"We should promise ourselves to feel happy every time the sun is reborn each and every morning, to look forward to the future, but never sacrifice the present, because of that, to accept love whenever it crosses our path, to live each minute, and never postpone anything that could make us happy". Thich Nhat Hanh, The Long Road to Joy

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

 

Wow….pejam celik pejam celik.

Dalam dok kalut sakit jantung, hati, limpa,

peparu, pankreas, dsb

memerhatikan kepimpinan tertinggi Malaysia

sibuk dengan perebutan kuasa dan

politik yang tidak berkesudahan

di kala ramai rakyat marhaein berhempas pulas

sampai tidak tahu lagi hendak survive macam mana.

Tau tau sudah Disember.

Macam eh dah Disember.

 

Variant Omnicron telah tiba di Malaysia.

Berharap benar tiada lagi lockdown

kerana majoriti rakyat marhaein

tidak akan bisa mampu lagi

baik daripada aspek kewangan, fizikal, emosi dan mental.

 

Harga barangan keperluan naik mencanak-canak.

Kelmarin ni suami den beli racun.

2 bulan lepas harga racun yang sama,

kuantiti dan jenama yang sama,

harga RM45.

Kelmarin harga racun itu telah jadi RM90.

Dia kata ada racun yang sebelum ni harga RM230.

Kelmarin telah menjadi RM470.

Tidak tahu hendak tepuk kepala ke

atau masukkan kepala dalam tanah macam

burung unta buat.

Bila baja dan racun naik harga sebegitu.

Berapa peratuskah agaknya kenaikan

semua perkara berkaitan dengan dua bahan ini?

Sayur yang telah sedia mahal akan lebih mahal.

Beras juga akan lebih mahal

kalau racun dan baja berkaitan

penanaman padi naik harga.

Apa akan jadi dengan mereka

di dalam kategori miskin tegar

kalau yang M40 pun telah menjadi B40?

Ini kalau ada asatizah ke siapa ke

yang bagi kata-kata hikmah suruh bersabar ke apa

memang akan mengundang samada

kecaman atau kerasukan abalasa daripada netizen.

 

Tajuk coretan ini adalah Dear December

atau haruskah ditukar kepada Death December?

Haish.

 

Disember ini kalau hendak diikutkan

ada macam-macam agenda yang dirancangkan.

Walaupun kalau ikutkan hati hendak tidur je

sebab penat dengan kepimpinan Malaysia ni.

Tapi hendak diapakan ye tak?

Hidup perlu diteruskan

walaupun terpaksa mengesot.

 

Dua (2) buah buku yang den pinjam

dan perbaharui pinjamannya beberapa kali

dari Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS),

masih tidak habis dibaca pada November lepas.

Berharap benar dapat habiskan pembacaannya

bulan Disember ini.

Tapi itu la, bila buku ilmiah ini,

kadar pembacaannya seumpama

siput babi yang tercedera,

lambatnya tidak dapat dibicara.

 

In sya Allah pertengahan Disember nanti

ada mesyuarat yang den mahu tidak mahu

terpaksa melalukan juga.

Harapnya kali ini dapat bersara.

Penat sudah berurusan dengan manusia

yang ala-ala berketrampilan mewah

seperti CEO Megah Holdings

dan seangkatan dengannya

tetapi pemikirannya jelek dan jumud.

 

Cerita yang den rancangkan hendak

dicoretkan pada 2021 ini

ada lebih kurang 30% tidak kesampaian.

Den akan cuba usahakan untuk cerita

pada 2022 nanti dengan harapan

blog ini masih tidak terkubur,

tika dan masa mengizinkan,

masih ada umur berbaki dan

den ada rasa hendak menulis lagi

sebab walaupun blog ini bukan blog ilmiah

tetapi tetap la juga perlukan

mood dan vibe untuk mengarang.

 

2020 dan 2021 adalah tahun yang sangat mencabar

untuk kita semua.

Den berharap bulan Disember 2021

dapat menjadi bulan yang paling manis

di dalam hidup kita.

Sebab hidup adalah terlalu singkat.

We deserve to be happy.

 

Semoga Disember 2021 adalah bulan

yang terbaik untuk kita semua.

In sya Allah.


 

2 Comments