Jika kau menjadi aku, aku yakin engkau mengerti

Jibam, Ujang

Arwah emak den meninggal dunia pada 22 Oktober 1988 semasa arwah berumur 30 tahun semasa melahirkan adik den. Den masa ini berumur 10 tahun. 22 Oktober 2021 genap 33 tahun arwah meninggal dunia. Den juga menjalani kehidupan tanpa kasih sayang dan guidance arwah emak selama 33 tahun.

Amat jarang den sembang dengan sesiapa pun tentang arwah mak. Bukan tidak ingat sebab in sya Allah setiap kali lepas solat atau baca Quran, den sentiasa doakan untuk arwah emak dan arwah atok, dua figura penting di dalam hidup den agar diampunkan dosa mereka, dihindarkan daripada siksaan kubur, semoga dimasukkan mereka di dalam golongan yang diampuni, diredhai dan dirahmati dan dimasukkan ke dalam syurga.

Den tidak bercerita pasal arwah emak sebab ia adalah topik yang sangat dekat pada hati den dan bukan semua orang akan memahami sebab mereka tidak melalui apa yang kita lalui. Benarlah seperti kata-kata Jibam di dalam karya Ujang (antara novel yang den suka) itu.

Masa graduasi tadika pada 1984. Den umur 6 tahun dan arwah emak umur 26 tahun.

Buku, Buku, Buku….

In sya Allah sehingga coretan ini ditulis, Membaca adalah salah satu ikigai bagi den walaupun selalu juga den terjebak di dalam fasa reading slump. Membaca adalah ikigai yang mempunyai nilai sentimental kepada den kerana orang yang memperkenalkan den dengan buku 36 tahun lepas adalah arwah emak den. Walaupun den hanya sempat bersama arwah selama 10 tahun tetapi arwah tetap berada di dalam setiap buku yang den baca terutamanya buku-buku yang best untuk den. Ini adalah ikigai yang akan selama-lamanya tersemat di hati den sehingga akhir hayat den.

Arwah emak akan kayuh basikal dengan den membonceng kat belakang basikal tuh untuk ke perpustakaan awam di Butterworth (berdekatan dengan hospital) hampir setiap minggu.

SOP nya adalah membaca sebuah buku Bahasa Melayu dan English di perpustakaan sebelum pinjam sebuah buku Bahasa Melayu dan English untuk dibaca di rumah.

Lepas membaca di perpustakaan, arwah mak akan membawa den naik buaian tepi pantai sambil makan aiskrim.

Disebabkan usaha dan didikan arwah mak, sampai sekarang den melekat dengan buku. Walaupun tidak membaca bersungguh-sungguh seperti dulu, books will always be my happy place, my escape buddy, my travel companion, my true and loyal friend, etc.

Perangai menerapkan budaya membaca den tidak buat kepada anak-anak den because I am lazy like that.

Education Is Everything

Arwah emak memang strict gila bab belajar ni. Kalau tidak berjuraian air mata masa menghafal sifir memang tidak sah. Den memang terpaksa belajar bersungguh-sungguh sebab hendak mengelakkan peha lebam kena cubit. Seingat den dari darjah 1 hingga darjah 4, memang setiap hujung tahun den akan naik pentas untuk ambil hadiah.

Den adalah pelajar yang sederhana tetapi motivasi untuk belajar sampai dapat naik pentas setiap tahun selain daripada supaya peha kekal comel tanpa kesan lebam adalah reward untuk makan KFC.

Naik pentas = makan KFC adalah satu equation atau kira-kira yang sangat logik bagi den pada ketika itu hehehehehe.

Arwah emak minat sungguh dengan Bahasa Inggeris. Masa den darjah 4, den pilih untuk masuk Kelab Pekebun. Marah sungguh arwah emak masa tuh hehehehehehe. Den suka je sebab dapat tengok tanaman pokok betik semua tu. Arwah emak pergi sekolah jumpa cikgu untuk masukkan den ke Kelab Bahasa Inggeris. Akhirnya den masuk dua kelab pada tahun itu. Masa persembahan pada hujung tahun 1988, den dan kawan-kawan di Kelab Bahasa Inggeris mempersembahkan koir lagu-lagu dari movie Sounds of Music.

Den kenal lagu Michael Jackson dan Air Supply dulu sebelum kenal lagu-lagu Sudirman, Alleycats dan penyanyi Melayu sebab arwah emak memang suka lagu English.

Tulisan den agak okay sebab memang selalu kena ketuk jari dengan arwah emak kalau tulisan senget benget. Nota den zaman belajar di UKM memang selalu dipinjam oleh kawan-kawan sebab selain ianya berwarna-warni, tulisan den boleh dibaca begitu. Zaman tulisan agak okay ini telah lama berlalu sejak mula bekerja sejak 2001. Sekarang ini tulisan molek sedikit daripada tulisan ala-ala doktor. Kalau buat laporan bertulis tuh kadang-kadang diri sendiri pun tak faham apa yang ditulis hehehheehe.

Perangai garang masa mengajar anak ni memang la menurun sangat pada den. Den memang kurang sabar mengajar budak-budak ni. PdPR sememangnya menyerlahkan sisi gelap den yang kadang kala seumpama rasukan ablasa apabila mengajar budak-budak ni. Bila la sekolah hendak buka untuk pembelajaran bersemuka ni hehehehhehe.

A Great Cook

Emak mana yang masak tidak sedap kan? Kecuali emaknya tuh adalah diri den hehehehehe. Den memang tidak berbakat dalam arena masak memasak ni. Beriya ikut resepi bagai hasil memang biasa-biasa aje. Ada sesetengah orang macam adik den dan kawan den, depa campak apa pun semuanya sedap. Jadinya angan-angan hendak jadi macam Julia Child eloklah dihapuskan sahaja hehehehehehe.

Masakan arwah emak yang den rasa paling sedap adalah kari ketam tumis darat, sambal tumis, gulai dan sambal belacan.

Masa umur den dalam 5 - 10 tahun, den suka makan nasi dengan kicap je jadinya memang tak beberapa ingat tentang masakan arwah emak sangat.

Arwah emak pernah berniaga nasi lemak. Masa ni den paling suka sambal sotong kering dia. Tidak pedas sangat, tidak manis sangat. Just nice dimakan dengan nasi yang penuh lemak berkrim.

Perangai pandai memasak ini menurun kepada adik den. Den cuma champion bab makan. Asal ada tempat orang kata makanannya sedap, den memang terkinja-kinja hendak pergi makan.

Pembersih dan Pengemas

Arwah emak pasang cadar memang macam dekat asrama. Baju dilipat memang macam piawaian kedai dobi. Susunan baju pun sama, elok tersusun macam diukur dengan pembaris. Teringat ada satu masa tuh, rumah sewa kitaorang dipecah masuk. Arwah emak yang perasan ada orang masuk rumah sebab susunan baju dia tidak seperti biasa dan terdapat renyukan pada cadar tilam sebab ada orang pijak pada tilam tuh.

Semua duit yang arwah emak simpan dalam diari dirembat oleh pencuri itu. Yang selamat cuma 2 buah tabung den, tabung Donald Duck dan tabung burung Nuri (tabung yang dapat percuma masa buka akaun Nuri. Sekarang dah takde insentif dapat tabung burung Nuri kalau buka akaun Nuri ni).

Rumah sewa kitaorang dulu walaupun pondok, nak masuk rumah kena tundukkan kepala sebab pintunya kecil dan rendah, tetap rumah tersusun rapi sebab arwah emak memang pengemas orangnya.

Perangai nan satu ini pun tidak menurun kepada den. Den selalu letak barang merata-rata tempat lepas tuh lupa. Kalau baju tuh kot berlipat udah mujur benar. Biasanya ambil baju yang hendak dipakai dari dalam bakul je huhuhuhuhu.

Fashionita

Arwah emak memang pandai bergaya. Kalau tengok gambar dulu-dulu dengan kebaya, etc memang cantik.

Baju raya den dulu-dulu siap ada reben di pinggang, ada corak lipatan bergaris-garis di dada, etc.

Arwah emak pandai padankan warna baju. Arwah paling suka kombinasi warna tahi cicak (hitam putih). Ingat lagi ada satu baju arwah pakai masa program makan-makan di kilang dia, blouse hitam putih yang ada ropol-ropol di bahagian pinggul dipadankan dengan legging hitam. Memang ala-ala Madonna di zaman kegemilangan begitu. Den ingat pasal baju ni sebab den ikut arwah emak ke majlis makan-makan tuh dan den makan kepak ayam banyak gila masa duduk tepi longkang (dari dulu rupanya den dan makanan berpisah tiada hehehehehe).

Bila arwah pakai scarf, scarf memang padan dengan corak dan warna baju.

Zaman den kecil dulu, kadang-kadang bila hari raya memang akan pergi kerintingkan rambut. Kalau pergi sekolah, rambut den paling fancy sebab rambut akan diikat dan didandan dengan macam-macam fesyen oleh arwah mak.

Fashion dan den memang seumpama minyak dan air, memang tiada jodoh di antara kita begitu. Tema den asal berbaju sudah. Sebab tuh kawan den pernah cakap tema baju den adalah tema baju lusuh-lusuh (ini memang akan den ingat sampai bila-bila hehehehehehe). Kalau baju warna hijau dan merah, den okay je pakai tudung warna biji kundang ke oren ke. Den sedar pemakaian den macam ala-ala hendak ke pasar tapi itu la, rasa hendak kelihatan presentable tuh tidak kuat dalam jiwa den. Suka tengok orang pakai cantik-cantik tapi den tidak rajin hendak berpakaian semengah. 

Banyak kalau hendak cerita pasal arwah mak ini kalau hendak diikutkan tapi banyak cerita yang kadang-kadang hanya sesuai untuk kenangan diri sendiri.

Lima tahun lepas den hendak ziarah kubur arwah emak di Butterworth (lupa den apa nama surau dan jalan tu) tetapi batu nisan kubur arwah emak dan beberapa orang lagi termasuk arwah nenek telah hilang akibat banjir yang melanda tanah perkuburan wakaf tersebut. Rekod daftar tentang mereka yang dikebumikan di tanah perkuburan tersebut yang terdapat di surau itu juga rosak akibat banjir tersebut. Jadi den tidak dapat lagi ziarah kubur arwah emak lagi. Hanya doa yang dapat dititipkan dari kejauhan.

Bila den baca buku Before The Coffee Gets Cold oleh Toshikazu Kawaguchi, orang yang den berhasrat hendak jumpa walaupun untuk 5 minit adalah arwah emak den sebab I never got the chance to say goodbye sebelum arwah pergi ke Hospital Bukit Mertajam pada 22 Oktober 1988 yang lepas. Tapi dah tentu la buku ni cerita imaginasi dan fiksi.

Sepanjang 33 tahun arwah emak meninggal dunia, den tidak pernah sekali pun bermimpi pasal arwah emak padahal den adalah orang yang hampir setiap malam bermimpi. Den pernah bermimpi jumpa arwah atok beberapa kali, arwah kawan-kawan dan emak/bapa saudara yang meninggal dunia tapi tidak pernah sekali pun den mimpikan arwah emak. Sedih juga sebenarnya.

Biarpun umur den hampir mencecah setengah abad, I will still and forever missing my late mum.

Kehidupan tanpa arwah emak selama 33 tahun adalah sesuatu yang tidak dapat den zahirkan rasanya tapi hendak diapakan ye tak, hidup perlu diteruskan dan hendaklah kita berpegang teguh dengan qada’ dan qadar.

The emptiness feeling will always be with you especially when you wake up in the middle of the night and you realized that you are facing the world alone.

Kalau den boleh kirimkan pesan kepada arwah emak di angin lalu, den ingin khabarkan kepada arwah emak to never worry about me. Life is tough and not fair most of the time, but I am going to be okay because I am her daughter. I will always find her presence in between the pages of the books that I read. No matter how terpleot I am, she will be in my prayer and doa, always and forever. I will always miss and love her for the rest of my life.

Den akhiri penulisan Ode to My Mother ini dengan pesanan Han Seong Jo kepada anaknya Han Geu Ru di dalam KDrama Move To Heaven, antara KDrama terbaik bagi den.

"Meskipun kamu tidak dapat melihat seseorang bukan bererti mereka tidak berada di sisi kita. Selama kamu mengingat mereka, mereka tidak akan menghilang".

Semoga Allah izinkan den bertemu semula dengan arwah emak di syurga.

Ini adalah antara coretan yang dikarang dengan linangan air mata dan sebak di dada. Pada umur berapa pun, berbicara tentang arwah emak sememangnya topik yang akan menyebabkan hati sayu sayat.

Sudilah kiranya sesiapa yang membaca coretan den ini sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah emak den.


 

3 Comments

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Bersulam emosi PH baca coretan sis ni; lucu, relatable & sedih pastinya.
    Walau apapun takdirnya., itulah yg terbaik utk kita Insha Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih puan sudi membaca coretan ini. In sya Allah semoga pengakhiran yang baik-baik untuk kita semua

      Delete