Assalamualaikum dan salam sejahtera.

 

Apa khabar semua?

Hampir sebulan

den tidak menjenguk blog bertuah den ini.

Bukan terlupa atau berpatah arang

dengan blog nan satu ini.

Lebih kepada berehat sebentar

daripada semua media sosial yang den ada.

Instagram dan Facebook pun tidak den singgah

Dalam masa hampir sepurnama ini.

Adakah sudah sampai masa

meninggalkan semua media sosial?

Hmmmmmm…

 

Azam konon-kononnya

hendak mencoretkan cerita

di dalam blog ini

sekurang-kurangnya 3 kali seminggu

nampaknya tidak kesampaian

untuk bulan Januari ini hehehehehehe.

 

Januari masih belum berakhir

tetapi pelbagai cerita mewarnai Malaysia ye.

Daripada isu pembalakan, SPRM, BAM,

Maybank, RHB dan CIMB yang terciduk

akibat Genting Hong Kong muflis

dan sebagainya menyebabkan

hati dan minda rakyat marhaein

gusar kerana terfikir tentang

kehidupan mendatang.

 

Belum bercerita tentang isu harian

yang perlu rakyat hadapi tanpa

penyelesaian yang berkesan daripada Kerajaan.

Harga barang melambung melampau.

Nilai RM terasa sangat kecil.

Adakah Negara menuju fasa inflasi?

Belum lagi berbicara booster

yang menyebabkan rakyat khuatir

tentang kesan sampingannya, dsb.

 

Bagaimana Januari korang?

 

Jadual kerja den untuk Januari ini penuh sungguh.

Dengan menjadi urusetia bengkelnya,

menghadiri dua bengkel setiap minggu

berturut-turut,

menyiapkan kertas kerja,

berurusan dengan pihak berkepentingan,

mesyuaratnya usah ditanya,

memang berjujuk-jujuk.

Pukul 4.30 pagi menghantar email

bersama lampiran dokumen yang boss perlukan.

Siapa kata kerja Kerajaan senang?

Pelbagai kisah kerja ini.

Bersyukur masih ada kerja

cumanya terfikir-fikir sekali sekala

bila agaknya ada ruang dan kesempatan

agar bisa bersara hehehehehe.

Tetapi bila membuat reality check.

Seumpamanya masih perlu bekerja sehingga pencen

kerana hutang bertingket-tingket huhuhuhu.

Begitulah.

 

Semoga semua urusan kita dipermudahkan.

Doanya 335 hari yang akan mendatang ini

Akan membawa lebih keceriaan,

kebahagiaan dan kegembiraan kepada kita.

Harapnya 2022 akan menjadi tahun

yang terbaik untuk kita semua.

 

In sya Allah.


 

0 Comments