Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Cuaca sekarang ini panas sangat kan? Kalau ikut ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia, cuaca panas ini akan berpanjangan sehingga akhir Jun 2022.

Cuaca panas macam sekarang ini sebenarnya menyebabkan kulit muka cepat menjadi lebih kering dan tidak bermaya lagi-lagi untuk orang macam den yang perlu ke tapak apabila bekerja. Berada di persekitaran terbuka dengan cuaca panas terik sememangnya adalah keadaan yang tidak kondusif untuk kesihatan kulit muka den.

Jadinya den sentiasa pastikan den membersihkan muka dengan pencuci muka sekurang-kurangnya dua (2) kali sehari iaitu di waktu pagi selepas bangun tidur dan waktu malam sebelum tidur. Sekiranya jadual den pada hari tersebut ada lawatan tapak, den akan cuci muka sebaik sahaja balik ke pejabat sebab boleh terasa muka berminyak dan terlekat dengan debu dan kotoran semasa di tapak.

Kalau korang termasuk di dalam golongan yang masih tercari-cari pencuci muka yang boleh membantu mengatasi masalah kulit muka kering atau berminyak, kusam dan tidak segar, korang boleh mencuba pencuci muka ALOE AC Clean Bubble Cleanser daripada Hansaegee Nature yang dirumus khas menggunakan 11 ekstrak tumbuhan semulajadi terutamanya Aloe vera dan Tea Tree Oil yang bukan sahaja menghilangkan kotoran dan minyak pada muka tetapi dalam masa yang sama melindungi kulit dan seterusnya membuatkan kulit muka lebih segar, lembut dan lembap.

Apabila den membersihkan muka dengan ALOE AC Clean Bubble Cleanser ni, perkara yang paling best adalah pembersih muka ni mempunyai tekstur buih yang lembut, ringan dan basah.

ALOE AC Clean Bubble Cleanser Daripada Bahan Semulajadi

Pembersih muka daripada Hansaegee Nature dirumus khas menggunakan ekstrak 11 tumbuhan semulajadi seperti gambar di bawah:

Kelebihan ALOE AC Clean Bubble Cleanser

Pembersih muka yang buihnya sangat lembut pada muka membantu:

1. mengurangkan masalah jerawat dan acne;

2. membersihkan liang pori;

3. melembutkan kulit;

4. membuang lebihan sebum dan minyak pada kulit; dan

5. melembapkan kulit dan tidak mengeringkan kulit.

ALOEAC Clean Bubble Cleanser ni macam istimewa sebab bila kita pam dari botol, ianya keluar sebagai buih lembut. Memang rasa sejuk, lembut dan lembap dekat muka bila kita bersihkan muka guna pembersih muka ni.

Kebiasaannya pembersih muka jenis buih mencuci muka dengan baik tetapi kulit akan menjadi kering tetapi ALOE AC Clean Bubble Cleanser berbeza kerana walaupun buihnya membersihkan kulit muka sehingga liang pori dengan deep cleansing, kulit muka akan menjadi lembut dan lembap selepas menggunakannya. Ia adalah pembersih muka yang lembut, lembap dan berair.

Cara Membersih Muka Menggunakan ALOE AC Clean Bubble Cleanser

Mudah, ringkas dan cepat hendak membersihkan muka menggunakan ALOE AC Clean Bubble Cleanser ni.

1. Basuh muka dan tangan dengan air bersih.

2. Pam pembersih muka ke tapak tangan. Pam sekali atau 2 kali. Dekat sini pun dah boleh rasa tekstur buih yang lembut, ringan, lembap dan berair.

3. Calit buih pembersih muka ke seluruh muka.

4. Sapu rata dan urut pembersih muka di setiap bahagian. Boleh rasa buihnya menyejukkan dan melembapkan kulit muka.

5. Cuci bersih muka.

Siap muka yang telah dibersihkan. Kulit muka pasti rasa lebih segar, lembap dan lembut dengan ALOE AC Clean Bubble Cleanser ni.

Boleh tengok video di bawah juga ye.


ALOE AC Clean Bubble Cleanser ni sesuai untuk kulit muka kering dan juga berminyak termasuk untuk kulit macam den iaitu kulit kombinasi berminyak dan kering. Ada bahagian kulit den yang kering tetapi kawasan T-Zone memang kebiasaannya berminyak.

Dengan penggunaan ALOE AC Clean Bubble Cleanser paling kurang 2 kali sehari, ianya membantu memberikan kulit muka yang lebih sihat, segar, lembap dan lembut. Best tau kalau rasa kulit muka awesome sebab ia sebenarnya membantu kita fokus pada kerja kita tanpa rasa tidak selesa kulit berminyak atau kering.

Untuk maklumat lanjut tentang ALOE AC Clean Bubble Cleanser, boleh layari:

Website: www.hansaegee.com/shop

IG page: https://www.instagram.com/hansaegeenature/

FB page: https://www.facebook.com/HansaegeeNature 

Twitter: https://www.twitter.com/hansaegee

Review: https://hansaegee.com/category/reviews/

Youtube page: 

https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia

Selamat mencuba ALOE AC Clean Bubble Cleanser bagi mendapatkan kulit muka yang sihat, segar, lembap dan lembut.

0 Comments