KDrama Review: Moon Lovers: Scarlet Heart Ryeo (2016)
"The throne is a scary and lonely place"
Ramai yang review kata drama 20 episod pada tahun 2016 ni adalah antara drama sageuk terbaik dan pengakhirannya membuatkan ramai orang patah hati tidak boleh move on. Drama yang wajib tengok kata peminat KDrama. Jadinya marilah kita tengok drama ini.
Review den sekarang mungkin berbeza dengan review den jika den tengok cerita ni pada umur 20an. Ini review orang 40an yang tidak pernah terlepas tanggungjawab mengundi sejak layak mengundi, sedang membaca buku Politik Untuk Pemula dan berharap urustadbir Malaysia dapat dilaksanakan oleh pemimpin yang berintegriti dan selayaknya.
Ini review orang yang berpendapat 3 KDrama sageuk terbaik yang pernah ditengok adalah The Deep Rooted Tree, My Country The New Age dan Jewel In The Palace.
Drama fiksi berlatarbelakangkan pemerintahan King Taejo dan King Gwangjong memfokus pada kisah cinta yang diselitkan dengan kisah perebutan takhta. Drama yang mana hampir semua kerabat diraja mementingkan hal peribadi (cinta) daripada pengurusan Negara dan rakyat jelata. Hampir semua putera raja asyik fokus hendak asyik masyuk bercinta sampai sanggup melanggar perintah Maharaja. Negara dan rakyat jelata (nation and its subjects) bukan keutamaan kalau hendak dibandingkan dengan cinta hati.
Jalan cerita drama ini agak caca merba bagi den baik daripada kisah perebutan takhta mahupun kisah cinta.
Den buat kesimpulan Go Ha-jin yang merentas masa kembali ke Dinasti Goryeo sebagai Hae Soo ala-ala untuk mengubah sejarah iaitu menukar pemerintahan King Gwanjong (Wang So) yang penuh dengan tragedi berdarah kepada pemerintahan yang adil dan saksama.
Banyak je KDrama sageuk yang fiction macam Moon Embracing The Sun dan Mr. Queen yang memfokuskan kepada kisah cinta Maharaja tetapi adab, protokol dan SOP urusan di istana tetap ditunjukkan dengan selayaknya tetapi di dalam drama yang satu ni, macam lain benar pula keadaannya. Antaranya:
1. Kisah perebutan takhta Maharaja oleh putera-putera dia tetapi peranan Menteri Kanan dan Menteri Kiri (ada sesetengahnya disebut sebagai Westerner Fraction dan Southerner Fraction) tidak nampak langsung dalam komplot-komplot yang dirancang. Kuasa Panglima Perang (Grand General) dan Pakar Astronomi yang diselitkan di sini.
2. Urusan pentadbiran Negara dibincangkan tanpa kehadiran menteri-menteri.
Kebiasaannya 2 Menteri utama ini yang akan mencaturkan urustadbir Negara dan keputusan Maharaja. 2 Menteri utama ini juga yang akan berkomplot dengan mana-mana pembesar dan keluarga berpengaruh untuk mengekalkan Maharaja, menjatuhkan Maharaja, pemilihan Putera Mahkota, pilih calon Queen dan sebagainya. Maharaja tiada kuasa mutlak (absolute power).
3. Heon Soo daripada jadi dayang, water maid sehingga menjadi the King's woman berleluasa jalan sana sini dalam istana berjumpa dengan Maharaja dan putera-putera siap boleh peluk putera raja, sambut hari lahir putera raja, siap boleh bersoal jawab dengan Maharaja, tidak patuh pada arahan Maharaja bagai. Ada scenes yang dia tidak tunduk hormat pada putera-putera raja. Putera-putera raja macam ikut cakap dia sebab mereka adore dia. Kesayangan semua orang dia ni
Cuba tengok cerita Dong Yi. Tidak kira macam mana pun Maharaja cinta dan sayang pada Cheo Suk-Bin, hormat, adab dan protokol tetap diletak di tempat tertinggi.
4. Maharaja dan Putera Mahkota tiada Ketua Pengawal (ketua bodyguard) yang hebat bermain pedang dan boleh lindungi mereka tidak kira apa berlaku.
5. Tiada pengawal yang mencukupi untuk melindungi Maharaja. Tak faham kenapa udah tahu nyawa Maharaja dan Putera Mahkota sentiasa terancam, tidak letakkan pengawal-pengawal mantap di sekeliling mereka.
Ini sumpah pelik. Dalam mana-mana KDrama dan KMovie, tidak kira betapa kejam atau selayaknya dihumban dalam gaung seseorang Maharaja atau Putera Mahkota tersebut, dia memang akan ada seorang ketua hulubalang yang akan protect him at all cost.
6. Kisah cinta Wang So dan Hae Soo macam kisah cinta budak-budak WeChat yang hentak-hentak kaki kalau tidak dapat apa yang dia nak. Nak juga jadi Queen sebab Maharaja adalah cinta sejati sampai hujung nyawa macam tuh. Yang Maharaja pula, aku nak juga kahwin dengan cinta hati aku.
Kalau hendak diikutkan, kalau Maharaja cinta mati pada Queen pun, kalau Menteri dan pembesar rasa Queen boleh mengganggu gugat fungsi Maharaja sebagai Ketua Pemerintah Negara atau menyebabkan mana-mana fraction mempengaruhi keputusan Maharaja, barisan Menteri boleh buat petisyen yang Maharaja terpaksa luluskan untuk hukum bunuh atau buang negeri si Queen macam tuh.
Kisah cinta dalam drama ni buat den rasa macam 'apsal si Hae Soo ni tidak kena tangkap dengan mana-mana Menteri ni, asyik membuat Maharaja pening kepala je'
Sila tengok cerita Dong Yi dan Jewel In The Palace di mana tidak kisah sedalam mana pun cinta Maharaja kepada sesiapa, the nation and its people comes first.
7. Hae Soo tuh asyik la menjadi damsel in distress. Tidak membantu pengurusan Negara langsung. Bila rakyat merana akibat kemarau dan banjir, dia sakan la membuatkan putera-putera melayan perasaan dan asyik perlu diselamatkan semedang.
Tengok Splash Splash Love, budak sekolah tinggi yang termasuk ke zaman silam bantu Maharaja dalam menggunakan matematik dan sains untuk penambahbaikan pembangunan Joseon. Walaupun 2 episod je cerita ini tetapi tetap menarik.
8. Istana pada setiap masa kosong gila, tiada menteri, tiada pengawal, tiada dayang bagai.
Istana adalah tempat yang paling sibuk biasanya.
Banyak sangat perkara tidak logik dalam drama ni menyebabkan jalan ceritanya caca merba untuk den. Walaupun dikatakan drama ini fokus kepada cinta agung antara Wang So dan Hae Soo tapi macam lebih touching cinta antara Wang Wook dan Hae Soo pada den.
Adakah ending nya memang buatkan kita patah hati? Pada den biasa-biasa je hehehehehe. Udah time travel makanya harus la kembali ke alam realiti begitu ye.
Jadinya berbaloi ke tengok KDrama ini? Kalau korang memang minat drama cinta yang tangkap leleh bolehlah tengok. Setiap orang citarasanya berbeza. Mungkin pada orang lain cerita ini memang best habis.
Untuk den best lagi cerita Moon Embracing The Sun. Jangan dibandingkan dengan The Deep Rooted Tree, My Country The New Age dan Jewel In The Palace - memang difference league la ni.
Yang menariknya tentang drama ini adalah ada ramai pelakon disebabkan watak putera raja berenyut-renyut. Tiada second lead syndrome di sini. Ada Lee Joon-gi (Wang So), Kang Ha-neul (Wang Wook), Nam Joo-hyuk (Baek ah), Ji Soo (Wang Jung), Hong Jong-hyun (Wang Yo), etc.
Selamat menonton.
Gambar semua diambil daripada Google ye.
0 Comments