Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar semuanya?

Pejam celik pejam celik sudah hamper dua (2) tahun dunia termasuk Malaysia berperang dengan pandemik Covid19. Walaupun sebelum Covid19 lagi, urusan jual beli di atas talian (online) telah menjadi sebahagian daripada kehidupan kita tetapi Covid19 menyebabkan banyak perniagaan yang selama ini lebih memfokuskan kepada perniagaan fizikal mahu tidak mahu perlu juga mengorak langkah ke online platform supaya perkhidmatan dan produk tetap dapat disampaikan kepada pelanggan dengan meminimakan pergerakan keluar dari rumah.

Mahu tidak mahu kena juga belajar memahirkan diri untuk menjual secara atas talian (online) atau maya lagi-lagi untuk orang introvert macam den nih ha yang kalau boleh hendak berada di belakang tabir huhuhuhuhu.

KURSUS GERAK LAJU

Den hendak ajak korang semua terutamanya usahawan produk yang belum mahir atau berhasrat hendak meningkatkan lagi kemahiran menjual secara online menyertai KURSUS GERAK LAJU selama 3 hari pada 28, 29 & 30 Januari 2022 di Hotel De Baron, Langkawi anjuran PTdotcom Academy.

Kenapa Perlu Sertai 3 hari KURSUS GERAK LAJU?

Ada banyak kursus berkaitan pemasaran di atas talian yang korang boleh jumpa kan tapi kenapa kena sertai 3 hari KURSUS GERAK LAJU ni?

Setiap kursus biasanya ada keistimewaannya yang tersendiri tetapi 3 hari KURSUS GERAK LAJU bolehlah dikatakan sebagai mempunyai modul yang lengkap sebab merangkumi 12 perkara berikut:

1. Skrip meletops untuk close sale.

2. Branding dan jualan di Tik Tok (ini den paling kena belajar sebab baru buka akaun Tik Tok huhuhuhu).

3. Strategi Affliate dan Dropship.

4. Teknik BOSS tarik pelanggan.

5. Teknik hasilkan Copywriting mantap.

6. Cara mudah mendapatkan pengkalan data prospek.

7. Teknik promosi di Facebook dan Instagram.

8. Teknik mudah bangunkan laman sesawang (website) sendiri.

9. Teknik hasilkan content kreatif menggunakan handphone.

10. Teknik promosi dan jualan di Telegram.

11. Penggunaan Autoblast di dalam perniagaan.

12. Berniaga di Shopee - skills dan tricks 2021 (ini pun den nak belajar sangat).

Berapa Harga 3 hari KURSUS GERAK LAJU?

Agak-agak berapa harga 3 hari KURSUS GERAK LAJU dengan 12 modul mantap tersebut? Kalau mahal den pun tidak sampai hati hendak ajak korang sertai kursus 3 hari ini.

Ada 2 pakej yang ditawarkan dan In sya Allah harga mampu milik.

Pakej Pertama: RM550/seorang bagi 3 hari termasuk penginapan, yuran kursus, makan 6 kali sehari dan nota kursus.

Pakej Kedua: RM399/seorang bagi 3 hari termasuk yuran kursus, makan 6 kali sehari dan nota kursus (TIDAK TERMASUK penginapan).

Kalau tanya den kan, den lagi suka pakej pertama sebab senang tempat kursus dan hotelnya adalah di lokasi yang sama. Senang tidak payah pening kepala. Kalau terlambat bangun tidur pun, tidak perlu terkocoh-kocoh untuk ke tempat kursus.

Tapi pakej kedua tanpa penginapan pun okay untuk mereka yang telah ada rancangan untuk berjimba di tempat lain dan tidur di hotel yang memang diidamkan di Langkawi ini.

Tidur di hotel mana tidak penting tapi yang paling utama adalah ilmu yang akan diperoleh daripada 3 hari KURSUS GERAK LAJU ini.

Macam Mana Hendak Daftar 3 hari KURSUS GERAK LAJU?

Senang sangat hendak mendaftar ke 3 hari KURSUS GERAK LAJU ini. 

Korang hanya perlu mendaftar di

https://geraklaju.onpay.my/order/form/daftar

Di pautan berikut juga diterangkan maklumat kursus secara ringkas.

Jangan risau, sekiranya ada pertanyaan lanjut atau sebarang kemusykilan, boleh hubungi penganjur di www.wasap.my/60173206870/geraklajulangkawi

Kenapa Kena Pilih KURSUS GERAK LAJU?

In sya Allah penganjur kursus merupakan mereka yang mempunyai pengalaman luas di dalam pemasaran digital.

Mereka telah melaksanakan banyak Training Pemasaran Digital dan mengajar lebih 1000 usahawan sejak 2019.

In sya Allah semoga ada rezeki supaya kita dapat meningkatkan perniagaan kita di tahun 2022 nanti dengan menyertai 3 hari KURSUS GERAK LAJU ini.
 

0 Comments