Si Putih Anak Bulus Permata Hati Baru Dalam Keluarga Kami
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar semua? Harap semuanya dalam keadaan sihat. Risau juga ye dengan statistik Covid19 dan Influenza sekarang yang semakin meningkat saban hari. Jaga diri molek ye semua.
Korang ada haiwan kesayangan atau pet tak dalam keluarga?
Selama ini den sekeluarga tidak berminat hendak membela apa-apa jenis haiwan peliharaan sebab diri kami sendiri pun tidak terbela huhuhuhu.
Dua bulan lepas, ada officemate ajak tengok seekor arnab yang dibuang di surau dia. Kesian pula tengok mata arnab tu terkedip-kedip tiada siapa yang sudi membelanya. Jadinya den sekeluarga pun adopt arnab ini dan berharap dapat menjaganya dengan semolek boleh.
Den hendak letak nama LeoD ala-ala Leonardo DiCaprio tapi budak-budak ni tidak bersetuju. Mereka hendak letak nama Si Putih. Tak hipster langsung kan nama itu tetapi den layankan sahaja sebab diaorang yang kena memesoh arnab tuh nanti.
Bila mula membela tuh jatuh sayang pula dekat Si Putih. Jadi anak bongsu
dalam keluarga tidak pasal-pasal heheheehhehe.
Alih-alih 3 minggu lepas, Si Putih hilang tidak tahu ke mana. Dia keluar dari
sangkar dia dan lari entah ke mana. Spekulasi kami adalah dia lari ke belukar dan
bahagia hidup bebas tanpa terkurung dalam sangkar atau mati dimakan anjing liar
atau dibela oleh orang lain yang terjumpa dia.
Memang sedih bila Si Putih hilang siap naik motor keliling taman mencari dia.
Ini isu sebenarnya tidak mahu membela apa-apa sebab nanti patah hati bila
terpisah sebab pet mati ke hilang ke. Punya la den sedih sampai
termimpi-mimpi Si Putih balik ke rumah.
Seminggu lepas Si Putih hilang, dia balik semula ke rumah. Memang happy kami tengok Si Putih berjalan-jalan di kawasan rumah.
Setiap petang memang kami lepaskan Si Putih dari sangkarnya dan biarkan dia berkeliaran di halaman rumah. Memang berpeluh-peluh juga ye melayan Si Putih berlari sana sini walaupun dalam kawasan rumah yang tidak sebesar mana.
Dalam cuaca panas lit-lit sekarang ni memang la lagi cepat kulit muka den berpeluh-peluh, berminyak-minyak dan melekit bila beriadah bersama budak-budak melayankan Si Putih tuh.
Biasanya lepas den bermain dengan Si Putih, den memang terus mandi dan mencuci muka Hansaegee ALOE AC Clean Bubble Cleanser sebab teksturnya buihnya lembut, lembap dan berair. Masa mencuci muka lembut je rasanya. Cleanser ni membersihkan kulit muka tetapi tidak mengeringkannya. Selesai mencuci, kulit muka langsung tidak terasa kering atau tegang.
Den memang sengaja pakai telinga arnab masa mencuci muka ni sempena cerita pasal Si Putih seekor arnab comel ni.
Tidak sampai 5 minit, kulit muka den memang akan rasa bersih, segar, lembap dan lembut. Barulah awesome hendak melayan cerita Korea pula selepas bermain dengan Si Putih hehehehe.
Kalau hendak rasa lagi best, pakai pula Hansaegee Aqua Whitening Cream selepas membersihkan muka dengan ALOE AC Clean Bubble Cleanser. Ianya tidak melekit, tidak berminyak (sebab ianya adalah water based) dan tekstur krimnya ringan.
ALOE AC Clean Bubble Cleanser dan Aqua Whitening Cream membantu melembapkan kulit den yang berada di dalam kategori kombinasi minyak dan kering, ada bahagian yang kering tetapi kawasan T-zone memang biasanya berminyak.
Bila den menggunakan ALOE AC Clean Bubble Cleanser yang mengekalkan kelembapan dan memberikan rasa segar pada kulit muka den, memang terasa bersemangat hendak sambung bermain dengan Si Putih.
Siapa sangka siapa menduga kehadiran Si Putih menambah kegembiraan keluarga kecil kami. Mulanya kami menyangka kami yang memberi kasih sayang kepada Si Putih apabila kami membelanya. Rupa-rupanya Si Putih yang memberikan kebahagiannya kepada kami dengan keletah dia yang berlari di sana sini, tiba-tiba membaringkan diri selepas penat berjalan, mengorek tanah dan lain-lain aksi yang mengundang senyum kami.
Terima kasih Si Putih kerana sudi menjadi penyeri di dalam kehidupan kami sekeluarga.
0 Comments