Pengalaman Jalan-Jalan Cari Makan 5 Hari 4 Malam Di Miri, Sarawak
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kenapa Miri? Kenapa bukan Kuching?
Itu antara pertanyaan yang den terima daripada kawan-kawan dan
rakan sepejabat bila den maklumkan den bersama team akan menguruskan
satu lawatan teknikal rasmi yang melibatkan pelbagai agensi teknikal berkaitan
pengurusan lembangan sungai. Kuching adalah tempat yang biasa kita pergi
bersama keluarga dan teman-teman. Bila berbicara tentang lawatan teknikal rasmi,
den memilih tempat yang sememangnya jarang kita pergi dan sudah pasti mempunyai
kaitan dengan pengurusan lembangan sungai yang den dan team sedang
uruskan.Sungai Miri dan kuda laut yang merupakan ikon Bandaraya Miri
Lawatan teknikal rasmi adalah dari 17 - 19 Februari 2022. Memang seawal perancangan ke Miri, den tanya anak-anak buah den samada mereka hendak ikut den melepak di Miri dari 20 - 21 Februari 2022. Dua orang anak ikan dalam team den yang bujang memang den bagi arahan supaya mereka ikut den hehehehehehe. Kejam ye den ni. Tiga orang lagi anak-anak ikan den telah berkeluarga, jadinya mereka akan balik mengikut jadual lawatan teknikal.
Bila kita merupakan urusetia, jarang kita dapat menghayati perjalanan program sepenuhnya kerana kita akan sangat sibuk memastikan semua perkara berjalan mengikut jadual dan berusaha supaya mana-mana perubahan yang berlaku dapat disesuaikan dengan keadaan semasa dan sebagainya.
Tidak banyak yang den dapat ceritakan tentang perjalanan lawatan teknikal pada 17 - 19 Februari 2022 kerana sumpah sibuk sampai hendak pengsan. Walaupun den pernah digelar sebagai orang yang sangat suka bergambar dan mengambil gambar, tiada banyak gambar yang sempat den ambil pada 3 hari tersebut walaupun ada tempat yang sepatutnya den ambil gambar untuk dikongsikan di dalam blog den ini huhuhuhuhuhu.
Walau bagaimanapun, in sya Allah den akan cuba kongsikan sedikit sebanyak pengalaman den selama 5 hari 4 malam di Miri.
Tentatif Program
17 Februari 2022 (Khamis)
KLIA - Lapangan Terbang Antarabangsa Miri – Taklimat di JPS Miri - Lawatan tapak projek hakisan pantai ke Kuala Sungai Baram, Miri - Masjid Lutong - Piasau Nature Reserves - Pasar Malam Saberkas - makan malam di Restoran Yi Hah Hai - check in di Hotel dan Apartment Jinhold
18 Februari 2022 (Jumaat)
3 taklimat di Jabatan Bekalan Air Luar Bandar di Wisma Pelita - Kek Lapis Siti Payung - Sg Miri Waterfront - Makan Tengahari di Restoran Muara - Taman Negara Lambir Hills - Majlis Bandaraya Miri - Makan Malam di Restoran Dragon Seafood
19 Februari 2022 (Sabtu)
Grand Old Lady, Canada Hills - Muzium Petroleum - Tamu Muhibah dan Tamu Kedayan - Pusat Kraftangan Miri - Kek Lapis Siti Payung - Lapangan Terbang Antarabangsa Miri
Aktiviti den dan 4 orang anak buah den selepas melambai semua peserta agensi teknikal ke Lapangan Terbang Antarabangsa Miri
Majlis Bandaraya Miri - Coco Cabana - Dinner - Check in di Hotel Imperial, Miri - Lapangan Terbang Antarabangsa Miri (hantar seorang rakan sepejabat yang hendak berjimba ke Kuching)
20 Februari 2022 (Ahad)
Majlis Bandaraya Miri - Kek Lapis Siti Payung - Sg Miri Waterfront - Lapangan Terbang Antarabangsa Miri
Aktiviti den dan 2 orang anak buah den yang bujang selepas melambai 2 orang anak buah den Lapangan Terbang Antarabangsa Miri.
Gua Niah - Dinner - Check in di Hotel Mega, Miri - Dobi Layan Diri
21 Februari 2022 (Isnin)
Canada Hills - Majlis Bandaraya Miri - Tamu Muhibah dan Tamu Kedayan - Pantai Tusan - Luak Esplanade - Chapter One Café - Kek Lapis Habibi - Kek Lapis Siti Payung - Lapangan Terbang Antarabangsa Miri - balik ke dunia realiti.
Kalau ditengokkan kepada agenda program ni, korang mesti pelik kenapa la den pergi ke bangunan Majlis Bandaraya Miri sampai empat (4) kali kan? Hahahahaha sebenarnya tiada apa pun cuma den berkenaan dooh ke bangunan ni. Nanti den ceritakan ye hehehehehehe.
Lepas tuh asyik la pergi ke kedai kek lapis iya dok? Gamaknya kalau 10 hari duduk Miri, 10 hari la pergi ke kedai kek lapis gamaknya ye hehehehehehe.
1 Comments
antara negeri yang awa x pernah sampai, ni lah dia.. Sarawak hehe best ye tempat dia tu
ReplyDelete