Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sekarang ni rasanya banyak tempat yang mempunyai mural yang menarik untuk kita bergambar kan?

Sebenarnya ini adalah salah satu perkara yang tidak pernah wujud di dalam agenda jalan-jalan cari makan. Agenda asalnya adalah hendak mengambil gambar di Kluang Mural Street tetapi oleh kerana ketua sesi berjimbaan tertidur kerana kurang sihat, makanya den dan Atiqah telah waze ke Kulai bukannya Kluang, patutnya pergi ke Kluang. Haru sungguh la kan hehehehehehe.

Makanya bila telah termasuk ke bandar Kulai, Kak Noris pun terjaga makanya dicari la tempat menarik untuk disinggah di Kulai ni sebab udah alang-alang sampai.

Rezeki kami terjumpa Kelapa Sawit Mural Street dalam google. Nama tempatnya Kelapa Sawit tetapi muralnya pelbagai gambar yang menarik dan berwarna-warni. 

Kalau korang tersinggah ke Kulai, pastikan mengambil peluang untuk bergambar di mural yang cantik ini ye.

0 Comments