Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bazar Maran adalah satu tempat yang boleh dikatakan sebagai pusat sehenti atau one stop centre yang menempatkan lot kedai atau kiosk yang diusahakan oleh anak-anak tempatan yang menawarkan perkhidmatan dan produk seperti kedai gunting rambut, kedai tukang jahit, kedai pelekat (sticker) dan beberapa kedai lain.

Apa yang menarik di Bazar Maran ini adalah hiasan mural yang berwarna-warni yang pastinya akan membuatkan kanak-kanak gembira kerana ada karakter daripada siri animasi Doraemon.

Untuk orang dewasa, boleh bergambar dengan hiasan mural yang berlatarbelakangkan suasana kawasan rekreasi Teladas.

Yang paling istimewa adalah hiasan mural ini diserikan dengan beberapa rangkap pantun yang sangat indah.

Berseni banget orang Maran ni.

Ayoh kita ke Maran.

Jangan lupa tau tengok laman sesawang MaranLimited.com untuk banyak lagi tempat menarik di Maran.

0 Comments