Tempat Menarik di Batam - Welcome to Batam Landmark - Bundaran BP Batam - Jambatan Balerang melalui Batam City Tour
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kalau kita pergi jalan-jalan cari makan, kalau berkesempatan kita disarankan mengambil pakej city tour untuk singgah dan menghayati tempat-tempat yang sememangnya jatuh dalam kategori wajib pergi begitu.
Dalam sesi berjimbaan ke Batam kali ini, den dan rakan-rakan media berpeluang melawat Welcome to Batam Landmark - Bundaran BP Batam - Jambatan Balerang yang kalau ditanya pada den memang korang kena masukkan di dalam agenda sekiranya korang datang ke Batam satu hari nanti ye.
Welcome to Batam Landmark
Walaupun ini merupakan kali ketiga den datang ke Batam, inilah pertama kali den dibawa ke Welcome to Batam Landmark di mana dikatakan kalau melancong ke Batam tetapi tidak bergambar di sini, ianya seolah-olah tidak lengkap sesi berjimbaan kita di Batam begitu.
Bukan Hollywood sahaja tau ada papan tanda ikonik, Batam pun ada ye. Papan tanda ikonik Batam ini dibuat pada 2008 di kawasan yang pada tahun 1930an digelar sebagai Bukit Tuo Suoka.
Di sini kita bergambar ria bersama keluarga dan teman-teman berlatarbelakangkan perkataan Welcome To Batam.
Den berangan hendak melompat di sini tetapi disebabkan lutut sudah terpleot di usia senja ini, den bergambar sopan-sopan aje la di sini begitu.
Bundaran BP Batam
Bundaran BP Batam ini terletak di sekitar kawasan Dataran Engku Puteri. Ianya taman kecil yang berada di dalam kawasan roundabout (bulatan). Di taman ini terdapat tiga (3) monumen kecil di mana setiap monumen ini sebenarnya memahat kenangan dan kerjasama tiga (3) pemimpin dari tiga (3) negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Singapura.
Penerangan tentang simbolik monumen ini oleh Pengarah Batam Tourism Promotion Board, Pak Edi |
Tun Mahathir Mohammad, Presiden Suharto dan Lee Kwan Yew masing-masing menanam sebatang pokok beringin sebagai tanda simbolik persahabatan antara tiga negara yang mendukung kerjasama serantau melalui pembangunan SIJORI (Singapura, Johor dan Riau).
Sayangnya pokok-pokok asal yang ditanam oleh pemimpin-peminpin ini telah mati dan digantikan dengan pokok-pokok lain. Biarpun begitu, apa yang penting adalah semangat kerjasama di antara tiga entiti ini yang kekal berlangsung sehingga kini.
Taman mini ini terletak seberang jalan dengan Museum Raja Ali Haji |
Jambatan Balerang
Kami seterusnya berpeluang singgah untuk bergambar di sekitar kawasan salah satu di dalam rangkaian enam (6) Jambatan Balerang yang menghubungkan pulau-pulau Batam, Rempang dan Galang yang semuanya berada di gugusan Kepulauan Riau.
Pembangunan enam jambatan ini dimulakan di bawah pemerintahan B.J. Habibie, Presiden Indonesia Ketiga yang merupakan Menteri Penyelidikan dan Teknologi dan Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Batam pada ketika itu bermula pada 1992 dan siap pada 1997.
Jambatan Barelang dikenali sebagai Ikon Senibina Batam. Enam jambatan ini melibatkan laluan sepanjang 2 kilometer.
Jambatan Barelang 1: Jambatan Tengku Fisabilillah
Jambatan Barelang 2: Jambatan Nara Singa
Jambatan Barelang 3: Jambatan Ali Haji
Jambatan Barelang 4: Jambatan Sultan Zainal Abidin
Jambatan Barelang 5: Jambatan Tuanku Tambusai
Jambatan Barelang 6: Jambatan Raja Kecik
Memang cantik ye pemandangan di sini. Cocok sekali mengambil gambar kenangan bersama keluarga dan teman-teman di sini.
Sebenarnya terdapat deretan kedai makan di sekitar kawasan tempat letak kenderaan tetapi masa kami datang, semua kedai tidak beroperasi.
Korang jangan lupa singgah ke Jambatan Barelang ini untuk melihat keindahan senibina Batam ye. Sumpah cantik banget. Kalau datang masa matahari terbenam tentu lagi indah kejadiannya
0 Comments