Goodbye 2021, Hello 2022
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Selamat tinggal 2021.
Tahun yang penuh dengan pelbagai cerita.
Covid19 masih lagi menyelubungi dunia.
Malaysia tidak terkecuali.
Pelbagai varians Covid19 muncul.
Delta, Omicron, Florona dan entah apa lagi namanya.
Awal cerita katanya 2 dos vaksinasi
Sinovac telah mencukupi.
Alih-alih perlu ambil booster pula.
Ingatkan satu booster.
Udah katanya tengah kaji booster kedua.
Walaupun bilangan kes Covid19 harian
pernah menurun sehingga 2,500++
Lepas itu meningkat naik kembali ke 3,000++
Tetapi perjuangan menentang Covid19
masih samar-samar noktahnya.
Kalau tengok di USA,
kes pada 30 Disember mencecah 488,000 sehari.
Ngeri rasanya.
Tidak pasti bilakah akhirnya
Covid19 akan diisytiharkan sebagai endemik.
Malaysia berdepan dengan banjir besar
di beberapa negeri pada Disember 2021.
Hampir seluruh Shah Alam terjebak dengan banjir.
Walaupun apartment den tidak terjejas
Tetapi jalan masuk ke kawasan apartment
terhalang akibat banjir.
Udah terjadi macam pulau di situ.
Hampir 38 kakitangan di pejabat terlibat dengan banjir.
Ada yang banjir mencecah ke bumbung rumah.
Patah hati tengok laporan banjir di sosial media.
Kehilangan nyawa.
Kehilangan dokumen penting.
Kemusnahan harta benda dan sebagainya.
Yang paling tragis adalah tindakan
pihak bertanggungjawab
bagi perkara berkaitan banjir.
Sememangnya terserlah
kita hanya ada kita.
Haish.
Banyak je cerita den di tahun 2021.
Alhamdulillah kami sekeluarga sihat walafiat
sepanjang tahun.
Dilindungi daripada Covid19
dan juga penyakit berbahaya yang lain.
Hanya demam, selsema dan sakit yang biasa-biasa.
Kesihatan sebenarnya yang paling penting.
Kalau sihat, in sya Allah yang lain kita
boleh usahakan tidak kira sesusah mana pun.
Yang paling manis sudah tentu
berjaya membaca 107 buah buku
daripada sasaran 54 buah buku yang ditetapkan.
Benar bukan kuantiti yang penting
tetapi kualiti pembacaan itu yang terutama.
Tetapi tetap la juga den gembira.
Cerita tentang buku ni,
memang agak mengerikan bab membeli buku ni.
Pada hari terakhir di 2021,
sempat den membeli 5 buah buku lagi.
Haishhhh.
Sokmo terlebih-lebih bab membeli buku ni.
Walaupun terkekang dengan Covid19,
sempat juga den berjimbaan sekupang dua.
Tetapi memang tidak dicoretkan dalam blog
sebab tidak sempat hehehehehe.
Alhamdulillah ada rezeki
berkolaborasi sebanyak 30 kali
dengan pelbagai jenama dan platform.
Mungkin tidak semeriah mana.
Tetapi tetap juga buat den gembira
sebab dapat pengalaman dan pengetahuan baru.
Walaupun boss baru di tempat kerja
memeningkan kepala hampir semua pekerja,
tetap juga perlu bertabah hati dan berlapang dada
sebab belum sampai masa untuk bersara awal
kerana hutang bertingkat-tingkat hehehehe.
Kalau agak-agak pening melampau,
marilah kita ambil cuti dan berehat begitu ye.
Alhamdulillah siap satu projek yang 2 kali tertunda
kerana Covid19 dan suami pengurus projek meninggal dunia.
Walaupun pencapaian unit den 85.5%
tetap la juga den berpuas hati.
Rezeki dapat team members yang okay semuanya.
Menjadi sebahagian daripada pengurusan apartment
sememangnya menguji kesabaran hehehhehe.
Lagi-lagi dalam keadaan pematuhan SOP Covid19.
Memang terpleot di sana sini
tetapi den sudah cuba yang terbaik.
Den memang tidak sesuai hal-hal sebegini.
Orang introvert macam den
hanya sesuai membaca, tengok KDrama dan tidur je
Hehehehehe.
Banyak juga cerita yang melukakan
Tetapi kehidupan memang begitu.
In sya Allah kita jadikan pengajaran
dan perbaiki diri di mana perlu.
Ada berbagai kisah mewarnai kehidupan kita.
Selamat Tinggal 2021.
Kenangan manis dan indah.
Pengajaran yang perlu dihadam.
Terima kasih di atas segalanya.
Selamat datang 2022.
2 Comments
Banyak suka duka tahun 2021. Selamat thn baru
ReplyDeleteItu la kan. Semoga tahun 2022 menjadi tahun yang paling best untuk kita semua
Delete