Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sebelum Malaysia dan seantero dunia dibelenggu dengan pandemik Covid19 lagi, ramai juga di kalangan kita yang berusaha untuk mengambil supplement bagi meningkatkan tahap kesihatan diri di samping cuba mengamalkan gaya hidup sihat seperti yang disarankan seperti mengambil makanan seimbang dan bersenam.

Rasanya telah ramai yang pernah mengambil supplement yang berasaskan Habbatus Sauda atau Minyak Kelapa Dara. Kedua-dua bahan ini telah menjadi sinonim di dalam masyarakat kita lagi-lagi mereka yang memang tercari-cari supplement yang sesuai dengan diri masing-masing.

Bila telah masuk umur 40an seperti den ni ha, mahu tidak mahu perlu juga mengambil supplement supaya den kekal sihat dan berkeupayaan berjalan ke hulu ke hilir sebab ada skop kerja den memerlukan den pergi ke tapak dan pada umur sebegini den baru ada kesempatan untuk travel bersama keluarga dan kawan-kawan. Jadinya den memang hendak tidak hendak perlu juga mencari supplement lagi-lagi di kala Covid19 masih berleluasa.

Baru-baru ini den mencuba menggunakan Habbatus Sauda Oil Blend with Organic VCO daripada Recharge. 

Apa yang menariknya Habbatus Sauda Oil Blend with Organic VCO nih ye?

Habbatus Sauda Oil Blend with Organic VCO

Habbatus Sauda atau nama saintifiknya, Nigella sativa merupakan bahan yang digunakan selama beberapa abad untuk merawat pelbagai jenis penyakit.

Ada pelbagai manfaat Habbatus Sauda yang telah dijadikan supplement di dalam pelbagai bentuk kerana ianya dikatakan mengandungi bahan penawar semula jadi yang boleh bertindak sebagai anti-virus, anti-oksidan, anti-radang, anti-diabetes, dan anti-histamin. Ada kajian yang mengatakan ada bahan di dalam Habbatus Sauda yang berpotensi untuk merencatkan Covid19 tetapi sudah pasti kajian yang lebih terperinci perlu dilakukan berkaitan ini.

Kandungan Habbatus Sauda

Thymoquinone atau TQ adalah sinonim sebagai kompaun bioaktif utama di dalam Habbatus Sauda. Namun begitu, komposisi asal di antara kompaun-kompaun di dalam Habbatus Sauda perlu dikekalkan bagi memastikan keberkesanannya merawat penyakit secara optimum.

Antara bahan kimia utama yang terdapat di dalam Habbatus Sauda adalah:

1. thymoquinone (TQ)

2. thymohydroquinone

3. dithymoquinone

4. sterol dan saponin

5. kompaun fenolik

6. alkaloid-alkaloid

7. asid lemak (omega 3, 6, 9)

8. vitamin (E, C D)

9. mineral (Cu, P, Zn and Fe)

10. beta karotena

Manfaat Habbatus Sauda Oil Blend with Organic VCO oleh Recharge

Memang telah banyak maklumat diperkatakan dengan Habbatus Sauda ini yang kita boleh baca di pelbagai medium. Antara kelebihan Habbatus Sauda adalah boleh membantu mengurangkan masalah-masalah kesihatan seperti:

1. menurunkan berat badan,

2. keradangan kulit seperti ekzema atau psoriasis,

3. menurunkan kadar gula dalam darah; dan

4. membantu mengurus keadaan penyakit komorbid.

Keistimewaan Minyak Kelapa Dara

Minyak Kelapa Dara Organik atau Virgin Coconut Oil (VCO) adalah merupakan minyak lemak tepu yang mudah diserap oleh badan yang mempunyai bahan yang antibakteria, antikulat dan antiviral.

Ianya mengandungi pelbagai manfaat kesihatan seperti memperbaiki fungsi kognitif otak, meningkatkan metabolisme badan dan meningkatkan imunisasi tubuh.

You have me at membantu menurunkan berat badan gitu.

Umur macam den ni hendak dapat berat yang ideal jenuh sangat jadinya bila ada supplement organik yang bisa membantu memang hati berbunga-bunga jadinya.

Cara Menggunakan Habbatus Sauda Oil Blend with Organic VCO

Ringkas dan mudah sangat untuk gunakan Habbatus Sauda Oil Blend with Organic VCO ini.

1. Goncang dengan elok. 

2. Sembur sebanyak 1 atau 2 kali ke dalam mulut atau minuman. 

3. Sebaik-baiknya diambil bersama madu tulen.

4. Boleh juga disembur kepada kulit.

Kadang-kadang ada orang tidak boleh terima rasa minyak di dalam mulut, jadinya untuk mengurangkan rasa tidak best pada mulut itu, boleh je sembur ke dalam minuman samada air kosong atau air yang telah dicampur madu dan sebagainya ye.

Tengok mana yang lebih sesuai dengan tekak kita k. Kalau den, den lebih suka sembur Habbatus Sauda Oil Blend with Organic VCO ke dalam air suam untuk kurangkan rasa minyak tuh. Suami den boleh je sembur terus ke dalam mulut.

Kalau disemburkan pada kulit, ianya boleh membantu mengurangkan kegatalan, memudarkan kesan parut dan juga melembapkan kulit.

Suami den lepas vaksin Covid19, kulitnya jadi kering menggelupas yang macam merening-rening nak terkoyak tuh. Lepas dia sembur Habbatus Sauda Oil Blend with Organic VCO beberapa kali, nampak macam kulit tuh pulih dan macam bertaut kembali sedikit demi sedikit.

Sebagaimana supplements lain yang berada di pasaran, kita perlu mencuba sendiri supplements tersebut untuk memastikan kesesuaiannya dengan diri kita ye.

Ada orang yang bila makan Habbatus Sauda, dia boleh pening kepala. Ada orang kadang-kadang kulitnya ada alahan dengan minyak kelapa dara, jadinya kurang sesuai hendak disembur kepada kulit.

Jadinya kita cuba sendiri Habbatus Sauda Oil Blend with Organic VCO dan tengok kesesuaiannya dengan diri kita macam mana ye.

Kaedah Pengekstrakan Minyak Habbatus Sauda

Den cerita sedikit tentang apa yang membezakan Habbatus Sauda Oil Blend with Organic VCO oleh Recharge ini ye.

Minyak Habbatus Sauda (MHS) biasanya dihasilkan dengan menggunakan kaedah-kaedah perahan mekanikal seperti, Perahan Panas (PP) atau Perahan Sejuk (PS). Kaedah PP melibatkan suhu operasi di antara 50-100 darjah celsius manakala kaedah PS pula di antara 25-45 darjah celsius.

MHS-PS dan MHS-PP menghasilkan minyak dengan kualiti dan ciri-ciri yang berbeza dari segi nutrien, warna dan lain-lain, akibat daripada suhu operasi yang berbeza di antara PP dan PS. Perbezaan kualiti ini menyebabkan MHS-PS mendapat sambutan yang lebih baik di kalangan pengguna. Namun begitu, kaedah perahan mekanikal bukanlah kaedah paling berkesan bagi menghasilkan MHS.

Teknologi Pengekstrakan Superkritikal (Supercritical Fluid Extraction, SFE)

Teknologi pengekstrakan superkritikal (SFE) merupakan kaedah teknologi terkini yang sudah semakin mendapat perhatian dan permintaan di pasaran. SFE semakin popular, kerana ianya menggunakan teknologi hijau sebagai asas utama di dalam bidang pemprosesan makanan dan herba yang mempunyai banyak kelebihan berbanding kaedah-kaedah konvensional.

SFE adalah kaedah pengekstrakan moden bagi membolehkan pengasingan kompaun-kompaun bioaktif daripada bahan mentah seperti Habbatus Sauda yang mempunyai pelbagai khasiat kesihatan.

Habbatus Sauda oleh Recharge diekstrak menggunakan teknologi moden SFE tanpa penggunaan pelarut alkohol.


 

Kelebihan Teknologi SFE

Teknologi ini:

1. menggunakan karbon dioksida bertekanan tinggi yang selamat,

2. dapat mengesktrak lebih banyak minyak dan juga kompaun bioaktif

3. tidak bertoksik; dan

4. tidak meninggalkan sebarang kesan dan bahan lebihan (pelarut alkohol).

Kaedah ini disyorkan oleh para penyelidik kerana SFE dapat menghasilkan MHS berkualiti premium yang mempunyai sebatian antioksidan dan juga TQ yang tinggi jika dibandingkan dengan PS.

Pihak Recharge mempunyai pengalaman dan kepakaran lebih daripada 10 tahun di dalam bidang SFE dan telah berjaya mengekstrak pelbagai jenis herba dan rempah-ratus yang digunakan di dalam aplikasi nutraseutikal dan kosmetik. Ekstrak-ekstrak SFE yang dihasilkan adalah berkualiti premium, berdasarkan testimoni-testimoni positif daripada para pengguna dan pemain industri. MHS adalah tergolong di antara ekstrak terbaik keluaran daripada Recharge.

So dah jelas kan yang Habbatus Sauda Oil Blend with Organic VCO menggunakan kaedah pengekstrakan minyak Habbatus Sauda yang terkini dan lebih lestari. 

Harga

Dah tau pasal kelebihan Habbatus Sauda Oil Blend with Organic VCO ni dah tentu hendak tahu pasal harganya pula kan?

In sya Allah harganya mampu milik. Sebotol Habbatus Sauda Oil Blend with Organic VCO 15 ml dijual dengan harga RM25.00 (Semenanjung Malaysia) dan RM28.00 (Sabah dan Sarawak).


 

Dah tau harga mesti nak tau di mana pula hendak beli produknya kan?

Korang boleh beli Habbatus Sauda Oil Blend with Organic VCO daripada Shopee ye

 

(Spray) Ekstrak Habbatus Sauda & Minyak Kelapa Dara Organik - Recharge - Premium Quality | Shopee Malaysia

Boleh dapatkan maklumat lanjut tentang Habbatus Sauda Oil Blend with Organic VCO daripada:

Facebook: https://www.facebook.com/rechargeoilblend 

Instagram: https://www.instagram.com/recharge.hq 

Tik Tok: https://www.tiktok.com/@recharge_hq

Nanti korang cuba Habbatus Sauda Oil Blend with Organic VCO oleh Recharge ni dan kongsikan manfaat mana yang paling kena dengan diri korang k.


 

0 Comments