Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Menara Alor Setar begitu keren sekali (ini kalau subtitle Indonesia dalam drama Korea😜).

Kadang-kadang tempat yang dekat kita tidak sampai lagi tapi tempat yang jauh kita telah menjejak kaki. Begitulah kisah den. Tidak pernah sampai lagi di Menara Kuala Lumpur tapi ada rezeki berjimba di Menara Alor Star.

Untung la orang Kedah sebab boleh melihat pemandangan menawan Bandar Alor Setar dari Observation Deck pada aras 105 meter. Datang pula masa remang-remang senja, memang breathtaking view bak kata orang putih begitu.

Sepintas Lalu Tentang Menara Alor Setar

Menara Alor Setar dengan 40 tingkat (165.5 meter) adalah bangunan tertinggi di Alor Setar dan sebenarnya merupakan menara perhubungan/telekomunikasi. Menara ini juga digunakan sebagai balai cerap untuk melihat anak bulan pada ketinggian 88 meter.

Bary la den tau yang Menara Alor Setar ini direkabentuk seumpama setangkai padi yang diikat bersama sebagai penghargaan kepada Negeri Kedah Jelapang Padi. Kebanyakan bangunan di Malaysia ini dibina berasaskan seni, budaya dan tradisi masyarakat Malaysia cuma kadang-kadang kita tidak perasan.

Den bagi tiga (3) sebab kenapa korang perlu melawat Menara Alor Setar:

1. Dataran Menara Alor Setar

2. Observation Deck dan Kotak Kaca Star View

3. Star Sky Restaurant & Lounge

Dataran Menara Alor Setar

Dataran Menara Alor Setar ini sebenarnya boleh digunakan untuk membuat event. Biasanya hari minggu ada busking di sini. Terdapat deretan kedai cenderahati, kedai menjual gubahan bunga dan kedai aiskrim gula apong Mok Ti.

Di Dataran Menara Alor Setar ni juga macam comel je untuk bergambar di sana sini.

Observation Deck dan Kotak Kaca Star View

Dua perkara ini adalah tarikan utama atau star attraction di Menara Alor Setar.

Untung la orang Kedah sebab boleh melihat pemandangan menawan Bandar Alor Setar (tempat kelahiran Perdana Menteri pertama, keempat dan ketujuh Malaysia) dari Observation Deck pada aras 105 meter.

Bak kata Imuda dalam sitcom Pi Mai Pi Mai Tang Tu iaitu "Hang kata hang tere" bolehlah ditujukan kepada diri den yang agak gayat bila berdiri di Kotak Kaca Star View. Tetapi misi bergambar persis BBNU harus diteruskan begitu. Ada 2 Kotak Kaca dengan 2 pemandangan berbeza. Satu Kotak Kaca Hijau dan satu lagi Kotak Kaca Kuning.

Tengok acik sorang ni. Sakan dia berposing tau

Ini je la gambar den yang agak gayat dengan ketinggian

Super love this photo

Star Sky Restaurant & Lounge

Ini adalah satu lagi keistimewaan di Menara Alor Setar.

Kalau ada kesempatan boleh cuba untuk makan di restoran berputar ini ye.

Ada disediakan pakej sambutan ulang tahun perkahwinan dan hari lahir juga di sini.

Untuk sambutan anniversary

Boleh ye den tidak perasan Star Sky Restaurant & Lounge berputar semasa den memberi tumpuan penuh kepada lauk pauk yang disajikan. Pasemboq dia memang kena betul dengan tekak den. Orang lain mungkin ada telepati dengan alien ke apa tapi den sahih ada hubungan dengan makanan yang tidak dapat dirungkai. Apabila makanan berada di depan mata, perkara yang lain tidak terpeduli lagi hehehehehehe.

Ini paling win untuk tekak

Ahjuma yang tengah tuh memang tidak dapat diselamatkan kalau jumpa makanan sedap

Promosi Harga Tiket 2 Oktober - 31 Disember 2021

Ada promosi SUPER DEAL tau untuk lawatan ke Menara Alor Setar ni:

Tempoh: 2 Oktober - 31 Disember 2021
Hari: Isnin - Ahad

Promosi Isnin - Khamis:

Observation Deck: RM6.00 (dewasa) & RM4.00 (kanak-kanak)

Star View: RM20.00 (dewasa) & RM10.00 (kanak-kanak)

Promosi Jumaat - Ahad:

Observation Deck: RM6.00 (dewasa) & RM4.00 (kanak-kanak)

Star View: RM24.00 (dewasa) & RM14.00 (kanak-kanak)

Free entrance: Kanak-kanak 4 tahun ke bawah.

Waktu Operasi Menara Alor Setar (Isnin - Ahad): 8.30 pagi - 10.30 malam

Waktu Operasi Star Sky Restaurant & Lounge (Isnin - Ahad): 2.00 petang - 10.00 malam

Kalau hendak buat mesyuarat pun boleh tau di sini.

Korang boleh layari sosial media berikut untuk maklumat lanjut ye.

Menara Alor Setar

Website : www.menaraalorsetar.com.my

Facebook: https://www.facebook.com/menaraalorsetarofficial/

Instagram: https://www.instagram.com/menaraalorsetarofficial

Telefon: 604 720 2234 / 720 2901 / 720 2902

Star Sky Restaurant & Lounge

Facebook: https://www.facebook.com/StarskyRestaurantLounge/

Instagram: https://www.instagram.com/starskyrestaurantmenara

atau hubungi 018-870 4515 / 013-410 8700 / 013-487 1375 / 012-387 4515 untuk tempahan sebarang pakej ye.

Pemilik AMD Resort & Camp bersama General Manager, Encik Zamri Abdul Razak

Lebih kurang kata kalau datang ke Alor Setar tapi tidak memasukkan lawatan ke Menara Alor Setar sebagai agenda, macam tidak lengkap sesi berjimbaan ke Alor Setar begitu ye. Paling kurang sekali seumur hidup kita datang ke sini because is too short not to enjoy the magnificent view of Alor Setar from the Alor Setar Tower begitu.

Jom kita masukkan agenda melawat Menara Alor Setar dan makan di Star Sky Restaurant & Lounge apabila kita melawat Alor Setar ye.

2 Comments

  1. Tak aci ni, ceq orang Kedah tak sampai lagi Menara Loq Staq ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa tuh kadang-kadang jadi macam tuh. Aloq Staq banyak tempat makan best. Suka.

      Delete