni.

“SHEIN benar-benar percaya pada kreativiti para pereka tanah air dan saya sangat bersyukur kerana SHEIN kini memberi platform untuk menonjolkan karya kami,” kongsi Yaya Zahir.

“Saya gembira kerana akhirnya saya berpeluang untuk membentangkan rekaan pakaian saya kepada umum.”

Sehingga hari ini, 12 pereka tanah air; termasuk Miriam Omar, Sherwan Rozan, Carson Wong, Laven.L, Valerie Hsin, AIYMY, JewelSum, ZUUSAHA dan Season Lye tampil berkolaborasi dengan SHEIN X.

Miriam Omar adalah satu-satunya pereka dari Asia Tenggara yang dipilih untuk pementasan fesyen virtual #SHEINforall buat musim bunga/panas 2022. Sekali gus, membuktikan kredibiliti serta kualiti para pereka fesyen tanah air yang boleh diakses global.

Bentangan karya yang penuh gaya kreasi kumpulan pereka berbakat ini memeterai sokongan penuh SHEIN terhadap hasil kerja pereka serta pengkarya tempatan.

“Sangat paling menggembirakan bila dapat melihat jenama antarabangsa memberi pengiktirafan kepada pereka fesyen Malaysia,” kata pemenang Anugerah Paling Kreatif Cabaran SHEIN X 100K; Li Wen. “Semoga ia memberi inspirasi kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk menceburi bidang reka bentuk fesyen.”

Pada masa yang terpilih, SHEIN bakal melancarkan Jualan Mega yang mana diskaun akan diberi sehingga 90% menerusi laman sesawang juga aplikasi mudah alih SHEIN. Jadi selalulah menjenguk ke laman sesawang SHEIN ye.

Sila mencuci mata dengan pelbagai pilihan pakaian di:

Laman sesawang: https://my.shein.com/

Facebook: https://www.facebook.com/SHEINOFFICIAL/

Instagram: https://www.instagram.com/sheinmalaysia

untuk mula menambah ceraian pakaian buat gerobok fesyen anda. Muat turun aplikasi SHEIN Malaysia di App Store dan Google Play bagi memastikan kita tidak ketinggalan untuk mendapat maklumat terkini tentang tawaran-tawaran terbaik daripada SHEIN.

#supportlokal

0 Comments