Kedai Makan Sedap, Aneka Menu dan Harga Berpatutan di Johor Bahru - Menjamu Selera Makanan Authentic Timur Tengah di Restoran Zaituna, Johor Bahru
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar semua? Rasanya lama sungguh den tidak berkongsi cerita tentang kedai atau restoran yang menyajikan makanan yang awesome kan? Macam mana hendak berkongsi cerita kan kalau mengemaskini blog pun sendu aje hehehehehehe.
Baru-baru ini den dan teman-teman berpeluang menjamu selera sebuah restoran masakan Timur Tengah di Restoran Zaituna yang terletak di Taman Tasek Johor Bahru. Selepas kami bergambar sakan di Laman Mahkota Istana Bukit Serene, memang tepat sungguh kami menjamu selera di sini sebab lapar dan dahaga melayan kakak-kakak yang rajin betul bergambar di sana sini hehehehehehe.
Bagi peminat makanan Arab, Restoran Zaituna adalah tempat wajib singgah kalau korang ke Johor Bahru sebab banyak pilihan makanan dan persekitaran yang unik.
Masuk je restoran den terpana dengan keunikan hiasan dalamannya yang memang cantik kalau kita bergambar di sana sini. Biasalah den nih ha, asal tempat cantik, mesti hendak bergambar.
Penuh ye restoran tuh masa kami sampai dalam 5 petang. Ada yang datang bersama keluarga. Ada yang datang dalam kumpulan besar bersama kawan-kawan. Restoran untuk semua peringkat umur begitu. Korang boleh pilih hendak makan duduk atau bersila. Ruangan bersila ni ada dua je tapi sini paling menarik untuk bergambar bagi den hehehehehe. Kami berempat duduk bersila di sini. Mana-mana pilihan tempat duduk kita semuanya okay sebab persekitaran restoran bersih, kemas dan selesa. Terasa kesejukan pendingin hawa sebab cuaca hujan renyai-renyai semasa kami menjamu selera di situ.
Aneka Pilihan Menu
Makanan Timur Tengah atau Arab kebanyakannya diadun dengan ramuan seperti minyak zaitun, madu, bijirin tertentu dan sebagainya serta rempah ratus yang menaikkan aroma makanan dan memberikan rasa tersendiri kepada sesuatu hidangan.
Kalau ditengokkan pada menunya, memang macam-macam ada ye. Ada aneka nasi arab (kabsa, mandi dan maklouba), daging BBQ, ayam BBQ, salad, sup, falafel, kebab, humus, shawarma, burger, pizza, kunafa dan desserts. Pilih sahaja yang mana satu berkenan di tekak untuk menjamu selera. Ikutkan rasa tuh macam hendak makan semua tetapi itu la perut manusia ni setakat mana pun la ya kapasitinya. Kalau kapasiti perut kita ala-ala perut TRex, mungkin boleh makan banyak hehehehehehe.
Jom tengok apa menu den bersama kawan-kawan pilih untuk menjamu selera di Restoran Zaituna ini. Empat orang maknanya boleh rasa empat menu yang berbeza.
Kami pilih:
1. Set dulang - 3 jenis nasi iaitu nasi kabsa, mandi dan maklouba, daging, ayam, sup dan sambal. Sesuai untuk dua orang makan kalau kita tidak ambil makanan lain sebab besar potion nya. Kami makan empat orang pun tidak habis. RM60.
2. Shawarma Daging. RM14.
3. Chesse Pizza. Sumpah ni sedap hendak pengsan untuk tekak den. Ini den paling suka. Den makan 4 keping. RM16.
4. Salad. RM14.
Kami minum air Roselle dan jus nenas.
Memang tersandar kekenyangan bila makan semua ni walaupun tidak dapat menghabiskan hidangan Nasi Arab tuh biarpun kami telah cuba sedaya upaya. Jadinya kami tapau ni untuk makan kemudian.
Untuk tekak den, dalam keempat-empat hidangan tuh, pizza tuh paling sedap. Nasi Arab pun okay. Lembut je dagingnya. Menulis ni buat den teringat pada pizza tu. Haishhh kena pergi lagi nampaknya ni.
Den kongsikan menu yang sempat den ambil gambar ye.
Aneka Desserts Bikin Jiwa Kacau
Walaupun telah segah perut kekenyangan, tetap juga kena menjamah desserts yang ada lagi-lagi hidangan viral yang orang ramai sanggup beratur 2 jam hendak makan di Lembah Klang baru-baru ini iaitu Kunafa. Kunafa di Restoran Zaituna ni cukup rasa kata kawan den yang makan Kunafa di Mekah masa dia menunaikan umrah baru-baru ini. Kunafa di di sini untuk tekak den rasa lembut, lemak berkrim dan sedang elok manisnya, macam manis buah macam tuh.
Bagi den, aneka pilihan manisan serta susunan semua manisan sebagai desserts ini memang sangat menarik. Semua nampak menggiurkan. Mujur ada kawan-kawan yang mengingatkan makan sikit-sikit jangan membazir, kalau tidak mahu dipilih setiap jenis manisan untuk dirasa.
Den rambang mata hendak pilih mula makan baklawa yang mana satu hehehheheee.
Bila makan dengan kawan-kawan yang boleh dibawa berbincang dan bergurau ni memang asyik tau lebih-lebih lagi kalau disulamkan dengan makanan yang memang mengancam. Makan pula sambil mendengar pelbagai anekdot cerita, memang tidak perasan tangan dok menyuap manisan-manisan yang ada satu demi satu. Harapnya den tidak kencing manis la kan😅
Makan baklawa sambil minum teh o. Memang terbaik.
Harga pelbagai makanan di sini adalah berpatutan dan mampu milik.
Servis pun cepat ye. Lepas pesan makanan, kami bergambar sekupang dua, tiba-tiba eh makanan dah sampai. Memang cepat betul minuman dan makanan dihantar.
Persekitaran Yang Cozy dan Welcoming
Menjamu selera sambil bersila di kawasan bercirikan Timur Tengah memang mengujakan ye. Datang pula dengan kawan-kawan yang boleh berlebih berkurang. Memang lagi awesome.
Den sarankan kalau berkesempatan menjamu selera di Restoran Zaituna buat pertama kali, cuba duduk di tempat duduk bersila sebab best, terasa macam berada di Timur Tengah. Kawan seorang tuh udah siap hendak menari gelek dah sebab suasana pada ketika itu sangat mengundang untuk kita bersantai tapi kami tidak bagi dia menari di situ sebab nanti tercekik pula pakcik yang sedang makan di meja sebelah tuh hehehehhe.
In sya Allah den akan ulang kembali makan di sini bila ada kesempatan kelak. Hendak mencuba menu yang lain pula tetapi memang akan pesan pizza dia sebab kena banget dengan tekak den.
Kalau jalan-jalan cari makan di Johor Bahru tidak kira bersama keluarga tersayang, teman-teman berjimba, rakan sepejabat dan sebagainya, boleh pelbagaikan menu makanan selain daripada makanan laut ye. Boleh pertimbangkan untuk menjamu selera makanan Arab di Restoran Zaituna yang in sya Allah menawarkan aneka pilihan juadah yang memang ada rasa pada harga yang berpatutan. Tidak dilupakan persekitaran restoran yang selesa dan bersih dengan hiasan unik dan menarik bagi memberikan kita pengalaman menjamu selera yang membuatkan kita rasa hendak datang lagi suatu hari nanti.
Cumanya apabila datang semasa cuti umum ke cuti sekolah atau di dalam bilangan yang ramai, den sarankan untuk reserved awal sebab takut lama kena menunggu sebab ramai sungguh orang makan di sini. Sepanjang dua jam kami makan, memang nampak pelanggan memang bertali arus menjamu selera di sini.
Makanan ada rasa, persekitaran menarik, servis cepat dan harga tidak mengoyakkan dompet. Kombinasi menarik kan?
Alamat restoran Zaituna Restaurant مطعم زيتونة
27, Jalan Glasiar, Taman Tasek, 80200 Johor Bahru, Johor
Waktu Operasi Buka setiap hari 11 pagi – 11 malam (kecuali Jumaat 2 petang - 11 malam)
Telefon: 07-213 3577
Whatsapp: 013-735 6645
Pesanan Atas Talian - https://www.zaituna.my/ dan kalau hendak lagi mudah hendak memesan makanan atas talian, boleh download aplikasi Zaituna Restaurant.
Untuk maklumat lanjut berkaitan restoran ni, selain melayari laman sesawangnya, boleh juga lihat media sosial yang lain ye:
Facebook https://www.facebook.com/zaitunajb/
Instagram: https://www.instagram.com/zaituna_restaurant_jb
Selamat menjamu selera di Restoran Zaituna apabila datang ke Johor Bharu ye.
2 Comments
Nice post thank you Brad
ReplyDeleteMost welcome😊
Delete