Lotus Seaview Beach Resort & Spa, Pengerang, Johor Destinasi Percutian, Berehat dan Bersantai Bersama Keluarga dan Teman-Teman
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar semua? Harap semuanya masih sihat di kala statistik Covid19 dan deman influenza makin meningkat serta cekal hati menghadapi musim panas sekarang ini.
Beberapa hari lepas den ada kongsikan tentang Lotus Desaru Beach Resort & Spa. Hari ini den akan ceritakan tentang adik kepada Lotus Desaru Beach Resort & Spa iaitu Lotus Seaview Beach Resort & Spa. Lotus Seaview Beach Resort & Spa yang terletak lebih kurang 25 - 30 minit dari Lotus Desaru Beach Resort & Spa.
Kalau Lotus Desaru Beach Resort & Spa adalah boleh dikatakan ala-ala one stop centre untuk berjimba dan berehat, Lotus Seaview Beach Resort & Spa disediakan khusus untuk mereka yang inginkan ketenangan dan merehatkan fizikal dan minda bukan sahaja kerana ia lebih low density kalau hendak dibandingkan dengan Lotus Desaru Beach Resort & Spa tetapi ianya menyediakan kemudahan penginapan yang sebahagiannya betul-betul menghadap laut. Best kan?
Den rasa kalau den bawa keluarga terutamanya keluarga dalam kategori warga emas yang tidak teruja sangat hendak mandi di Splash Park, Lotus Seaview Beach Resort & Spa adalah pilihan yang terbaik untuk bersantai, bersembang dan berehat.
Penginapan
Terdapat dua
(2) jenis pilihan penginapan yang ditawarkan di Lotus Seaview Beach Resort
& Spa ini iaitu villa atau bilik hotel begitu.
Bagi villa pula, terdapat villa yang menghadap laut (seaview) dan villa yang berada di dalam taman (garden view). Setiap villa ada 3 jenis penginapan iaitu penginapan yang mempunyai 2 bilik, penginapan 2 katil king atau penginapan 1 katil king.
Semua penginapan di Lotus Seaview Beach Resort & Spa akan mendapat sarapan pagi.
Kalau tanya den, den berminat hendak menginap di villa menghadap laut di tingkat atas sebab pemandangannya memang cantik sangat. Kalau malas hendak jalan ke pantai yang letaknya sepelaung je dari villa pun tetap juga dapat tengok matahari timbul dan terbenam dari villa. Kan best tuh?
Villa di Garden View pun best juga sebab ada pemandangan menghijau dari taman serta ada kolam renang air masin serta gymnasium. Kalau kita menginap di kawasan Sea View kita masih boleh menggunakan kemudahan yang ada di kawasan Garden View, cuma perlu melintas jalan tidak sampai lima (5) minit sampai sudah begitu.
Bagi mereka yang menginap di Garden View pun hanya perlu melintas jalan untuk sampai ke pantai.
Setiap penginapan tersedia talian internet, microwave, televisyen dan lain-lain.
Harga terkini setiap bilik boleh rujuk di laman sesawang Lotus Seaview Beach Resort & Spa ye di mana setakat ini harganya bermula dari RM 180 hingga RM650 satu malam.
Restoran
Lotus Seaview Beach Resort & Spa menawarkan aneka makanan enak yang disediakan di 1881 Seafood Restaurant dan Ocean Hut.
Kalau hendak berBBQ sambil menghadap pemandangan pantai dan mendengar alunan deruan ombak, boleh ambil pakej BBQ paling minima untuk 10 orang. Kita pasang pula lagu mengenang zaman kegemilangan di era 90an, tentu gempak BBQ kita kan hehehehehehe.
Kemudahan
Ada banyak sahaja aktiviti yang kita boleh buat di Lotus Seaview Beach Resort & Spa ini.
Kalau datang ke Lotus Seaview Beach Resort & Spa tetapi tidak membuat aktiviti pantai macam tidak lengkap percutiannya kan kerana resort ini sepelaung sahaja dari pantai.
Yang terutamanya sudah tentu mandi laut, bercanda di pasiran pantai dan melihat matahari terbenam dan timbul. Kalau dapat jogging di sepanjang pantai pun best kan? Kalau tidak larat berlari, berjalan perlahan-lahan sambil membiarkan ombak menghempas ke kaki pun awesome juga. Kalau berjalan di tepi pantai sambil mendengar lagu Di Saat Patah Hati oleh Dadali pastinya syahdu kan huhuhuhu.
Jangan lupa berjimba dengan aktiviti rekreasi pantai dan laut yang bersesuaian dengan minat masing-masing. Sempat den dan kawan-kawan cuba naik ATV, memang best tapi disebabkan den ini memang penakut sedikit makanya terkebil-kebil juga la masa mula-mula tuh hehehehehheehe.
Boleh hubungi Lotus Seaview Beach Resort & Spa untuk membincangkan tentang perancangan Hari Keluarga, Sambutan Hari Lahir, Pertemuan Semula (Reunion), Perkahwinan, Bulan Madu, High Tea, Jabatan Kerajaan dan sebagainya.
Den paling teringin hendak mencuba Work At The Beach.
Cara Perjalanan Ke Sini
Kebiasaannya kita memang akan datang ke sini bersama keluarga dan teman-teman dengan menaiki kenderaan sendiri tetapi sekiranya kita tidak mahu memandu sebab hendak berehat-rehat, kita boleh menaiki bas ekspress dari Terminal Bersepadu Selatan terus ke Perhentian Bas Bandar Penawar yang mengambil masa lebih kurang 4 jam. Dari Bandar Penawar, kita boleh mengambil grab atau teksi di mana perjalanannya adalah lebih kurang 15 minit ke Lotus Seaview Beach Resort & Spa ini.
Untuk sebarang maklumat lanjut berkaitan Lotus Seaview Beach Resort & Spa, boleh layari:
Laman sesawang: https://lotusseaview.com.my/
Facebook: https://www.facebook.com/lotusseaviewbeachresort/
Instagram: https://www.instagram.com/lotus_seaview_beach_resort
Telefon: 07-822 2944
Email: reservation@lotusseaview.com.my
Selamat berehat, bersantai dan bergembira bersama keluarga dan teman-teman di Lotus Seaview Beach Resort & Spa.
0 Comments