Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Siapa yang kenal den memang tahu den memang suka main games yang ringkas, mudah dan tidak peningkan kepala. Daripada zaman belajar di universiti sampailah den ada dua (2) orang anak dan umur mencecah hampir separuh abad, den masih suka main games.

Kalau den tunggu mesyuarat hendak bermula dan dalam perjalanan ke lawatan tapak, samada den membaca buku atau den main games. Untuk orang introvert macam den ni ha, ini adalah dua (2) aktiviti yang paling den suka buat. Den memang tidak termasuk di dalam golongan yang beramah mesra dengan orang ramai sebab den suka menyendiri. Jadinya teman den yang paling sesuai adalah membaca dan bermain permainan atas talian percuma.

Zaman belajar di universiti, den sibuk main games Pac Man, Super Mario, Tetris, Mahjong Tiles dan Solitaire.

Dari dulu den suka main games yang simple, fun and easy sebab hendak berehat dan release tension je. Tak kuasa den nak main games yang perlukan strategi bagai ni, nanti buat pening kepala je. Main games membantu den mengurangkan tekanan, membolehkan den bonding dengan anak-anak den dan hiburan yang murah dan mudah untuk keluarga den.

Siapa di sini yang tidak pernah langsung bermain game Solitaire sepanjang hidup dia?

Mula-mula den terfikir kenapa hendak main Solitaire perlu ada satu laman sesawang sebab Solitaire je pun tapi bila den masuk dalam laman sesawang https://www.solitaire.org/ baru den faham bahawa ada pelbagai jenis permainan Solitaire yang ditawarkan. Korang boleh pilih Solitaire jenis yang mana yang sesuai dengan minat dan masa masing-masing.

Senang sangat ye hendak main games Solitaire di laman sesawang ini. Tidak perlu hendak mendaftar ke muat turun aplikasi ke apa. Boleh terus main je. Senang sangat. Setakat yang den dah main beberapa permainan ni, tiada yang kena bayar untuk upgrade ke apa. Masuk website, pilih game apa yang kita berkenan, terus main. Macam tuh je.

Ada tujuh (7) jenis games berasaskan Solitaire yang korang boleh main di laman sesawang ini iaitu Klondike, Spider, FreeCell, Pyramid, Tripeaks, Golf dan Mahjong.

Setiap permainan ada diterangkan cara bermain, ada yang disertakan dengan video sekali. Memang terperinci penerangannya. Jadinya siapa yang tidak tahu main langsung Solitaire, sekejap je boleh faham cara permainan jika baca penerangannya tu. Siap ada cerita tentang sejarah asal usul permainan tersebut. Tinggal kita ni rajin membaca dan tidak je.

Den bagi cerita sedikit tentang semua permainan yang ada di dalam laman sesawang ini yang korang perlu cuba semuanya ye.

FreeCell Solitaire

Dalam kesemua games Solitaire ni, den paling suka FreeCell sebab ini game yang sangat familiar dengan den. Ini favourite game den masa di zaman belajar di UKM dulu. Kalau main tu jarang sangat tidak menang, memang champion sokmo begitu hehehehehe. Dia punya mengulang main sebab asyik memang tuh boleh membawa sampai ke malam.

Klondike Solitaire

Klondike Solitaire pun best juga sebab senang hendak menang. Dia kan bila main game dan menang ni boleh mengundang satu semangat untuk terus bermain begitu. Kalau asyik kalah itu yang mood ke laut dalam hehehehehe. Kalau hendak memang selalu pilih Easy Mode. Kalau hendak mencabar minda, pilih Normal Mode yang menunjukkan tiga kad pada satu-satu masa. Den okay je main dua-dua mode sebab boleh menang selalunya.

 

Spider Solitaire

Rasanya Spider Solitaire yang den pernah main dulu tidak la sesukar Spider Solitaire yang ada di dalam laman sesawang ini. Ada 3 modes untuk permainan ni iaitu Easy, Medium dan Hard tapi walaupun den main Easy Mode, tetap la juga asyik kalah je biarpun telah beberapa kali main. Ini mengundang rasa tidak puas hati ni hehehehehe. Kena belajar strategi macam mana hendak menang. Tidak puas hati pula bila sekali pun tidak menang hehehehehe. 

Pyramid Solitaire

Pyramid Solitaire ni pertama kali den cuba permainannya tetapi sekali main bila telah dapat tangkap macam mana hendak main dan menang, terus terpesona jadinya lalu den main sampai berterusan sampai lenguh bahu hehehehehehe. Ini adalah antara game yang den memang ulang main sebab geram je bila kalah.

Tripeaks Solitaire

Tripeaks Solitaire juga adalah permainan yang den baru jumpa pertama kali tetapi terus menusuk hati begitu sebab menarik. Ini permainan Solitaire yang paling den suka di dalam laman sesawang ini. Tidak tau kenapa macam addicted sungguh walaupun asyik kalah. Kena buat kopi O panas untuk meneruskan perjuangan bermain game ini sampai menang nanti.

GolfSolitaire

Mula-mula den ingatkan permainan golf yang biasa tapi rupanya Golf Solitaire. Ada dua mode iaitu Easy dan Medium. Ini adalah antara permainan yang mengujakan tetapi sampai ke sudah den belum pernah menang sekali pun walaupun hanya bermain pada fasa Easy Mode. Haishhh. Adakah ketajaman minda den telah terpleot atau mata den semakin kero? Kalau korang tidak percaya game ini agak susah, cuba la korang layari laman sesawang ini dan cuba sendiri permainan ini ye.

Mahjong Solitaire

Ini adalah game yang sangat sweet warnanya pada den sebab buah mahjongnya pastel colour dan corak pada buah mahjong adalah corak yang begitu sinonim dengan zaman kanak-kanak kita.

Ada empat (4) pilihan corak, bentuk dan warna bagi Mahjong Solitaire ni iaitu Flower, Wood, Symbols dan Circus untuk kita pilih. Untuk mata den, Mahjong Solitaire dalam bentuk Wood tuh sakit mata sedikit sebab den kan rabun. Jadinya den lebih suka main yang tiga (3) corak yang lain tuh terutamanya Circus.

Dalam kesemua tujuh (7) permainan yang terdapat di dalam laman sesawang ini, ini adalah permainan yang den paling banyak main sebab den daripada dulu memang suka main mahjong yang padan-padankan buah mahjong tuh. Tidak pasti kenapa den suka permainan ini, mungkin sebab menguji kecekapan mata dan yang paling penting adalah ianya selalunya paling senang hehehehehe. Tetapi walaupun ianya paling ringkas bila tinggal beberapa biji buah mahjong dan tiba-tiba kita dapat notifikasi tiada lagi buah mahjong yang boleh dibuat, memang la terasa menusuk ke kalbu kecewanya itu.

Sementara den hendak merehatkan jari jemari sebentar sebelum meneruskan pertarungan di pusingan seterusnya, korang cuba masuk laman sesawang ini dan pilih permainan yang korang rasa best ye. Lepas tuh kalau sudi kongsikan la permainan yang korang paling suka.

Selamat bermain Solitaire semua.

 




0 Comments