Tempat Wajib Singgah di Kluang adalah The Original Kluang Rail Coffee
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Walaupun cawangan Kluang Rail Coffee telah ada merata-rata di Lembah Klang dan yang paling dekat dengan kami bertiga adalah di AEON Shah Alam tetapi tetap la juga jatuh wajib perlu makan dan minum di The Original Kluang Rail Coffee sebab ianya adalah kedai yang asal.
Sepintas Lalu
The Original Kluang Rail Coffee mula beroperasi sebagai kantin tentera British pada 1938 (83 lepas) yang terletak di dalam Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) Kluang masih mengekalkan persekitaran yang sama dengan sejak ia mula dibangunkan daripada segi makanan, struktur binaan kedai serta kerusi meja kedai bagi memberikan suasana mengimbau nostalgia dan memori lama apabila mereka menjamu selera di situ.
Menu
Menu utama yang sangat terkenal di sini adalah roti bakar kaya dan sudah tentu la kopinya.
Ada banyak lagi menu lain yang ada di sini termasuk nasi lemak bungkus, laksa Johor, kuih muih dan sebagainya. Pilih aje mana satu yang berkenan di tekak ye. Lepas tuh kalau tiba-tiba kena longgarkan getah seluar atau kain jangan salahkan den sebab suasana di sini memang agak mengundang untuk makan dengan jayanya lagi-lagi kalau pergi dengan kawan-kawan yang sekepala.
Disebabkan kami masih kenyang selepas breakfast bersungguh di Kluang Container makanya kami hanya makan roti bakar dan cucur udang serta minum kopi di sini sambil melihat keretapi lalu lalang begitu.
Boleh juga hendak beli kopi yang telah dipaketkan sebagai cenderahati untuk diminum di rumah kemudiannya.
Persekitaran
Kalau ada masa boleh juga membaca semua maklumat keratan akhbar berkaitan The Original Kluang Rail Coffee yang ada di sini.
The Original Kluang Rail Coffee memang biasanya akan penuh dengan orang. Jadinya tidak dapat hendak lepak lama-lama sebab nanti kesian orang lain tunggu lama untuk makan di sini.
Bagi orang yang memang old school atau old soul macam den ni ha, kedai makan macam ni memang den berkenan sebab ala-ala rustic dan vintage sama juga la dengan den yang dah tua ni hehehehehe.
Untuk maklumat lanjut tentang The Original Kluang Rail Coffee, boleh layari
https://m.facebook.com/OriginalKluangRailCoffee
Selamat menjamu selera di The Original Kluang Rail Coffee.
0 Comments