Bersempena dengan sambutan Hari Wanita pada Mac 2022, Nutox telah mengadakan satu event sepanjang laluan di sekitar kawasan membeli belah di Jalan Bukit Bintang bersama Nutox “Youth Restoring Advanced Serum Concentrate”. 

Memang meriah ye suasana di sekitar Pavilion, Fahrenheit 88, Starhill Gallery, dan Lot 10 apabila gadis-gadis jelita dan jejaka-jejaka tampan daripada Nutox memberikan sejambak ros, sampel Nutox “Youth Restoring Advanced Serum Concentrate dan voucher RM10 Watson kepada pengunjung-pengunjung terpilih yang melalui laluan tersebut. 

Ada yang kena interview lagi tapi okay je sebab soalan-soalannya simple dan menarik. 


Pablo Picasso pernah berkata, “Youth has no age”.

Wanita zaman sekarang yang kebanyakannya mempunyai gaya hidup yang agak sibuk di dalam mencapai cita-cita dan menguruskan keluarga boleh mengekalkan kesihatan kulit muka, menganjalkan dan mengekalkan kulit muda dengan serum Nutox yang telah diuji dan dapat membantu menganjalkan dan melicinkan kulit di dalam masa tujuh (7) hari. Wanita hari ini boleh memfokuskan kepada kemajuan diri dan menjadi yang terbaik tanpa perlu risau tentang penuaan kulit dan ini adalah matlamat Nutox #beYOUthself.

“Nutox menawarkan penyelesaian pengembalian keremajaan (cohesive youth restoring solution) yang memenuhi keperluan kulit yang berbeza yang telah menunjukkan keputusan yang efektif. Nutox Youth Restoring Advanced Serum Concentrate meningkatkan penghasilan semulajadi kolagen, elastin dan asid hyaluronic kulit yang berkesan bagi melambatkan kesan penuaan. Ramai wanita telah memperoleh kulit wajah yang lebih licin, anjal dan muda,” kata Pengurus Pemasaran Nutox, Ashley Sin.

Terdapat dua (2) variasi Nutox Youth Restoring Advanced Serum Concentrate iaitu serum bagi ‘SEMUA JENIS KULIT’ dan ‘KULIT SENSITIF’.

Serum bagi ‘KULIT SENSITIF’ menggunakan formula hypoallergenic yang diuji secara dermatologi tanpa sebarang tambahan paraben, fragrance, colorant, mineral oil dan alcohol,” kata Ashley Sin.

Ashley Sin memaklumkan bahawa Nutox “Youth Restoring Advanced Serum Concentrate” telah membantu 97% pengguna mendapatkan kulit yang lebih muda dalam tempoh 7 hari.

Kandungan Nutox “Youth Restoring Advanced Serum Concentrate”

Nutox Youth Restoring Advanced Serum Concentrate direka dengan formulasi agen unik yang mengandungi:

1. Actigenic+™, - satu sistem self-regenerative dan teknologi breakthrough yang menghasilkan sel kulit, mengekalkan dan menghasilkan kolagen, elastin dan asid hyaluronic yang memperbaiki elastik kulit secara berkesan; dan

2. B’Nest Collagen™ - nutrient diekstrak dari sarang burung yang membantu untuk memperbaiki keadaan kulit dan melindungi kulit daripada kesan ketara penuaan. Teknologi Oxyfusion™ memasukkan tahap oksigen yang tinggi ke dalam kulit bagi membantu penyerapan  B’Nest Collagen™.

Nutox Youth Restoring Advanced Serum Concentrate yang ringan memasuki lapisan kulit secara mendalam. Ianya merupakan satu penggantian semula yang bertindak seperti fountain of youth, membuatkan ianya adalah pilihan alternatif berbanding pembedahan plastic untuk kelihatan muda yang mahal dan mempunyai risiko.

Nutox Youth Restoring Advanced Serum Concentrate 30ml boleh didapati di kedai fizikal seperti Watsons, Guardian dan AEON Wellness, termasuk secara atas talian melalui Shopee and Lazada.

Nutox Youth Restoring Advanced Serum Concentrate iaitu serum bagi ‘SEMUA JENIS KULIT’ berharga RM86.70 dan serum ‘KULIT SENSITIF’ berharga RM95.90. 

Jom kita dapatkan Nutox Youth Restoring Advanced Serum Concentrate supaya kita dapat mengekalkan kesihatan, keanjalan kulit serta melambatkan proses penuaan kulit kita.

0 Comments