Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kalau sesiapa berjalan-jalan ke Maran terutamanya bagi peminat sejarah, korang memang wajib singgah ke Galeri Maran yang sudah pastinya terletak di daerah Maran, Pahang.

Baru den tahu yang nama 'Maran' berasal daripada sebatang sungai kecil yang mengalir dari Hulu Teladas ke Ulu Kampung Luit (sumber arkib Majlis Daerah Maran.

Maklumat tentang Susur Galur Salah Silah Kesultanan Pahang ini memerlukan fokus yang tinggi kerana faktanya bukan kaleng-kaleng.


Siapa Menteri Besar Pahang yang korang paling ingat? Terdapat 15 orang Menteri Besar Pahang bermula dari 1948 hingga sekarang.

Lama den terpaku di hadapan deretan contoh corak indah, halus, berseni dan berwarna warni kombinasi tenunan benang loseng dan benang pakan pada Tenun Pahang DiRaja.


Diabadikan maklumat seni tari dan alat muzik tradisi dan klasik Pahang iaitu Joget Tari Pahang dan Gamelan Melayu yang pastinya menjadi kebanggaan rakyat Pahang.

Kanak-kanak pasti teruja melihat permainan tradisional congkak di sini. Pertama kali den tahu tentang permainan Hencang Buah Keras dan tembikar warisan Pahang yang digelar Terenang Pahang.

Menarik kan Galeri Maran ni? Murah banget pula tu tiket masuknya. 

Dewasa: RM 5
Kanak-kanak/Warga emas/OKU: RM 3 

Moh la kita ke Galeri Maran semua.

0 Comments