Merry March
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sabda Rasulullah SAW bermaksud:
“Sekiranya berlaku kiamat sedangkan di tangan seorang daripada kamu ada benih tamar dan dia berupaya menanamnya sebelum kiamat, maka hendaklah dia menanamnya, dengan itu dia akan mendapat pahala”.
Hadis Riwayat A-Bukhari
Tiba-tiba sahaja sudah bulan Mac.
Mac 2022 adalah ulang tahun yang tidak diraikan.
Ulang tahun kedua Malaysia dan dunia
berperang dengan wabak Covid19.
18 Mac 2020 adalah tarikh
Perintah berkurung pertama untuk Malaysia.
Hampir 2 tahun berlalu,
kita masih berjuang menentang Covid19.
Begitu banyak kehilangan nyawa,
ramai orang masih bertatih
untuk meneruskan kehidupan
kerana sesukar mana pun laluannya,
kehidupan perlu jalan terus
selagi hayat dikandung badan
tidak kira seberapa dalam kita berputus asa
kerana kita perlu yakin pada qada’ dan qadar.
Februari berakhir dengan banyak perkara
yang memerlukan kita muhasabah diri
yang mana perkara-perkara ini
berlanjutan di bulan Mac.
Russia melalui kepimpinan Putin
menceroboh dan menyerang Ukraine.
Baca pelbagai analisis tentang perkara ini
memang boleh mengundang gusar di hati.
Bencana alam di merata-rata tempat.
Akhir Februari lalu terdapat kawasan
di barat Semenanjung termasuk Lembah Klang
terasa gegaran
Akibat gempa bumi dengan magnitude 6.1 skala Richter
di kawasan barat Utara Sumatera.
Ketika ini, rakyat di Terengganu dan Kelantan
sedang dilanda banjir besar.
Kawasan yang tidak pernah banjir sebelum ini,
banjir teruk.
Ada Pusat Pemindahan Sementara
yang turut ditenggelami air.
Belum lagi cerita statistik harian yang menunjukkan
peningkatan jangkitan Covid19
yang sangat bersungguh-sungguh.
Hampir setiap hari ada sahaja
kakitangan di pejabat den
yang dijangkiti Covid19.
Tetapi sehingga kini kerja masih seperti biasa.
Tiada arahan untuk bekerja dari rumah.
Bila macam-macam musibah melanda
Malaysia dan dunia,
kadang-kadang rasa sepertinya
hendak duduk sahaja diam-diam sahaja,
tidak mahu ke mana atau buat apa
walaupun untuk bekerja.
Tetapi bila baca petikan hadis di atas,
jelas tuntutan untuk meneruskan kehidupan,
sebaiknya mengikut kemampuan kita.
Kisah kerja memang tidak akan berkesudahan.
Kalau den cerita semua pasal kerja,
berkajang-kajang helaiannya.
Itu belum cerita pasal mereka
yang termasuk di dalam golongan
the one that shall not be name
di pejabat itu hehehehehehe.
In sya Allah Mac ini satu kajian tentang
pengurusan lembangan sungai
akan siap pada pertengahan Mac.
In sya Allah lega teruk bila kajian ini selesai.
Tinggal hendak melaksanakannya sahaja.
Itu kisah lain di masa berbeza begitu hehehehe.
2 minggu pertama di bulan Mac ini,
den perlu selesaikan pelbagai cerita
untuk 2 kajian kelip-kelip
yang den harapkan dapat diselesaikan
sebelum kita menyambut Ramadhan
yang tinggal tidak sampai 32 hari lagi.
Sebut pasal Ramadhan ni,
macam tipis je harapan untuk menggantikan
semua puasa yang wajib diganti huhuhuhu
Makanya pasrah aje la membayar fidyah nanti
di samping berazam untuk mengganti puasa
secepatnya bila berakhir Ramadhan 2022 nanti,
agar tidak perlu membayar fidyah lagi
pada tahun 2023 nanti.
Haish cerita den dan puasa ganti ini
seumpamanya kisah yang tidak akan berkesudahan,
ada tahun yang sempat ganti puasa awal,
ada tahun yang bertangguh-tangguh yang sudahnya
membawa kepada pembayaran fidyah
dan juga penggantian puasa yang berganda harinya
kerana perlu mengganti puasa tahun yang sudah
termasuk puasa pada tahun semasa.
Dramatik ye cerita den tentang puasa ganti ini.
Kalah kombinasi sinetron Indon,
drama Filipina dan cerita Bollywood.
In sya Allah bulan Mac ini hendak
masuk gear 1 untuk membaca.
Bulan Februari tidak sempat baca
hatta sebuah buku pun.
Tragis sangat kan.
Ada banyak buku di rak buku
yang melambai-lambai supaya dibaca
tetapi den hanya memandang sepi mereka semua
dengan janji den akan membaca
mereka semua nanti
apabila keadaan mengizinkan.
Eh panjang pula celotehnya ye.
Semoga den berkesempatan juga
untuk bercerita di blog
paling kurang satu kali seminggu.
Semoga Mac kita semua adalah
Mac yang terbaik di dalam hidup kita.
Semoga semua apa yang dirancangkan,
Allah izinkan untuk kita realisasikan.
Jika tidak, semoga kita berupaya
menilai hikmah yang Allah tetapkan untuk kita.
In sya Allah.
0 Comments