Tempat Menarik Maran 2022: Warisan Campsite dan Rumah Rakit, Kampung Raja Chenor
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Warisan Campsite adalah merupakan satu tempat yang perlu dimasukkan di dalam bucketlist korang kerana tiga (3) keistimewaan:
1. Warisan Campsite adalah memberikan pengalaman kombinasi tradisional dan moden yang menyediakan pelbagai pakej penginapan dan aktiviti;
2. berdekatan sungguh dengan tempat menarik yang lain seperti Jeti Chenor dan Dataran Indera Pahlawan. Boleh jalan kaki sahaja ke tempat-tempat ini; dan
3. suasana dan vibes kampung yang sangat tenang dan santai dengan pokok kelapanya, sungainya dan lain-lain.
Sejarah Rumah Warisan Chenor
Warisan Campsite yang terletak di atas sebidang tanah dengan keluasan 5 ekar dan mengadap Sungai Pahang ini asalnya dibangunkan dengan binaan Rumah Warisan pada 1890an oleh YAM Engku Panglima Besar Engku Wan Muhamad Saleh dan Che Dayang Aminah.
Istimewanya Rumah Warisan yang dibina berdasarkan rekabentuk Rumah Tradisional Melayu Pahang (mempunyai 3 bahagian iaitu anjung dan serambi, rumah ibu dan dapur) ini adalah kerana binaan asalnya tidak menggunakan paku tetapi teknik pasak dan tanggam dan kayu Chengal Batu.
Menurut salah seorang waris Rumah Warisan, Che Wan Ahmad Nizam bin Ahmad Tajuddin, Rumah Warisan ini dibaikpulih melalui peruntukan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan pada 2006.
Beliau juga memaklumkan bahawa Rumah Warisan ini menjadi tumpuan ramai setiap kali Pesta Air Chenor diadakan saban tahun kerana ianya dipenuhi dengan pelbagai aktiviti kesenian seperti pertunjukan silat.
Aktiviti dan Kemudahan di Warisan Campsite
Menurut Che Wan Ahmad Nizam, bagi mempelbagaikan kegunaan tapak di Rumah Warisan ini, dibangunkan Warisan Campsite yang menawarkan pelbagai aktiviti untuk orang awam.
Ada banyak aktiviti dan pakej yang ditawarkan oleh pengurusan Warisan Campsite ini. Pilih sahaja yang mana satu berkenan di hati ye. Antaranya adalah:
tapak perkhemahan;
rumah rakit (penginapan terapung);
rakit pancing;
bot menyusuri Sungai Pahang;
kem motivasi;
ikhtiar hidup (survival skills); dan sebagainya.
Nama pakej pun klasik sangat ye.
Pakej Amar Segara (Majlis)
Pakej Indera Pahlawan (Tapak Perkhemahan)
Pakej Sri Inderapura (Rumah Rakit)
Kalau korang hendak datang berjalan-jalan di sini tidak mahu bermalam pun boleh sahaja tapi paling kurang kena tempah untuk makan tengahari sebab lauk pauknya memang awesome. In sya Allah tidak cukup sepinggan nasi.
Sekiranya korang ada cadangan aktiviti lain pun boleh sahaja berbincang dengan Che Wan Ahmad ye.
Kemudahan
Tersedia kawasan tempat meletak kereta yang luas mata memandang, surau, tandas, sistem audio, pentas dan sebagainya.
Den paling teruja dengan vibes kampung jalan-jalan di deretan pokok kelapa. Mungkin biasa je bagi sesetengah orang tetapi den memang suka terapi kembali ke alam semulajadi secara santai ni.
Rumah Rakit
Pakej Rumah Rakit ini dikenali dengan nama Pakej Sri Inderapura merupakan satu penginapan yang kita perlu cuba sekali di dalam hidup kita kerana memang menarik ye dapat bermalam dan membuat aktiviti terutamanya memancing di rumah rakit yang berada di Sungai Pahang.
Walaupun rumah rakit ini comel sahaja tetapi tetap juga boleh memuatkan maksima 15 orang pada satu-satu masa.
Seronok kan kalau dapat berehat-rehat bersama keluarga dan teman-teman sambil melihat aliran Sungai Pahang.
Untuk sebarang pertanyaan atau penjelasan lanjut, korang boleh berhubung terus dengan Che Wan Ahmad di:
Facebook: https://www.facebook.com/Warisan-Campsites-Chenor-107176151584210/
Telefon/Whatsapp: 012-530 7343
0 Comments