Pengalaman 3 Hari 2 Malam di AMD Resort & Camp, Perik, Kuala Nerang, Kedah
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Beberapa tahun kebelakangan ini kalau ditengokkan memang ramai orang yang suka untuk bercuti dan berehat menenangkan minda dan hati bersama keluarga dan teman-teman dengan tema kembali ke alam semulajadi (going back to nature).
Sememangnya aura apabila berada di persekitaran semulajadi seperti sungai, air terjun, flora dan fauna dan sebagainya adalah sangat tenang dan sunyi. Suasana macam ni memang sesuai untuk berehat sebentar daripada hiruk pikuk kota metropolitan dan tugasan yang tidak pernah akan habis dan recharge.
Den hendak kongsikan pengalaman selama 3 hari 2 malam di AMD Resort & Camp, Perik, Kuala Nerang, Kedah pada awal November 2021 yang lepas. Ini antara pengalaman yang den memang tidak akan lupakan hehehehehhe.
Di Mana AMD Resort & Camp ni?
AMD Resort & Camp ni terletak di Perik, Kuala Nerang, Kedah. Den pun pertama kali sampai di Kuala Nerang ni. Perjalanan dari Kuala Lumpur hendak menyampaikan ke sini memang dipenuhi dengan pemandangan penuh kehijauan apabila kita telah memasuki ke Negeri Kedah.
AMD Resort & Camp ni sesuai untuk mereka yang mencari damai dan lari sebentar daripada hingar-bingar kota. Kalau datang naik bas ala-ala rombongan Cik Kiah, bas memang tidak dapat masuk ke tempat ini sebab laluan dari jalan besar agak comel begitu.
Jadinya kalau datang naik bas, bas perlu turunkan kita di tepi jalan besar dan kita perlu berjalan kaki untuk sampai ke AMD Resort & Camp ni ye. Tidak la jauh mana pun. Dalam 5 minit je berjalan kaki. Bila berjalan-jalan dengan kawan-kawan lagi tidak perasan sebab sambil berjalan sambil bergosip kan?
Sesiapa yang datang dengan kenderaan sendiri, in sya Allah boleh meletakkan kereta di sekitar kawasan AMD Resort & Camp.
Jejak je kaki ke AMD Resort & Camp ini, kita akan disambut dengan deruan aliran anak sungai yang mengalir di dalam kawasan ini. Pemilik AMD Resort & Camp memaklumkan bahawa nama anak sungai ini adalah Sungai Perik.
Tema Penginapan Kampung Desa Permai
Begitu tema yang den berikan kepada penginapan di AMD Resort & Camp ini.
Asalnya AMD Resort & Camp ini adalah tempat yang terlibat di dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Selepas PLKN berakhir, AMD Resort & Camp ditambahbaik dan disesuaikan untuk menjadi tempat persinggahan untuk keluarga dan rakan-rakan di dalam suasana kampung di mana kawasan ini mempunyai sebatang anak sungai yang melaluinya, pokok buah-buahan tempatan dan persekitaran semulajadi yang lain.
Tiga (3) Jenis Penginapan
Terdapat tiga (3) jenis penginapan yang korang boleh pilih kalau hendak berehat di sini.
Penginapan Bilik Rumah Kampung/Warisan
Kalau hendak tidur di waktu malam sambil ditemani dengan bunyi aliran Sungai Perik, makanya boleh pilih untuk menginap di rumah kampung yang telah berusia 30 tahun lebih di mana ianya terletak di sebelah sungai dan dekat dengan Restoran Warisan D’ Sungai.
Penginapan di rumah kampung yang boleh memuatkan sehingga 25 orang dewasa. Macam rumah kampung dulu-dulu siap ada beranda kalau nak melepak minum kopi O sambil mengenang kisah lalu.
Siap ada alang rumah lagi. Lama dah den tidak jumpa rumah macam ni.
Langsirnya memang tema zaman-zaman kegemilangan Kak Melah Kau Kunci Cintaku sangat, zaman 80an gitu.
Langsir dulu-dulu sangat kan hehehehehehe |
Rumah Warisan ini disediakan penghawa dingin di setiap biliknya. Walaupun suasana kampung tetapi keselesaan tetap diutamakan begitu.
Penginapan Bilik Rainbow Cabin
Kalau hendak rasa macam kehidupan di asrama sebab perlukan ruang yang besar untuk bergosip dan beramah mesra, makanya boleh pilih penginapan di kabin.
Gambar dari Facebook AMD Resort & Camp |
Rumah warna-warni ni terletak bersebelahan dengan gelanggang badminton. Penginapan di rumah warna warni memang tersedia sekali bilik air di dalamnya.
Khemah
Kalau hendak tidur berlangitkan gugusan bintang berkelipan dan
disinari cahaya bulan purnama, bolehlah memilih penginapan yang lebih adventure
iaitu berkhemah.
Korang tidak perlu pergi Decathlon untuk beli khemah tau sebab boleh je sewa
khemah daripada AMD Resort & Camp ni. Nyamuk banyak ke tak kalau tidur di
khemah ni? Ini den tidak dapat jawab sebab den tidak tidur dalam khemah
hehheheehe. Jadinya kena cuba baru tahu begitu ye.
Cafe Warisan D Sungai
Walaupun penginapan di sini tidak disediakan bersekali dengan sarapan tetapi semuanya boleh dibawa berbincang begitu. Boleh sembang dengan pengusaha resort dan menjamu selera makanan tradisional dengan harga yang berpatutan. Korang kena cuba makan pulut dan rendang. Makan pula sambil memandang air sungai mengalir. Memang mengundang jiwa kacau hehehehehe.
Makan malam |
Kalau hendak makan maggi ke kudap-kudap ke boleh je beli di sini ye.
Makan Dalam Sungai
Yang pastinya apa yang korang kena cuba walaupun tidak menginap di sini adalah makan tengahari di dalam sungai.
Memang pengalaman lain daripada yang lain makan bersama keluarga dan kawan-kawan di dalam sungai lagi-lagi bila tiba-tiba air sungai macam naik tinggi dan terbasahkan seluar kita hehehehehe. Kalau hendak selesa yang mudahnya pakai seluar renang tuh ha, kalau basah pun cepat kering.
Kita kena lupakan hasrat untuk berdiet kalau makan tengahari di sini sebab lauk-pauknya mengundang kesan kepada pertambahan nasi di bawah sedar atau di luar kawalan begitu.
Ada empat (4) pakej yang korang boleh pilih ikut kesesuaian dan bilangan konco-konco yang dibawa untuk makan di sini ye.
Gambar den makan di sini memang la tiada sebab den asyik maksyuk mencicah ikan tilapia goreng dengan sambal belacan tuh ha. Den kongsikan gambar kawan-kawan yang sempat mereka ambil ye.
Gulai ikan termenung pun sedap di tekak den nih ha. Untuk den, tiga (3) lauk ni dah cukup untuk buat den tambah nasi sampai tiga (3) pinggan tanpa sedar. Tapi lauk-pauk dia ada lebih daripada ini k.
Langsung teringat dekat sambal belacan meletops ni |
Kalau korang datang menginap masa musim buah-buahan di AMD Resort & Camp ni, korang boleh ambil pakej penginapan dan makan buah-buahan tempatan yang ada di situ. Berapa harga pakejnya? Biarlah rahsia. Chewahhh....belum ada harga lagi kerana pakej ini akan mula ditawarkan pada tahun 2022.
Bagi mana-mana pakej yang korang berminat, boleh tengok Facebook AMD Resort & Camp di mana maklumatnya akan dikemaskini dari masa ke semasa.
Aktiviti-Aktiviti di AMD Resort & Camp
Selain daripada kita berehat-rehat merasai suasana kampung sambil ditemani bunyi alunan aliran sungai, bunyi cengkerik bersahut-sahutan, berkhemah dan mandi sungai siang dan malam sampai lebam, ada beberapa lagi aktiviti yang korang boleh buat di AMD Resort ni.
Tengok depa-depa ni. Sakan depa mandi sungai malam-malam. Awak celup kaki pun dah terasa sejuk gedi |
1. Hiking untuk melihat awan karpet. Ini den tak sempat
joint sebab masa pergi ke sini sakan hujan turun dengan meriahnya huuhuhuhuhu.
2. Bermain badminton.
3. BBQ bersama kawan-kawan dan keluarga.
4. Memberi makan ayam.
5. Meninjau pembuatan IKS kuih batang buruk tradisional dan asli yang terletak sepelaung dari AMD Resort & Camp (jalan kaki tidak sampai 10 minit). Rugi kalau tidak beli sebab memang sedap untuk tekak den nih ha.
Ada lagi aktiviti yang disediakan dari masa ke semasa yang masih di dalam perancangan AMD Resort & Camp. Jadinya kena rajin terjah Facebook AMD Resort & Camp untuk maklumat terkini ye.
Korang boleh layari Facebook AMD Resort & Camp https://www.facebook.com/amdcampperik
atau hubungi 0176883795 / 0105107003 / 0193306528 / 0194443028 untuk sebarang pertanyaan lanjut ye.
Dua orang pemilik AMD Resort & Camp |
Tapi di mana-mana pun tempat yang kita hendak berjimba faktor cuaca memang penting ye. Kalau cuaca terik mentari sampai tidak boleh buka mata sebab silau (tetapi gambar paling cantik diambil ketika ini) serta redup dan mendung tidak bererti hujan, ini adalah masa yang paling sesuai dan selamat untuk berjimba.
Di kala perubahan iklim menjadi ancaman kepada seantero dunia (ayat gomen habis ni), kena la kita merancang sesi percutian dan berjimbaan kita supaya selamat dan selesa. Kalau kawasan rekreasi yang ada sungai, anak sungai atau cucu sungai, molek benar la kita pergi masa musim kering, bukan musim hujan bagi mengelakkan kita terjebak dengan kejadian kepala air, banjir kilat dan seumpama dengannya. Berjimba-jimba juga, keselamatan dan kesihatan hendaklah diutamakan ye.
Umur dua orang mother figure ni adalah 60an tetapi bersemangat ye bergerak sana sini. Salute sangat |
Orang yang paling tidak suka pergi ke program team building adalah diri den. Harapnya pejabat den tidak tahu la tentang AMD Resort & Camp ni hehehehehe.
Untuk team den, kalau kami ke sini suatu hari nanti, kami mungkin hanya akan memfokus kepada aktiviti makan di dalam sungai kerana makan-makan adalah kepakaran kami hehehehehe.
Jadinya kepada sesiapa yang merancang hendak berjimbaan dan berehat bersama kawan-kawan atau keluarga dalam suasana kampung, boleh la jenguk-jenguk Facebook AMD Resort & Camp ye.
Jom balik kampung temanya.
2 Comments
Menariknya tempat ni.
ReplyDeleteBalik Kedah nanti kalau ada masa boleh gi makan dalam sungai tu :)
Ha mesti cuba paling kurang makan dalam sungai itu. Tilapia goreng cicah sambal belacan tuh memang heaven
Delete