Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sebagaimana yang ramai tahu, Batam adalah di antara salah sebuah pulau yang terdapat di dalam rangkaian gugusan pulau di Kepulauan Riau.

Dari Batam, kita boleh menaiki feri atau bot laju untuk beberapa pulau lain yang terdapat di Kepulauan Riau. Semasa Batam Mega FAM Trip baru-baru ini, den berpeluang menginap di Benan Island Resort.

Perjalanan Dari Batam ke Benan Island Resort

Dari Batam, kita boleh menaiki feri atau bot laju untuk ke pulau-pulau yang terdapat di sekitarnya.

Perjalanan dari Fave Hotel, Batam ke Jeti Labun di Barelang menggunakan bas mengambil masa lebih kurang satu (1) jam.

Dari jeti Labun di Barelang, Batam, kita perlu menaiki feri selama 30 minit untuk sampai ke Resort Pulau Benan (Benan Island Resort). Rezeki kami keadaan laut tenang elok makanya perjalanan memang terasa nyaman begitu.

Dari Jeti Benan Island Resort, kami menaiki tuk tuk untuk ke Benan Island Resort. Perjalanan yang dihiasi dengan pemandangan kampung, pokok kelapa dan pantai mengambil masa lebih kurang 5 minit untuk sampai ke Benan Island Resort. Sebenarnya sekiranya tiada kekangan masa dan tidak kisah hendak mengheret luggage, amat disarankan untuk berjalan kaki dari jeti ke Benan Island Resort kerana pemandangan yang sangat cantik di sepanjang perjalanan tersebut. 

Seusai sampai di Benan Island Resort, kami disajikan dengan air kelapa muda segar. Memang awesome ye menghilangkan dahaga sambil menikmati pemandangan laut membiru dan mendengar deruan ombak menghempas pantai. 

Dua (2) Jenis Penginapan - Resort Kayu dan Glamping

Benan Island Resort menawarkan penginapan, persekitaran dan kemudahan untuk kita berehat, bersantai, menenangkan jiwa dan minda, melupakan sebentar urusan duniawi dan hiruk pikuk kota serta menghayati keindahan alam semulajadi bersama keluarga dan teman-teman.

Boleh pilih hendak menginap di resort kayu atau glamping yang semuanya menghadap pantai. 

Den tidur di resort kayu bernama Kapur. Memang klasik dan tradisional seperti rumah kayu kampung siap dengan selak, beranda bagai.

Selesa, kemas dan bersih resortnya. Lengkap segala untuk berehat melepaskan lelah. 

Biasanya kita jumpa minuman 3 in 1 atau uncang teh kan sebagai kudapan di bilik hotel/resort. Benan Island Resort siap sediakan maggi cup.

Bilik airnya besar sungguh dan memang lawa tetapi terlupa pula nak ambil gambar. Adoi la.

Disediakan ubat nyamuk elektrik sekali tetapi masa den tidur di sini, rezeki tidak digigit nyamuk. 

Ni resort spesies lain yang terdapat di Benan Island Resort ni. Den tumpang bergambo.

Besar dan tampak selesa juga khemah glamping yang terletak sepelaung dari resort kayu. Cumanya bilik air nya di luar dan kita perlu berkongsi dengan orang lain. Untuk den yang saban malam 2,3 kali bangun terkucil, agak kurang sesuai duduk kat khemah glamping. 

Aktiviti Yang Boleh Dilaksanakan

Banyak aktiviti boleh buat di Benan Island Resort ni bergantung pada tahap kerajinan kita dan rasa hati begitu termasuk berapa hari kita menginap di sini.

Boleh berkayak, mandi-manda di laut, berbasikal (bukan sahaja di dalam kawasan Benan Island Resort tetapi juga di sekitar kampung di Pulau Benan), memerhati dan menghayati keindahan matahari terbit dan terbenam, mangrove walk, bercanda di pasiran pantai, memancing, bersantai dan karaoke di Coconut Club, naik buaian sambil menyanyi lagu 'aku nak kawin dengan anak raja'😅, melayan perasaan di atas jaring yang disediakan dan lain-lain. 

Memang tidak sempat buat semua ni kalau 2 hari 1 malam. Paling kurang molek 3 hari 2 malam.

Seronok juga berbaring di atas jaring sambil melayan perasaan walaupun agak berdebar sebab berat melebihi BMI😅 Beach boy kata 'jangan risau ibu....jalanya utuh tapi kalau jatuh airnya cetek aja🤣 Lain kali den datang sini den hendak membaca buku sambil melepak di atas jaring ini.

Meniti boardwalk kayu untuk melihat matahari terbenam di kawasan paya bakau memang aktiviti yang korang kena buat bila datang ke Benan Island Resort ni ye. 

Mengenang nasib bila agaknya hendak menjadi kaya di kala memerhatikan matahari terbenam memang sangat lain ya perasaannya😅 Sunset watching at Benan Resort Island is a must. Totally breathtaking

Bercanda di pasiran pantai sambil melayan lagu Di Saat Aku Patah Hati oleh Dadali memang sesuai untuk mereka yang sedang kecewa.

Sempat den minum kopi dan bergosip bersama konco-konco sambil melihat keindahan pemandangan laut. Karaoke je tidak sempat sebab udah penat banget lalu terbongkang tidur. 

Benan Island Resort sesuai juga untuk aktiviti hari keluarga, team building dan sebagainya. Berbulan madu pun sesuai. 

Kekapis dan Siput Gonggong

Kalau ambil pakej makan malam mohon pastikan ada menu kekapis dan siput gonggong. Ini memang menu istimewa dan unik di Benan Island Resort ini.

Terlalu asyik masyuk makan sampai terlupa hendak mengambil gambar makanan yang molek di sini. Haish. Makanannya memang sedap banget.

Benan Island Resort adalah satu tempat yang wajib datang bila ke Batam ye. Pemandangan di mana-mana pun memang cantik je. Terapi mata sungguh.

Untuk sebarang maklumat lanjut berkaitan Benan Island Resort, boleh layari:

Facebook: https://www.facebook.com/benanislandresort 

Instagram: https://www.instagram.com/benanislandresort 

Email: benanresort@gmail.com 

Telefon: +62 822 1115 8899

 

Ayuh kita merehatkan minda dan badan di Benan Island Resort yang awesome ini. Ayuh semua berbondong-bondong kita ke sini yar.

3 Comments

  1. Replies
    1. Terima kasih. Batam menarik juga rupanya

      Delete
  2. wak dok setahun kt batam xpnh dgr pulau benan nih.. rupanya jauh bawah pulau batam 🤣🤣

    ReplyDelete