Tempat Menarik Maran 2022: Hari Pertama Jalan-Jalan Cari Makan dan Mengenali Maran Bersama MaranUnlimited.com dan Majlis Daerah Maran
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Den dan teman-teman media berpeluang menyertai program Jalan-Jalan Cari Makan dan Mengenali Maran bersama MaranUnlimited.com dan Majlis Daerah Maran selama 4 hari 3 malam bermula dari 24 - 27 Mac 2022.
Jadinya den ceritakan dulu hari pertama den mengenali Maran. Ini julung-julung kali den menjejakkan kaki ke Maran sepanjang hidup den dan den tidak sangka Maran sangat menarik ye. Walaupun keluasan Maran ini comel aje tetapi Maran mempunyai pelbagai tarikan yang unik dan sesuai untuk seisi keluarga dan juga sahabat handai.
Padat jadual hari pertama sebaik jejak kaki ke Maran pada pukul 10 pagi.
Galeri Pahang - Galeri Tokoh & Galeri 3D - Galeri Akuatik & Anjung Seri - Makam Tokoh Yang Membuka Maran - Bazar Maran - Patin Tempoyak Aya Awang - Kampung New Zealand - Laman Jerami Luit (Sawah Padi Kg Paya Kertam, Mukim Luit) - Laman Qalbu - Jejambat Rafflesia - Taman Tasik Maran - Maran Water Front
Ha penuh kan jadual kamiš¤£Memang apabila selesai makan malam di Maran Water Front, memang menyeret kaki begituš¤£
Tetapi memang berbaloi-baloi sebab setiap tempat yang kitaorang pergi itu ada keistimewaannya yang tersendiri.
Kami menyelusuri salah silah Kesultanan Pahang di dalam Galeri Pahang. Banyak maklumat tentang sejarah dan budaya orang Pahang di dalam galeri yang comel tetapi sarat dengan maklumat.
Seterusnya kami berkenalan dengan tokoh-tokoh hebat anak watan Maran melalui Galeri Tokoh.
Galeri 3D memberi peluang kepada den bergambar sakan di sana sini. Awesome sangat.
Lama den berteleku di depan aquarium yang menempatkan ikan patin istimewa di Galeri Akuatik.
Sempat den berangan di atas salah satu pelamin yang disediakan di Anjung Seri.
Semua yang hadir ke Makam Tokoh Yang Membuka Maran sedekahkan AlFatihah kepada Allahyarham Haji Ahmad bin Tengku Lomos.
Seterusnya kami ke Bazar Maran yang diusahakan oleh penduduk-penduduk tempatan.
Memang tidak menoleh kiri dan kanan bila den dapat peluang menjamu selera ikan kerai dan ikan patin di Restoran Patin Tempoyak Kak Aya Awang.
Kami selanjutnya diberikan taklimat tentang keistimewaan Kampung New Zealand sebelum berangan ala-ala Kuch Kuch Hota Hai di Laman Jerami Luit (Sawah Padi Kg Paya Kertam, Mukim Luit).
Kami minum petang di Laman Qalbu sebelum berjalan sebentar di Jejambat Rafflesia.
Petangnya kami berjalan-jalan sebentar mengambil angin petang di Taman Tasik Maran.
2 Comments
Cantik kampung yang ala ala New Zealand tu. Sedapnya makan ikan patin tempoyak. Nampak pekat tempoyaknya tuu.
ReplyDeleteHa memang awesome tempatnya dan sedap makanannya
Delete