Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Semasa merancang hendak ke Kluang, memang den berangan hendak bermalam di Kluang Container Hotel sebab macam menarik je tempatnya.

Kami menempah kabin yang mempunyai 2 buah katil Queen.

Kitaorang gembira sungguh dengan keadaan kabin yang memang selesa, kemas, bersih dan sesuai untuk penginapan 3 orang dewasa ni.

Kabin ini dilengkapi dengan semua kemudahan yang biasa tersedia di semua hotel termasuk seterika, televisyen dengan siaran yang boleh tahan menarik, dsb.

Yang paling best adalah kabin kami betul-betul berhadapan dengan kolam renang. Memang boleh dikatakan buka pintu kabin terjun terus dalam kolam renang macam tuh hehehehehe. Memang sakan kami berkubang dan berenang di dalam kolam tuh.

Sarapan pagi yang disediakan walaupun ringkas tetapi memadai.

Kluang Container Hotel ini juga tidak jauh dari deretan rumah kedai. Dalam 7 minit perjalanan dengan kereta, kami makan malam di Kluang Western Café sebelum membasuh baju di dobi layan diri di kawasan rumah kedai yang sama.

Bagi den, Kluang Container Hotel adalah antara hotel terbaik yang den pernah menginap sepanjang den berjalan-jalan di sana sini. Berpadanan dengan harganya, kemudahan dan keadaan bilik kabin itu sendiri memang menarik.

Sesiapa yang masih mencari-cari penginapan di Kluang, boleh pertimbangkan hotel ini dan dapatkan maklumat di pautan berikut ye

https://www.facebook.com/kluangcontainerhotel/

Hotel yang sesuai untuk penginapan keluarga dan kawan-kawan.

0 Comments