Tempat Menarik Batam - Kembali ke Alam Semulajadi di Panbil Nature Reserve Eco Edu Park, Batam
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Setelah tiga (3) kali berpeluang menjejakkan kaki ke Batam iaitu dua (2) kali pada 2019 dan yang terkini melalui program Batam Mega FAM Trip pada 13 - 16 Julai yang lepas, den sebenarnya lebih jatuh cinta kepada keindahan alam semulajadi Batam walaupun Kota Batam menawarkan dan popular dengan aktiviti membeli-belah di aneka gedung yang telah dibangunkan. Shopping bukan lagi agenda utama di dalam hidup den.
Jadinya bila berpeluang untuk kembali ke alam semujadi dan beramah mesra dengan beberapa spesies haiwan yang terdapat di Panbil Nature Reserve Eco Edu Park ini, den memang rasa sangat teruja. Den dan alam sekitar berpisah tiada begitu. Chewahhhh.
Panhill Nature Reserves Eco Edu Park seluas 260 hektar ini sedang dibangunkan secara berfasa. Masa lawatan kami, masih terdapat pelbagai perancangan menarik di masa hadapan untuk tempat ini termasuk Taman Dinosaurs.
Mendaki Di Hutan Palawan Untuk Bertemu Rusa Sambar
Kalau hendak berjumpa dengan rusa sambar yang merupakan antara tarikan utama mahu tidak mahu memang kena bertabah diri dan hati mendaki lebih kurang hampir 1 km. Walaupun laluannya bersimen tetapi tetap juga ye mencabar bagi orang yang naik tangga dari tingkat 12 ke tingkat 13 yang mencungap macam den nih ha.
Mujur sangat pemandangan sepanjang perjalanan mendaki tuh dihiasi dengan deretan flora terutamanya pokok-pokok Palawan. Memang cantik ye pokok-pokoknya. Terapi mata sungguh. Makanya sambil berkeluh kesah 'are we there yet', kami berhenti la di sana sini semasa mendaki tuh untuk mengabadikan gambar-gambar kenangan betapa gigihnya kami memanjat untuk bertemu dengan rusa sambar.
Akhirnya setelah hampir 30 minit mendaki dan berpeluh sakan, sampai juga ke kawasan rusa sambar berehat di Hutan Palawan di mana kebanyakan pokok-pokok Palawan di sini berusia lebih 20 tahun. Menurut renjer hutan yang memberi penerangan kepada kami, selain dari kawasan ini pokok Palawan boleh ditemui di Capri dan Bangka Belitung.
Taklimat ringkas oleh kakitangan bertugas |
Kami dimaklumkan bahawa rusa sambar atau nama saintifiknya Cervus unicolor adalah sangat sensitif terhadap bunyi bising atau pergerakan secara tiba-tiba, makanya bersopan santun la kami semua beramah mesra dengan rusa-rusa yang sudi dihampiri oleh kami.
Terdapat lebih kurang 15 ekor rusa sambar di sini. Anak-anak pasti suka peluang dapat melihat rusa pada jarak dekat dan seterusnya memberikan rusa tersebut makan.
Selepas selesai aktiviti membelai rusa, den teruskan sesi bergambar di sekitar Hutan Palawan sebab memang sangat cantik ye pemandangan di sini.
Setakat ini memang tiada disediakan perkhidmatan shuttle dari pintu masuk ke kawasan rusa samba ini. Memang perlu menapak mendaki kerana temanya adalah kembali ke alam semulajadi. Unik dan menarik tetapi sekiranya ada keluarga yang hendak membawa anak-anak kecil atau warga emas yang sakit lutut dan sebagainya, memang agak mencabar pendakian tersebut.
Petting Zoo
Ha....ini tempat yang sesuai untuk semua peringkat umur sebab ianya tidak melibatkan sebarang aktiviti mendaki, hanya berjalan dan menyusuri di laluan landai begitu sambil beramah mesra dengan pelbagai spesies fauna seperti ular sawa, burung kakak tua, arnab, hamster, guinea pig, bearded dragon, kala jengking dan lain-lain.
Mula-mula kami melawat aneka spesies burung. Sempat kami bagi burung kakak tua makan kuaci. Terkejut den bila burung kakak tua tu patuk cermin mata den😅
Sesi melepak dan memberi makan arnab, hamster dan guinea pig di Taman Arnab merupakan aktiviti paling santai kerana kami dikelilingi oleh anak-anak bulus yang semuanya comel-comel belaka. Agak lama berehat di sini sebab suasananya welcoming sangat. Anak-anak pasti sangat gembira kalau ke sini dan mereka tentu akan berlama-lamaan bermain bersama semua si comel ini. Memang awesome kawasan ini.
Kami seterusnya memerhatikan a school of fish berenang-renang di kolam di Kolam Koi. Terapi minda sebenarnya ni. Ikan koi atau nama saintifiknya Cyprinus rubrofuscus memang cantik berwarna warni berenang ke arah orang yang melemparkan makanan kepada mereka.
Seterusnya kami ke Reptile Sanctuary. Pandai pula bearded dragon tersenyum bila kita pegang dia ye.
Ada banyak spesies fauna yang berada di dalam sangkar yang terdapat di sini. Memang syurga dunia untuk anak-anak di sini.
Cafe Edelweiss
Setelah berpeluh sakan dan dahaga sebab banyak berjalan, boleh singgah untuk makan dan minum di cafe yang tersedia di sini. Macam-macam ada. Sempat den minum teh o ais di sini.
Boleh beli cenderahati dan aneka barangan lain di kedai serbaneka Edelweiss ye.
Pakej-Pakej Yang Ditawarkan
Ada banyak pakej yang ditawarkan di Panbil Nature Reserve Eco Edu Park yang mana perinciannya boleh dilihat di laman sesawangnya ye. Antaranya adalah:
1. Semar Hiking dan Palawan Hiking
2. Premium Trekking (Eco Healing/Water Theraphy)
3. Soft Trekking
4. Field Trip
Jadinya boleh pilih aktiviti yang bersesuaian dengan hati ye.
Waktu
Operasi: Isnin - Ahad: 10 pagi - 10 malam
Untuk maklumat lanjut tentang Panbil Nature Reserve Eco Edu Park sila layari:
Website: https://panbilnaturereserve.com/en/home-en/
Facebook: https://www.facebook.com/panbilnaturereserve/
Instagram: https://www.instagram.com/panbilnaturereserve
Email: admin@panbilnaturereserve.com
Secara peribadi, in sya Allah den akan ulang datang ke Panbil Nature Reserve Eco Edu Park sebab tempatnya menarik banget.
0 Comments