Tempat Menarik Maran 2022: Jom Berkelah dan Bermandi-Manda Bersama Keluarga dan Kawan-Kawan di Taman Rekreasi Che Minah Sayang
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Maran ini ada banyak tempat alam semulajadi yang air sungainya jernih dan kita boleh merehatkan minda, berkelah dan bermandi-manda bersama keluarga dan teman-teman. Kalau hendak datang seorang diri pun okay je sebab tempat berlatarbelakangkan pokok menghijau, deretan batuan dan aliran air sungai sememangnya memberikan satu ketenangan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Memang kita perlu berada di tempat kejadian untuk menghayati kedamaian itu.
Hari ketiga sesi berjimbaan di Maran diteruskan dengan persinggahan pertama di Taman Rekreasi Che Minah Sayang yang terletak di Kampung Kuala Sentul iaitu lebih kurang 10 kilometer dari bandar Maran.
Kami breakfast with a view begitu dengan menikmati sarapan pagi nasi lemak + kuih + teh o panas sambil mendengar aliran Sungai Yeh. Lapik meja pun kain batik. Memang tradisional ye tema pagi ini. Dia punya vibes tuh memang awesome sangat k. Memang wow.
Nama Taman Rekreasi Che Minah Sayang ini asalnya adalah Pusat Rekreasi Lubuk Ujib sebelum ianya ditukar bagi menghargai Permaisuri Malaysia sekarang.
Sungai Yeh
Kami dimaklumkan bahawa sungai yang menyebabkan Taman Rekreasi Che Minah Sayang ini istimewa adalah Sungai Yeh.
Ada kawasan yang sungainya cetek sahaja iaitu di paras betis. Kawasan ini sesuai untuk keluarga bersama anak-anak kecil mandi kerana arusnya tidak deras, airnya cetek dan sungai yang jernih. Kawasan sungai sememangnya biasa dipenuhi dengan batuan. Terdapat tanda amaran di sini tidak dibenarkan membawa balik batu sungai yang terdapat di sini.
Tidak dibenarkan juga memancing, menangguk atau menjalan ikan di sini ye.
Seronok dan nyaman sahaja kalau ada peluang untuk merendamkan kaki ke dalam air sungai yang mengalir perlahan ini.
Kemudahan Yang Disediakan
In sya Allah selesa untuk beriadah bersama keluarga dan teman-teman di sini kerana terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan pada harga yang berpatutan di sini.
Tempat Meletak Kenderaan (Kereta RM3 dan Motosikal RM1).
Tandas termasuk untuk mandi dan salin pakaian.
Surau.
Taman permainan.
Pondok dengan kadar sewaan RM5 untuk 3 jam atau RM15 untuk satu hari.
Tapak perkhemahan.
Kalau hendak sewa PA system, dapur gas untuk memasak dan lain-lain boleh berhubung dengan pengurusan di sini ye.
Terdapat juga deretan gerai/kiosk di sini yang menjual pelbagai makanan dan minuman tetapi masa kami datang, kedai-kedai ini masih belum beroperasi kerana mereka mula buka kedai pada 11.30 pagi.
Waktu Operasi
Waktu operasi setakat ini adalah seperti berikut:
Isnin - Jumaat: 11.30 pagi - 5.45 petang
Sabtu dan Ahad: 9 pagi - 6 petang
Kalau tidak kerana jadual yang padat, memang kami dah bermandi-manda di anak sungai yang jernih ini.
Boleh hubungi 014-2102647 untuk sebarang pertanyaan tentang Taman Rekreasi Che Minah Sayang ini ye.
Kalau memang ada kesempatan ke Maran, sila singgah untuk bermandi manda di Taman Rekreasi Che Minah Sayang ini tau. In sya Allah berbaloi.
0 Comments