Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sesi Moh Ronda Maran 2022 bersama Majlis Daerah Maran dan Maran Unlimited diteruskan pada hari kedua diteruskan dengan merehatkan minda mendengar aliran air Sungai Teladas yang jernih sambil menjamu selera di Pusat Rekreasi Air Terjun Teladas 7.

Pusat Rekreasi Air Terjun Teladas 7 ini terletak kurang 2 km dari Taman Tasik Maran.

Walaupun kami tidak sempat ke lokasi Air Terjun Teladas 7 itu sendiri kerana kekangan masa dan hujan, kami sempat melihat kawasan pusat rekreasi yang sesuai untuk semua terutamanya keluarga bersama anak kecil di mana kawasan ini terletak betul-betul di sebelah tempat meletak kereta dan akses yang mudah untuk kawasan ini.

Kawasan air sungai yang cetek yang sesuai untuk anak-anak mandi ini dilengkapi dengan sebuah jambatan gantung berwarna-warni untuk kita ke seberang yang tersedia dengan pelbagai kemudahan lain.

Bayaran masuk termasuk tempat meletak kereta memang sangat mampu milik:

Kereta RM3

Motosikal RM1

Jalan kaki RM0.50

Kemudahan yang terdapat di sini adalah tandas, surau, taman permainan kanak-kanak, sewaan gazebo dan tapak perkhemahan dan sewaan set BBQ termasuk arang serta sebuah dewan terbuka.

Jangan lupa bergambar di jambatan gantung tau sebab molek sungguh jambatan ni. 

Moh bawa anak-anak atau ajak teman-teman datang berehat dan mandi sungai di Pusat Rekreasi Air Terjun Teladas 7 ini ye.

Boleh hubungi nombor di bawah untuk sebarang pertanyaan tentang Pusat Rekreasi Air Terjun Teladas 7 ini ye.

0 Comments