Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Jarang peminat buku tidak suka berjalan-jalan ke kedai buku. Ada tapi jarang-jarang begitu.

Walaupun kebanyakan kedai buku termasuk kedai buku gergasi telah menyediakan perkhidmatan pembelian buku di atas talian tetapi tetap la juga den suka je singgah ke mana-mana kedai buku kalau berkesempatan. Kedai fizikal sememangnya punya tarikan tersendiri sebab kita boleh membelek buku-buku yang ada. Boleh bergambar sakan pun iya juga hehehehhe.

Sejak ternampak iklan Kedai Projek Buku lalu lalang di Facebook, makanya kitaorang masukkan lawatan ke Kedai Projek Buku di B5 Johor Street Market, Johor Bharu sebagai salah satu tempat untuk dilawati bagi sesi berjimbaan kali ini.

Comel je Kedai Projek Buku yang terletak di dalam sebuah kabin ni. Walaupun comel tetapi pilihan buku yang dijual tidak kurang menarik. Ada buku terbitan The Patriots, buku-buku Hamka, buku-buku Andrea Hirata, buku-buku Fixi dan sebagainya. Kedai buku tidak pernah tidak menarik kan?

Jarang sekali pergi ke kedai buku dan keluar dengan tangan kosong. Pernah berlaku tapi jarang-jarang.

Kak Noris dan Tiqah masing-masing memilih karya Hamka. Den akhirnya membeli buku-buku karya Andrea Hirata setelah sekian lama dok berkira-kira hendak membeli buku-buku ini. Apabila telah terbiasa membeli buku-buku berharga RM17.90 dari BookXcess memang agak berkira-kira kalau hendak beli buku berharga RM25 ke atas begitu.

Kalau ada sesiapa berjalan di B5 Johor Street Market, boleh luangkan masa untuk singgah di Kedai Projek Buku ini ye.

Sebelum PKP buat kali kedua, Kedai Projek Buku sebenarnya mempunyai cawangan di Senawang dan lagi satu tempat den dah lupa di mana tetapi disebabkan penangan pandemic Covid19, kedua cawangan ini terpaksa ditutup. Hanya tinggal Kedai Projek Buku di B5 Johor Street Market, Johor Bharu yang masih beroperasi.

Kalau tidak dapat pergi ke kedainya di Johor Bharu, korang masih boleh dapatkan buku-buku yang dijual di Kedai Projek Buku ini di Shopee.

https://www.facebook.com/kedaiprojekbuku/

https://www.instagram.com/kedaiprojekbuku

Boleh klik sini untuk arah jalan ke toko buku ini ye 

https://goo.gl/maps/2nJ4934Wsw9ArP2V6

 

0 Comments