Perjalanan Dari Terminal Bersepadu Selatan - Perhentian Bas dan Teksi Sungai Rengit - Jeti Tanjung Pengelih - Batam Center Point International Ferry Terminal
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Den dan beberapa orang rakan media dari Lembah Klang memulakan perjalanan untuk menyertai Batam Mega FAM Trip daripada 13 - 16 Julai 2022 dengan menaiki bas ekspress daripada Terminal Bersepadu Selatan pada pukul 10 malam. Ini adalah perjalanan terakhir dari TBS ke Perhentian Bas dan Teksi Sungai Rengit. Tiada perjalanan yang lebih lambat lagi huhuhuhu.
Bersama blogger otai yang banyak beri tunjuk ajar kepada den. Tik Tok dia 5,000 followers ye. Den cuma ada 100 followers heheehhehee
Perjalanan dari TBS ke Perhentian Bas dan Teksi Sungai Rengit sejauh 401 km kalau mengikut Google Map mengambil masa 4 jam 5 minit tetapi kami sampai di Perhentian Bas dan Teksi Sungai Rengit hampir pukul 3 pagi. Sementara menungggu kereta yang telah dipesan awal untuk membawa kami ke Jeti Tanjung Pengelih pada pukul 7 pagi, kami berehat dulu di Perhentian Bas dan Teksi Sungai Rengit. Ada yang tidur di surau dan ada yang melepak di kerusi yang tersedia di situ. Den melepak di kerusi yang ada sambil sambung membaca buku The Switch oleh Beth O’ Leary.
Kita boleh mandi atau bersihkan diri di tandas yang ada di Perhentian Bas dan Teksi Sungai Rengit ini.
Dari Perhentian Bas dan Teksi Sungai Rengit ke Jeti Tanjung Pengelih, ianya mengambil masa dalam 30 minit. Kami berhenti sarapan pagi di kedai yang betul-betul berada sebelum masuk ke Jeti Tanjung Pengelih.
Meriah ye soto yang den makan sebab supnya penuh dengan kaki ayam dan leher ayam. Memang puas hati. Makan di sini memang ala-ala breakfast with a view begitu sebab kedainya menghadap laut.
Selesai makan kami berjalan kaki tidak sampai 3 minit untuk ke Jeti Tanjung Pengelih. Di sini kami berehat dan berkenalan dengan media dan bloggers lain sementara menunggu feri. Ada yang mandi di tandas yang tersedia di sini.
Kami menaiki feri Dolphin untuk ke Batam. 45 minit perjalanan dari Jeti Tanjung Pengelih ke Batam Center Point International Ferry Terminal.
Alhamdulillah selamat sampai di Batam Center Point International Ferry Terminal. Kami disambut oleh wakil dari Fave Hotel Nagoya Batam dan terus menaiki bas ke Fave Hotel Nagoya Batam untuk program soft launching hotel tersebut.
5 Comments
Wah, menarik ni. Tak sabar nak baca pengalaman sis ke Batam :)
ReplyDeleteBatam memang awesome. Nanti bila free puan boleh baca ye kisah saya di Batam:)
Deletetiket beli di mana sis? harga dia
ReplyDeleteTiket feri ke Batam boleh beli di terminal feri di Jeti Tanjung Pengelih sendiri. Harga tiket pada ketika itu RM54 one way
Deletemeriahnyer uolls nk g batam.. 😁😁
ReplyDelete