Noteworthy November
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar semua?
Harap semuanya sihat.
Ada yang celebrate Halloween ke semalam?
Ramai ustaz dah komen pasal hukum sambutan Halloween
oleh umat Islam.
Den cuma kenal Helloween
sebab lagu depa sedang elok untuk telinga den.
Antaranya lagu depa yang den suka adalah
Forever and One,
The Tale That Wasn’t Right,
The Middle of A Heartbeat dan
If I Knew.
Alhamdulillah akhirnya kita semua
diberikan kebenaran merentas negeri.
Semoga ada rasa kebahagiaan kepada mereka yang akhirnya
dapat bertemu dengan ibu bapa,
sanak saudara dan sahabat handai
setelah hampir 2 tahun tidak bersua muka
akibat bahana pandemic Covid19.
Salam takziah kepada mereka yang pulang tetapi tidak dapat memeluk orang yang disayangi
tetapi hanya dapat menjenguk pusara orang dikasihi kerana Covid19.
Semoga semuanya ditempatkan di kalangan orang yang beriman.
Sejak semua orang dibenarkan merentas negeri
mulai 11 Oktober, korang telah pergi ke mana?
Den tidak ke mana-mana lagi kerana
semua penjawat awam di Selangor
telah mula bertugas seperti biasa
apabila Selangor diumumkan PPN Fasa 4.
Selamat tinggal fasa Bekerja Dari Rumah (BDR).
Kenangan bersamamu tidak akan dilupakan.
Tetapi seperti kata pepatah.
Setiap yang bermula pasti akan berakhir.
Marilah kita bekerja selayaknya.
Sambil berangan untuk bersara awal.
Kerana berangan itu percuma.
Bagi negeri yang telah memasuki PPN Fasa 4,
anak-anak di sekolah rendah akan mula bersekolah
pada 1 dan 8 November 2021
mengikut giliran yang ditetapkan oleh sekolah.
Den masih belum buat keputusan
samada hendak benarkan budak-budak bersekolah
di kala kes masih tinggi
atau tunggu 2022 je baru bagi mereka pergi sekolah.
Di persimpangan dilema seperti kata Nora.
Mula-mula den hendak bagi tajuk post ini sebagai Nonpartisan November
sebab in sya Allah macam jadi je kan hendak diadakan PRN Melaka pada 20 November ni.
Tapi macam sakit hati pula tajuk macam tuh hehehehe.
Malaysia ni atau lebih tepat
kebanyakan ahli politik di Malaysia
masih tidak mengambil pengajaran
daripada kes PRN Sabah
yang menyebabkan kita semua berakhir begini.
Kes tidak surut daripada 4 angka,
kematian yang sudah tidak terbilang,
berenyut-renyut perniagaan gulung tikar,
ribuan rakyat kehilangan pekerjaan,
peningkatan kes kesihatan mental
dan sebagainya.
Sekarang rakyat baru mula hendak bernafas,
The people are trying very hard to pick up the pieces and survive.
Tiba-tiba eh hendak PRN pula dia.
Terus rasa numb seperti kata Linkin Park
Melalui lirik lagu popular mereka, Numb
“Feeling so faithless, lost under the surface
I’ve become so numb,
Become so tired”
Boleh la juga tajuk post ini dipertimbangkan sebagai
Numb November
merujuk kepada tidak tahu hendak rasa atau fikir apa lagi
tentang scenario politik Malaysia ini.
Haish.
Harapnya den akan berjaya menghabiskan
membaca buku A New History of The World
karya Peter Frankopan
yang dipinjam dari Perbadanan Perpustakaan Shah Alam.
Den telah perbaharui pinjaman buku ini sebanyak 2 kali
huhuhuhuhuhuhu.
Udah la buku ilmiah
yang memang bukan genre yang den biasa baca.
521 muka surat pula tuh.
Font tulisan pula kecil cek mek molek.
Mencabar sungguh untuk orang rabun melampau macam den ni.
Setakat ini baru baca sehingga mukasurat 207.
Hendak mengabaikan buku ini sayang la pula.
Sebab sudah hampir separuh dibaca,
fakta dan maklumatnya memang menarik.
Jarang sangat den jumpa buku ilmiah yang menarik hati.
Doakan den berjaya habiskan buku ini pada bulan ini ye.
Den sedang menantikan 19 November
kerana KDrama Hellbound
akan mula ditayangkan di Neflix.
Kalau ikutkan sinopsis yang sepatah dua tuh,
ianya berkisarkan tentang ajaran agama baru,
amaran tentang kematian yang akan berlaku,
malaikat maut mencabut nyawa.
Den kalau ala-ala cerita seumpama
Along with the Gods memang den minat.
Lagipun hero Yoo Ah-in kot.
Jarang KDrama atau KMovie yang dia berlakon,
tidak unik atau tidak menarik.
Pengarahnya pula adalah pengarah filem Train To Busan.
Apa depa nak cerita 6 episod je nanti nih oiii.
Tengok trailers Hellbound ni pun udah cukup mengancam.
Maka marilah kita menyanyi lagu
Menghitung Hari oleh Kris Dayanti
bagi menanti tayangan KDrama ini.
Semoga apa yang dirancang
oleh kalian semua
dan berharap ianya direalisasikan
pada November ini
dipermudahkan urusannya.
Semoga November kita pada tahun 2021
akan menjadi November
yang terbaik untuk kita semua.
In sya Allah.
0 Comments