Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Baru-baru ini den dan rakan blogger dan media dari Malaysia dan Singapura lebih kurang 40 orang berpeluang menyertai Batam Mega FAM Trip daripada 13 - 16 Julai 2022 anjuran pelbagai pihak di Batam yang diuruskan oleh Batam Tourism Promotion Board.

Batam Mega FAM Trip adalah satu salah usaha Batam Tourism Promotion Board dan pelbagai pihak di Batam di dalam berkongsi maklumat dan mempromosikan tempat-tempat menarik di Batam dengan harapan agar lebih ramai pelancong akan berkunjung ke Batam setelah sempadan semua negara dibuka semula pada 2022 selepas aktiviti satu dunia hampir terhenti akibat penangan penularan wabak Covid19 sejak Mac 2020.

Itinerari FAM Trip 4 hari 3 malam kami adalah seperti berikut:

Hari Pertama (13 Julai 2022)

Perjalanan dari Jeti Tanjung Pengelih ke Batam Center Point International Ferry Terminal - Soft Launching Fave Hotel -Kampong Food Fiesta 2022 - Lawatan ke Fave Hotel Nagoya Batam, Aston Inn Gideon Batam dan Aston Batam Hotel & Residence

Hari Kedua (14 Julai 2022)

Welcome To Batam Landmark - Museum Batam Raja Ali Haji - Panbil Nature Reserve Eco Edu Park - Kampong Food Fiesta 2022

Hari Ketiga (15 Julai 2022)

Jambatan Balerang - Pulau Benan

Hari Keempat (16 Julai 2022)

Pulau Benan - balik ke Johor

Kalau hendak diikutkan mulanya macam tidak pasti samada FAM Trip akan dilaksanakan sebab jemputannya dalam tempoh tidak sampai 2 minggu dengan ada Hari Raya Aidiladha bagai semua. Ramai juga di antara rakan media yang baru hendak memperbaharui passport dan sebagainya.

Tapi sememangnya sudah tertulis rezeki kami semua untuk pergi ke Batam, maka akhirnya sampai juga kami ke sini.

Nanti den ceritakan tentang tempat-tempat menarik yang den dan rakan-rakan berkesempatan melawat di dalam FAM Trip kali ini ye.

 

Till then, jaga diri ye semua.

0 Comments