Pementasan Teater Tanjong Di Istana Budaya, 9 -11 September 2022, 8 Malam, Istana Budaya, Kuala Lumpur
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Jom korang kita pergi tengok teater dan bagi sokongan kepada pementasan teater tanah air.
Teater Tanjong merupakan sebuah karya teater terbitan Kelab Teater ASAR Negeri Sembilan. Tiada siapa menyangka, Teater ASAR Negeri Sembilan pada mulanya hanya dari sebuah kelab teater kecil di pekan Kuala Pilah dan digerakkan oleh ibu bapa pelakon dan ahli keluarga yang terlibat, kini akan dipentaskan di pentas teater terbesar yang paling berprestij di Malaysia, iaitu di Istana Budaya.
Kelab Teater ASAR telah diberi kepercayaan untuk mementaskan teater Tanjong di Istana Budaya dan ianya akan berlansung dari 9-11 September 2022. Dianggotai seramai 150 tenaga termasuk pelakon, pemuzik, penari, pesilat petugas belakang takbir, penata cahaya dan pereka kostum, tatarias dan juga pengurus pentas. Juga disertai oleh 12 siswa dan 28 orang murid sekolah rendah dan menengah.
Tanjong adalah naskah sulong dan arahan Prof Dr. Ahmad Rashidi Hasan. Sebagai sutradara dan juga tulang belakang Tanjong, beliau berharap dan berbesar hati untuk melihat naskah ini diangkat untuk mendidik masyarakat mengenai budaya Adat Perpatih, selain memartabatkan seni teater yang kian pudar. Pentas teater ini juga adalah platform terbaik buat komuniti anak-anak ASAR dan remaja di luar sana untuk melakukan aktiviti yang berfaedah.
Teater Tanjong turut dibintangi oleh pelakon handalan, Dato’ Jalaluddin Hassan sebagai Dato’ Perdano Andika dan juga turut disertai oleh Kartunis Ujang dan penyanyi rakyat dan lagenda Negeri Sembilan Ulong Bakar.
Kita tengok trailer teater nih ye. Memang nampak awesome:
Objektif dan matlamat pementasan ini adalah bertujuan untuk memberikan wadah buat anak remaja dan kanak-kanak khususnya komuniti ASAR untuk melakukan aktiviti bermanfaat, menyemai minat melakukan aktiviti keseniaan, membentuk keyakinan diri. Sebahagian keuntungan daripada teater ini juga disalurkan bagi membantu keluarga dan pendidikan anak-anak ASAR dan yang memerlukan.
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, MOTAC amat berpuas hati, menyokong dan begitu teruja dengan kesungguhan yang ditunjukkan oleh semua yang terlibat di dalam pementasan Tanjong. Justeru itu, Kelab Teater Asar Negeri Sembilan telah dianugerahkan Geran Padanan Seni Dan Budaya bagi menjayakan pementasan teater Tanjong di Istana Budaya. Diharap dengan sokongan yang tidak berbelah bahagi ini akan menyuntik semangat kepada barisan pelakon dan juga semua yang terlibat secara lansung atau tidak lansung bagi menjayakan pementasan Tanjong. Pementasan teater ini juga telah mendapat kerjasama dari Dato Eddin Syazlee Bin Shith, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), UPSI, UiTM, Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan, Lembaga Muzium Negeri Sembilan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dan Yayasan Budi. Juga disokong oleh Mycreative, Cendana dan juga PRISMA.
Kelab Teater ASAR Negeri Sembilan juga amat berbesar hati dengan sokongan dan galakan yang diberikan oleh YAB Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Hj. Aminuddin Harun untuk teater Tanjong dan ianya akan dapat mempertabatkan lagi adat perpatih. Beliau juga amat berpuas hati dan merasa bangga dengan perjalanan teater Tanjong sehingga dapat dipersembahkan di Istana Budaya untuk tontonan orang ramai. Kerajaan negeri berharap pementasan teater Tanjong di Istana Budaya, Kuala Lumpur nanti akan berjalan dengan jayanya hasil komitmen semua pihak yang terbabit.
Barisan orang kuat pementasan Teater Tanjong |
Tanjong menceritakan mengenai krisis yang
dilalui Luak Tanjong apabila Bugis dan Belanda menyerang Johor mengakibatkan
Datok Penghulu Luak Tanjong, Tok Nagho, terpaksa berlayar ke Tanah Minangkabau
untuk memohon perlindungan Pagaruyung. Sementara ketiadaannya, Tok Nagho
melantik anaknya Baroq untuk menjadi penghulu dan meminta Anjang, rakan karib
Baroq dan bakal menantunya, untuk menjaga kelakuan ketika bersama dengan anak
perempuannya, Tanjong. Namun, dalam perjalanan ke Minangkabau, Tok Nagho
meninggal dunia dan mengakibatkan kekosongan tampuk pemerintahan. Mengikut adat
perpatih, tampuk pemerintahan seterusnya perlu diserahkan kepada Tok Pedano
namun Baroq tidak mahu mengikut aturan adat pepatih dan ingin terus memegang
kuasa.
Ketidaktentuan tampuk kepimpinan ini mengakibatkan berlakunya perselisihan faham dan pertumpahan darah di dalam luak Tanjong.
Tuan Zambri Zakaria, Penerbit Drama TV & Prof Madya Dr. Ahmad Rashidi Hasan |
Apa konflik yang berlaku? Dan apakah kesudahannya?
Semuanya akan terjawab dalam pementasan Tanjong di Istana budaya nanti.
Tarikh pementasan: 9 - 11 September 2022
Masa: 8 malam
Tempat: Istana Budaya, Kuala Lumpur
Harga Tiket: RM 50, RM 70 dan RM 100
Pembelian Tiket: https://ilassotickets.com/event/tanjong/
Diskaun harga tiket sebanyak 10% untuk pembelian awal sehingga 1/8/2022.
Boleh layari https://www.facebook.com/TeaterTanjong2022/ untuk maklumat lanjut.
Untuk keterangan lanjut boleh hubungi:
Prof Dr. Ahmadrashidi
Sutradara
+60 11-6562 5009
Norsyuhada Ahmadrashidi
Penerbit
+60 19-670 7943
0 Comments