Resensi Buku Politik Untuk Pemula oleh Ayman Rashdan Wong
Tajuk: Politik Untuk Pemula
Penulis: Ayman Rashdan Wong
Mukasurat: 236
Tema: Sains Politik dan Budaya Politik
Penerbit: Patriots Publishing Sdn Bhd
Buku Lain Penulis: Dunia Tanpa Tembok 1,2 dan 3 serta Kitab Tamadun Cina.
I will shake hands with the devil if I must to stop it. History will
write my name in blood but I don't care. This country is everything to me. I
will gladly endure a bloodbath if it is necessary to solidify the foundation of
this kingdom so that it can thrive for the next 1000 years.
Yi Bang Won, My Country The New Age
Quote ni tiada pun dalam buku Politik Untuk Pemula ni tetapi sepanjang den membaca buku ni terngiang-ngiang di kepala den beberapa series dan filem yang berkaitan dengan pemerintahan (ditambah pula dengan Jang-hyuk sangat berkarisma dan kacak dalam KDrama ni😅, jadinya buat den teringat lebih kepada KDrama yang satu ini).
"Sistem demokrasi berpresiden jauh lebih stabil daripada demokrasi berparlimen sebab boleh mewujudkan kerajaan yang paling meritokratik di mana orang bukan politik boleh menganggotai kabinet tetapi berpotensi untuk mewujudkan kerajaan diktator".
Mana-mana buku Ayman Rashdan Wong semuanya ilmiah tetapi digarap dengan bahasa mudah faham bagi topik berat supaya rakyat marhaein macam den ni boleh membaca buku ini sampai habis tanpa ada rasa hendak membaling buku ini ke dinding.
In sya Allah boleh faham apa intipati yang cuba disampaikan walaupun berenyut-renyut jargon terdapat di dalamnya.
Kesimpulannya setiap jenis sistem pemerintahan samada:
1. Kerajaan Monarki
2. Kerajaan Republik
3. Kerajaan Demokrasi - demokrasi berparlimen, demokrasi berpresiden dan demokrasi campuran)
4. Kerajaan Autoritarian - monarki mutlak, monarki berpelembagaan dan negara satu parti (idea komunis), kerajaan totalitarian (kerajaan autoritarian paling ekstrem contohnya Korea Utara) dan
5. Kerajaan Persekutuan
masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan. Apa yang paling penting adalah mereka yang memegang tampuk pemerintahan wajib melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan integriti yang tinggi dan kepimpinan mantap berdasarkan keperluan dan kepentingan negara masing-masing.
Terdapat pelbagai kisah tentang pelaksanaan ideologi politik samada Liberalisme, Konservatisme, Sosialisme, Nasionalisme, Fasisme dan Populisme.
Antara perkara yang stand out untuk den daripada buku ini:
1. Vladimir Putin mungkin pemimpin autoritarian di mata kebanyakan pemimpin dunia tetapi beliau berjaya menyingkirkan golongan elit (oligarch) dan memastikan eknonomi Rusia diurustadbir oleh kerajaan sepenuhnya bagi menjamin kestabilan ekonomi dan negara, berjaya mengalahkan pemisah Chechya, melindungi nilai konservatif Kristian Ortodoks (menentang LGBT), etc - ini faktor beliau kekal memerintah Rusia lebih 20 tahun.
2. Contoh golongan elit yang ala-ala untouchable dan secara tidak langsung mempengaruhi dasar kerajaan adalah golongan chaebol di Korea Selatan seperti Samsung, Hyundai, LG dan Letto.
Teringat pula kisah pelakon Go Hyun-jung berkahwin dengan CEO Shinsigae yang juga merupakan cucu kepada pengasas Samsung. Lepas bercerai, Shinsagae bagitau bahawa sebarang perkara berkaitan Go Hyun-jung termasuk produk di mana dia menjadi duta tidak diizinkan untuk masuk di semua pasaraya bawah Shinsagae. Biasa la den baca buku ilmiah pun, terkait dengan hiburan😅
Siapa ye golongan elit di Malaysia yang ala-ala untouchable sebegini😅
3. Mereka yang terlibat dalam politik hendak telus celah mana pun agak payah dan mustahil kerana memerlukan duit yang banyak untuk kempen dan sebagainya.
Di kala rakyat terkontang kanting hendak bertahan hidup dengan kadar inflasi meningkat, tahun ini sahaja kadar faedah dinaikkan 3 kali, harga barangan keperluan yang melonjak, nilai matawang jatuh, dsb, celah mana la kan rakyat boleh menyumbang untuk crowd funding bagi mana-mana pihak yang hendak berkecimpung dalam arena politik.
Duit seciput yang tinggal selepas membayar semua komitmen yang ada eloklah kita simpan sebab apa-apa jadi esok tidak kira siapa yang memerintah, kita kena jaga diri sendiri juga.
Siapa yang boleh salurkan dana politik dalam jumlah yang banyak kalau bukan sosok oligarch.
4. Teringat pula semasa Pilihanraya Negeri (PRN) tidak lama baru ini di mana kalau dibaca keadaannya di Twitter, parti yang membawa suara anak muda seolah-olah memang tiada masalah untuk menang besar. Alih-alih on ground kalah teruk.
Maksudnya
jangan berada di awang-awangan bab politik ni konon-konon mendapat sokongan
rakyat bagai, tengok juga realiti sebenar di kawasan terlibat. Jangan syok sendiri. Jangan duduk dalam bubble. Sila turun padang.
Kena ambil maklum realpolitik di sesuatu tempat.
5. Apakah persamaan antara King Gwanjong of Goryeo dan Abraham Lincoln? Kedua-duanya berusaha memansuhkan sistem hamba.
King Gwanjong mewartakan Slave and Land Act pada zaman pemerintahannya.
Selepas Abraham Lincoln menjadi Presiden USA pada 1860, pendekatan beliau menyebabkan negeri-negeri Selatan yang masih hendak mengekalkan sistem hamba abdi menubuhkan Confederacy yang berakhir dengan Perang Saudara yang berlanjutan sehingga 5 tahun.
Antara pesan pengarang buku:
1. Kestabilan politik adalah sangat penting bagi menjamin kemakmuran ekonomi dan sosial.
2. Kerajaan yang stabil diperlukan untuk merancang hala tuju Negara untuk jangka masa panjang.
3. Kita perlu berpijak di bumi nyata tentang apa yang hendak dicapai dan apa yang mampu dicapai dalam persekitaran sedia ada (realpolitik).
4. Kadang kala dasar tidak popular perlu dilaksanakan agar dapat menjamin kebaikan di dalam jangka masa yang panjang.
Semua sesuai membaca buku ini lagi-lagi apabila desas desus PRU15 bertiup kencang akhir-akhir ini sampai ada kenyataan 'sanggup meredah banjir begitu😅'. Yang kuban-kuban ahli politik Malaysia ni kan😅
Mahu tidak mahu politik dan kita tidak dapat dipisahkan kerana itulah lumrah dunia.
Makanya marilah kita semua mengundi nanti ye walaupun patah hati dengan keadaan politik semasa Malaysia yang penuh gelora dan bermacam langkah yang akhirnya mengakibatkan ketidakstabilan politik dan menjerumuskan kita rakyat Malaysia yang sedang berusaha bertahan hidup ke dalam kancah ekonomi yang menyakitkan ini.
Kita tengok juga nanti samada kemangkatan Ratu Elizabeth II pada 8 September 2022 yang mungkin mewujudkan kebarangkalian beberapa Negara di bawah Commonwealth Realm untuk keluar daripada sistem tersebut.
Mana-mana buku garapan Ayman Rashdan Wong sememangnya akan berakhir dengan den google macam-macam perkara. Melalui buku ini, den google:
1. Peristiwa protes pelajar di Dataran Tiananmen (dikenali sebagai Tiananmen Square protests atau June Forth Incident) yang menyebabkan kematian beribu orang awam (angka kematian sebenar masih dirahsiakan oleh China) yang membawa kepada gabungan jawatan setiausaha agung parti, presiden dan ketua tentera di dalam Kerajaan China.
2. Laksamana Yi Sun-sin. Filem Korea dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman adalah The Admiral: Roaring Currents yang memaparkan tentang kepimpinan Laksamana Yi Sun-sin di dalam menentang kapal perang Jepun. Lama den bertangguh hendak tengok filem 2014 ini sebab takut sedih.
Filem kutipan tertinggi Malaysia Mat Kilau kan? Den tengok filem ni di wayang dan langsung terkesima dan menyesal. Nasib baik orang belanja😅
3. Invisible Hand. Ini menyebabkan den terbaca macam-macam termasuklah pasal Dajjal, teori konsipirasi bagai yang menyebabkan lagi lambat den menghabiskan buku Politik Untuk Pemula ni😅
4. Great Depression yang berakhir dengan den membaca tentang Great Reset, Perang Dunia Pertama dan Kedua.
5. Dasar Penswastaan. Kenapa kan agaknya Pos Malaysia selepas diswastakan menjadi terpleot yang amat.
Den teringat satu iklan tahun 80an di mana seorang lelaki ni hendak membeli setem 20 sen tapi memberikan duit RM50 (ke berapa den pun dah lupa). Bila petugas di kaunter Pejabat Pos kata tiada tukar duit kecil, terus pelanggan tuh cakap "ini ke perkhidmatan yang cekap".
Dasar penswastaan mana yang berjaya di Malaysia ni?
6. Dasar asimilasi oleh Thailand dan Indonesia ke atas etnik Cina. Sekali pandang sebenarnya macam Malaysia paling banyak bertoleransi dengan etnik Cina kalau hendak dibandingkan dengan Negara lain. Perkara ini diterangkan dengan lebih terperinci oleh penulis dalam Kitab Tamadun Cina yang tidak tahu bila den hendak habis baca😅
7. Rampasan kuasa di Thailand dan cubaan rampasan kuasa di Turki pada 2016.
8. Revolusi Perancis (1789) yang berakhir dengan Reign of Terror (1793 - 1794).
9. American Creed.
Akhir kata, untuk Malaysia, besarlah harapan rakyat agar semua pihak yang terlibat di dalam pemerintahan Negara tidak kira apa parti pun supaya muhasabah diri agar tidak wujud deadlock dan pereputan politik yang akan memberi kesan kepada rakyat jelata perkembangan ekonomi Negara. Tolonglah bertanggungjawab kepada Negara dan rakyatnya (nation and its subjects).
Rakyat pun hendak sangat ke jadi state without a nation? Udah alang-alang ramai peminat KDrama dan cosplay, manga dari Jepun, apa kata hadamkan sekali kejayaan Jepun dan Korea Selatan menjadi Negara maju kerana identiti nation mereka.
Yang pemimpin pun, tidak kira daripada parti apa, kalau pun tidak dapat memimpin seperti Laksamana Yi Sun-sin (pemimpin sekarang usah dibandingkan la dengan 4 tokoh Khulafa ar Rasyifdin), paling kurang jadi la pemimpin yang cakna dengan keperluan Negara (pertahanan, kesihatan, keselamatan, ekonomi dan sebagainya) dan tolong la jangan makan rasuah macam makan nasi. Haishhhhh.
Ramai rakyat macam den nih ha sumpah tidak kisah parti mana pun yang memerintah Negara asalkan semuanya dapat memimpin dengan sewajarnya dan menjamin kestabilan dan kesejahteraan Negara dan rakyat.
0 Comments