Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kalau kita ke Maran dan telah menjejaki Galeri Maran, Galeri Tokoh dan Galeri 3D, tidak lengkap kalau kita tidak berkunjung ke Galeri Akuatik dan Anjung Seri kerana ia sebenarnya adalah pakej 3 serangkai begitu:

1. Galeri Maran
2. Galeri Tokoh dan Galeri 3D
3. Galeri Akuatik & Anjung Seri

Harga tiket masuk untuk kelima-lima tempat ini pun ada harga kombo tau iaitu Combo Jimat Tempat dan Combo Jimat 3 Tempat.

Untuk maklumat lanjut semua tempat di atas, korang boleh hubungi Majlis Daerah Maran di:

Laman sesawang: http://www.mdmaran.gov.my/

Facebook: https://www.facebook.com/MajlisDaerahMaranPahang

Telefon: 609-4771411

Galeri Akuatik

Tarikan utama di sini sudah pastinya sepasang ikan patin langka iaitu Montok dan Mentek yang hanya dijumpai di Galeri Akuatik Maran.

Selain itu, ada ikan-ikan comel lain yang sememangnya akan membuatkan anak-anak terpaku menatapnya.

Hidupan dalam air ini selain daripada faunanya yang mengujakan, floranya juga tidak kurang menarik. Memang terapi mata tau tengok alga dan tumbuhan air yang meliuk-liuk di dalam air.

Walaupun comel je tempatnya tetapi tetap akan membuatkan anak-anak kita terpesona.

Anjung Seri

Kepada para pengantin baru dan juga pengantin lama atau kawan-kawan perempuan yang hendak bergambar di empat (4) pelamin berbeza yang dihias indah bergemerlapan, korang boleh datang ke Anjung Seri.

Ini mungkin bukan tempat kegemaran jejaka tetapi jom girls kita bergambar sakan di sini.

Kita memang mungkin tidak ada peluang untuk masuk ke istana tetapi kita boleh berangan duduk bersimpuh atau bersanding di pelamin dan buaian yang ditatarias serba kuning di sini.

Terdapat sewaan baju pengantin juga di sini dengan harga mampu milik sangat. Hendak berangan jadi Kajol atau Rani dalam Kuch Kuch Hota Hai pun boleh tau sebab ada baju ala Bollywood juga.


Sempat den membelek catatan tentang adat resam perkahwinan orang Melayu, India, Cina dan orang asli di sini. Simple yet informative gitu.

Galeri Akuatik dan Anjung Seri ini kedudukannya sebelah menyebelah. Kalau ada pasangan pengantin lama yang ingin mengenang kembali saat indah bersanding satu ketika dahulu di Anjung Seri, ibu bapa boleh biar anak-anak berlama-lamaan melihat ikan-ikan berenang-renang di dalam aquarium di Galeri Akuatik apabila emak dan ayah sibuk berposing sakan di atas pelamin indah pelbagai bentuk dan hiasan.

Moh la kita ke dua (2) galeri comel tetapi tetap menarik.





0 Comments