Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Baru-baru ini den berkesempatan menghadiri sesi pelancaran Aeon Fashion Preview July - October 2022: Fit-Style, Vacation Wardrobe And Wedding Bells.

Terdapat tiga (3) pertunjukan fesyen oleh AEON iaitu:

Lokasi 1: TRIBE Boxing Studio, Tropicana Garden Malls. Pelancaran pakaian Fit-Style. Boleh baca di sini ye https://www.dinohauz.com/2022/07/aeon-melancarkan-athleisure-brand.html

Lokasi 2: Dalam gerabak MRT dari Stesen MRT Surian dan berakhir di Stesen Taman Maluri. Peragaan pakaian Vacation Wardrobe.

Lokasi 3: AEON Taman Maluri. Peragaan pakaian Wedding dan Vacation Wardrobe.

Memang meriah peragaan fesyen yang merangkumi tiga (3) kategori iaitu Fit-Style, Vacation Wardrobe dan Wedding Bells yang disertai dan dihadiri oleh ramai figura seperti Niena Azman, Bakhtiar, Debra Jeanne Poh, Edison Ho, Hazeeq Dean, Rubini, Haneesya Hanee, Charissa Chong, Rita dan Shazlin.

Pakaian daripada AEON sentiasa menjanjikan pakaian yang berkualiti dengan menerapkan tiga (3) konsep iaitu pakaian adalah sesuai untuk semua peringkat umur, saiz badan pada harga mampu milik.

Fit-Style

AEON memperkenalkan Innercasual, iC yang didatangkan dalam tiga (3) kategori iaitu ActiveWear (fun and functional), PeaceFit (gaya hidup) dan Sustainable (lestari) yang sangat selesa, ringan dan stretchable bagi menyokong pergerakan, menyerap peluh dan kering dengan cepat serta direka dengan ciri anti bau, anti bakteria dengan perlindungan daripada UV.

AEON berkolaborasi dengan TRIBE Boxing Studio bagi memperkenalkan pakaian Fit-Style. 

Vacation Wardrobe

Peragaan pakaian Vacation Wardrobe di dalam gerabak MRT dari Stesen MRT Surian dan berakhir di Stesen Taman Maluri membawa jenama seperti Scar, Puteri, PlusCollection, Arcadia, M, ti:zed dan Guy’s Vision yang memberikan pelbagai pilihan dengan rekaan yang menarik dan terkini untuk semua peringkat umur dan saiz badan pada harga berpatutan.


Busana Pengantin

Pelancaran koleksi busana pengantin di AEON Taman Maluri sememangnya membuat hati terpana kerana semua rekaan cantik banget. Tambah menarik kerana ianya adalah budget-friendly and size-inclusive bridal dan disediakan juga koleksi pakaian bridesmaid di mana koleksi eksklusif dan berkualiti ini merupakan kolaborasi AEON bersama pereka fesyen baju pengantin seperti Zachrin Jaafar dan Kay Ibrahim serta butik pengantin seperti Ivory Romance. 

Busana pengantin dan pengapit boleh diperoleh di cawangan AEON terpilih bermula September 2022 ini.


Pelancaran July - October 2022 AEON Fashion Preview disempurnakan oleh AEON’s Deputy Managing Director, Naoya Okada dan disertai oleh Low Ngai Yuen, AEON’s Chief Merchandise and Marketing Officer.

Inisiatif ini adalah selaras dengan usaha AEON di dalam mendukung pelaksanaan United Nations Sustainable Development Goal 8 dan 15, memfokus kepada promosi kepada pembangunan mampan kepada semua, menyediakan akses kepada keadilan untuk semua dan membangunkan sifat tanggungjawab berkesan di setiap peringkat di samping melindungi, memulihara, memelihara dan mempromosi penggunaan mampan ekosistem.


Untuk maklumat lanjut tentang AEON boleh layari:

Facebook: https://www.facebook.com/aeonretail.my

Instagram: https://www.instagram.com/aeonretail.my

Twitter: https://www.twitter.com/aeonretailmy

0 Comments