Assalamualaikum dan salam sejahtera.

 

Hari pertama dan kedua bulan Februari

dimeriahkan dengan sambutan perayaan

Tahun Baru Cina.

Masa den umur dalam 6 hingga 10 tahun,

abah akan bawa den pergi ke rumah

kawannya Uncle Chan (kalau den tidak silap).

Den akan makan kacang dan buah limau

serta minum air sarsi dengan jayanya.

Yang paling best sudah tentu masa dapat angpow.

Uncle Chan ni baik sangat-sangat.

Selalu pinjamkan abah kereta Datsun

kalau abah ada urusan yang memerlukan

kereta digunakan.

 

Macam rindu pula hendak tengok

persembahan Tarian Singa,

dengar letupan mercun,

tengok movies daripada Hong Kong

macam movies lakonan Jet Li

di era kegemilangannya macam

Fong Sai Yuk dan Wong Fei Hung.

Movies lakonan Jackie Chan

macam siri Police Story pun best juga kan.

Boleh je tengok semua movies ni bila-bila masa pun

tetapi dia punya aura bila tengok masa

Gong Xi Fa Chai memang lain macam

auranya dan cerianya.

 

Apa jadual korang bulan Februari ni?

Jadual kerja memang jangan dicerita

sebab temanya memang kerja sampai lebam

begitu ye.

Macam-macam cerita hal kerja ini.

Memang tidak akan berkesudahan.

Tetapi selagi namanya kerja,

in sya Allah kita cuba usahakan yang terbaik ye.

Lagi-lagi bila hutang kita bertingket-tingket,

makanya muhasabah diri tuh kena lebih.

Ini pesanan untuk diri den.

 

In sya Allah bulan Februari ini

seolah-olahnya penuh dengan agenda kerja,

sesi makan di sana sini

yang bakal mengundang berat yang mengerikan,

sesi mengumpul dokumen untuk LHDN

yang suka benar menyorokkan diri entah di mana,

fasa mengganti puasa yang entah sempat

atau tidak hendak dihabiskan sebelum

Ramadhan 2022 huhuhuhu.

Kalau tidak sempat ganti semua puasa,

redho aje la membayar fidyah

beserta berazam menggantikan puasa

sebelum tiba Ramadhan 2023,

sekiranya masih panjang umur,

in sya Allah.

 

Blog ini macam ada kecelaruan sedikit

sejak-sejak ada format baru daripada Google.

Den tidak boleh balas komen di blog ini,

tidak pasti nama den muncul atau tidak

bila den komen di blog orang lain,

rasanya broken link memang sangat banyak

dan macam-macam kisah lagi.

Jadinya mahu tidak mahu memang akan ambil masa

untuk tengok balik blog ini

dan betulkan apa yang patut

supaya blog ini dapat terus wujud dengan molek.

 

In sya Allah den hendak mula membaca semula

setelah sekian lama ditinggalkan.

Bukan sebab reading slump

tetapi lebih kepada perlu selesaikan tugasan

dan kerja lain yang lebih mendesak.

Sebuah buku daripada enam buah buku

yang dipinjam dari perpustakaan

dipulangkan tanpa sempat baca sebuah pun

kecewa sungguh huhuhuhu.

Kalau bukan rezeki begitulah ye.

 

Doakan den bersemangat hendak

Bercerita di blog ini paling kurang seminggu sekali ye.

Semoga Februari ini Februari yang terbaik

di dalam hidup kita semua.


 

 

0 Comments