Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Lama sungguh den tidak berceloteh di blog ini.

Banyak betul perkara yang berlaku.

Pelbagai perkara yang perlu diselesaikan.

Ada juga episod hati yang perlu diuruskan.

Chewahhhhh hahahhahaha.

 

Macam tidak sempat bernafas bulan Februari ini.

Rasa macam tidak jejak tanah pun iya.

 

Team den menguruskan lawatan teknikal

ke Lembangan Sungai Miri

bagi 29 orang peserta yang melibatkan

17 agensi/pemilik berkepentingan

dalam tempoh 2 minggu.

Gila tak gila?

Kalau pergi Melaka kot la mudah kan?

Ini ke Miri, daerah kedua terbesar di Sarawak

yang berada di seberang laut dari Semenanjung.

Dengan pelbagai SOP nya,

termasuk pengisytiharan e-kesihatan,

ujian menggunakan kit RTK dan sebagainya.

Belum lagi cerita penyusunan semula agenda

kerana MAS menukarkan masa penerbangan

dari malam ke pagi.

Memang drama lawatan teknikal ni

kalah sinetron Indonesia berlikunya.

 

Dalam menguruskan macam-macam hal

berkaitan lawatan teknikal ini,

kerja hakiki berjalan macam biasa.

Mesyuarat, lawatan tapak,

penyediaan maklumbalas dan sebagainya,

perlu diuruskan mengikut Piagam Pelanggan.

 

Pengurusan persediaan lawatan teknikal

sehingga lawatan teknikal 3 hari 2 malam berakhir

di Lapangan Terbang Antarabangsa Miri

dengan menghantar semua peserta ke balai berlepas,

team den dah macam zombie semuanya hehehehe.

Memang kena benar dengan kata pepatah,

Makan tidak kenyang, tidur tidak lena

dan mandi tak basah.

 

Makan tidak kenyang sebab terlalu penat

walaupun seafood dinner yang disajikan

oleh restoran terkenal di Miri

memang pelbagai, fresh dan sedap

tapi sumpah tidak lalu nak makan.

Makan sekadar melapik perut

supaya ada tenaga untuk bertugas.

 

Walaupun tilam dan bantal hotel empuk banget,

tidur terjaga-jaga walaupun badan letih pengsan.

Ada sekali tuh terjaga pukul 4 pagi,

langsung tidak boleh lelap mata semula,

udah den susun kerja yang perlu dibuat,

once touch down di KLIA nanti huhuhuhu.

 

Alhamdulillah lawatan teknikal berjaya

dengan cemerlang dengan izin dari Allah.

Selepas bercakap dengan khidmat pelanggan MAS

selama 1 jam 39 minit,

kalah sembang dengan kekasih,

akhirnya kami berjaya menukarkan masa penerbangan

dari pagi ke petang.

Dapatlah peserta program membeli kek lapis

buat kali kedua hehehehehhe.

 

Penghargaan sebenarnya perlu diberikan

kepada enam (6) orang team den

yang berhempas pulas memastikan

lawatan teknikal ini berlangsung

dengan begitu baik sekali.

Den beruntung sebenarnya

kerana mempunyai anak-anak ikan

yang bekerjasama dengan sangat baik.

Ini adalah pemandangan dari tempat duduk den

selepas semua program berakhir di Miri.

Berehat sebentar melihat pemandangan indah

di langit yang sangat cantik.

Sebelum meneruskan tugasan yang macam-macam

selagi hayat dikandung badan.

 

In sya Allah den cuba mencoret lebih banyak

tentang cerita kehidupan.

Ada rezeki den coretkan tentang kisah di Miri.

Terutamanya tentang Gua Niah.

Siapa menjangka siapa menduga.

Den yang lutut telah longgar ini,

berjaya menjelajah Gua Niah

dengan izin Allah.

Alhamdulillah….

 

0 Comments