Assalamualaikum dan salam sejahtera.

 

Apa khabar semua?

Kita telah memasuki suku terakhir 2021.

Dalam dok kalut hidup bersama Covid19,

tiba-tiba sudah September.

Kita ingatkan 2020 adalah tahun paling tragis diselubungi Covid19.

Siapa menyangka siapa menduga.

2021 lebih tragis pengurusan Covid19 di Malaysia.

Dengan tiada bantuan pada kumpulan tersasar.

Seolah dibiarkan terkontang kanting rakyat semua.

Kalau mampu survive, hiduplah kamu.

Kalau mati hendak diapakan begitu.

Dengan kes kematian mencecah 300 lebih sehari.

Bagaikan nyawa tidak bererti.

Sedangkan nyawa tiada galang ganti.

Adakah Perdana Menteri baru dan barisan kabinetnya bisa menangani Covid19 dengan lebih berkesan?

Sama-sama kita tunggu dan lihat.

Apa lagi yang boleh dibuat ye tak?

 

Walaupun udah dibenarkan untuk dine in

tetapi memang masih sangsi setakat ini.

Kita tapau aje la dulu.

Tunggu nanti-nanti la kita minum-minum

walaupun hati terkinja-kinja hendak minum secawan kopi,

makan sepotong kek,

sambil bergosip dengan konco-konco.

 

Kalau diikutkan Takwim Cuti Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia bagi 2021,

11 - 19 September 2021 adalah Cuti Pertengahan Penggal.

Sejak PdPR ni den memang excited tunggu cuti sekolah

sebab bukan sahaja anak-anak dapat berehat daripada PdPR,

den pun boleh berehat sekali.

 

Kadang-kadang PdPR ni buat rasa overwhelmed sangat.

Walaupun ada ilmu den belajar sekali,

setelah berpuluh tahun den bersyair lagi,

betulkan sama makhraj bila kelas Tasmik dan lain-lain,

tetapi apabila PdPR berlangsung lagi-lagi kelas Google Meet

clash dengan mesyuarat atas talian,

bersaing dengan kita yang kena siapkan kertas kerja,

minit mesyuarat berenyut-renyut,

macam-macam calls, whatsapps, emails dari pejabat,

memang mengundang rasa hendak tengok KDrama

sambil makan jajan je hehehehehehe.

 

Jadinya bila cuti seminggu nanti,

bolehlah berehat sebentar daripada menjadi serigala jadian

bila tengok tulisan anak-anak yang macam tulisan doktor,

bila semak kerja sekolahnya asalkan siap,

lantak situ labu betul ke salah konsepnya.

Asal mewarna udah macam Picasso, abstrak semedang.

Itu belum kisah berebut pemadam pensel bagai.

Semua ini mengundang mama bermutasi

menjadi lebih daripada Scar dalam The Lion King,

lebih kepada Scorpio Rex dalam Jurassic World Camp Cretaceous.

Kadang-kadang udah bagai rasukan ablasa begitu.

Jadinya den happy sangat ada cuti sekolah ni hehehehe.

Den mahu membaca dan  tengok oppa dengan bertenang.

 

16 September in sya Allah kita akan menyambut Hari Malaysia.

Semoga yang baik-baik untuk Negara kita yang tercinta.

Semoga Malaysia berjaya menentang Covid19.

Semoga perpaduan kekal terjalin.

Semoga Malaysia kekal aman.

Kita kan Satu Malaysia.

 

Setakat ini arahan dari pejabat masih lagi

bekerja 2 hari di pejabat dan 3 hari di rumah.

Udah lama benar tidak menjejak kaki ke tapak,

Ada 2,3 tapak tuh degil bebenar pemohonnya.

Kadang-kadang den tidak pasti den yang blur ke apa,

Adakah memang konsepnya kita ceroboh dulu tanah Kerajaan,

selepas itu baru mohon untuk kelulusan?

Kadang-kadang teringat kisah terambil sebiji kurma.

Jenuh dicari waris-warisnya untuk diminta halal.

 

Apabila 80% rakyat divaksinasi dan herd immunity tercapai,

mungkin semua diarahkan bekerja seperti biasa.

5 hari seminggu.

Walaupun kes baru positifi Covid19 di Lembah Klang mencecah 8K setiap hari.

Mungkin Covid19 tidak akan dapat dibanteras secara total.

Mungkin akhirnya kita akan hidup bersama Covid19 di dalam komuniti kita.

Kita tunggu dan lihat apa Pelan Tindakan dan SOP yang sering berubah-ubah dari Kerajaan.

Sementara itu, kita usahakan pematuhan SOP.


Kisah kerja memang tidak akan habis sampai bila-bila.

Ada kawan sepejabat kongsikan kisah

tentang kesihatan mental, fizikal dan emosi kerana kerja.

Kesimpulannya kita buat kerja kita mana yang patut.

Usah beriya jika akhirnya memakan diri.

Bila keadaan mengizinkan dan kita boleh merentas nanti,

marilah kita merehatkan diri.

Berjimba jalan-jalan cari makan.

Hiburkan hati bersama teman.

Kisah di pejabat kita lupakan hehehehehe.

 

Kalau dulu topik yang boleh jadi pertikaian adalah

sokong parti politik mana?

Adakah parti keris, parti roket, parti bulan dan sebagainya?

Sokong pasukan bola sepak mana?

adakah Manchester United atau Liverpool?

Superheroes mana yang paling power?

Adakah superheroes dari Marvel atau DC?

Sekarang topik baru untuk didebatkan adalah kisah vaksin.

Vaksin ke tidak?

Kerajaan tidak wajibkan vaksinasi, ianya adalah sukarela.

Itu belum lagi cerita vaksin mana yang paling efektif.

Pfitzer kah? Sinovac kah? Astrazeneca kah?

Usah bicara tentang anti-vaksin.

Itu bisa buat kita sakit jiwa dan sakit otak melayannya.

Masing-masing sudah besar, cerdik pandai belaka.

Pembacaan faktanya bukan calang-calang.

Teori konspirasinya tidak terbilang.

Debatnya memang tidak terlawan.

Bagi den iya udah terserah.

 

Bulan September ni berjujuk senarai buku

yang den berangan hendak baca.

Setelah den tinggalkan Instagram penjual-penjual buku

agar tidak tergoda untuk terus membeli buku

yang entah bila hendak dibaca,

sampai tiada ruang hendak disimpan.

Ingatkan selamat sudah daripada terjebak membeli buku.

Alih-alih terpesona pula dengan buku-buku

yang dipromosi dan dikongsikan

di media sosial si burung biru, Twitter.

Bersaka juga buku-buku di Twitter nih ye.

Padahal asalnya joint Twitter untuk baca cerita yang cepat dikongsikan di situ.

Lebih cepat daripada Facebook.

Tetapi udah menjadi medium menambah koleksi buku pula huhuhuhuhu.

Haishhhh.

 

Ini den belum ada akaun Tik Tok.

Dikhabarkan di sana perkongsian buku amat menggoda.

Ini antara sebab den masih berkira-kira hendak buka akaun Tik Tok.

Walaupun review sekarang banyak juga perlukan Tik Tok.

Satu sebab adalah den tidak reti nak kongsi video apa.

Sebab den jarang ambil video.

Lagi satu sebab takut terjebak dengan Tik Tok pasal buku

yang akhirnya akan menyebabkan kadar pembelian buku meningkat.

Ini yang paling ngeri sebenarnya.

 

Walau apa pun kita perlu bersyukur

kerana masih hidup untuk hari ini.

Let us spread love and happiness.

Everyone is fighting their own battle you know nothing about.

Be kind always.

 

Semoga September 2021 akan lebih baik untuk kita berbanding Ogos yang lepas.

2 Comments

  1. Seram juga menjelang oktober ni sekolah nak bukak..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berdebar-debar juga ye sebab SOP pun masih samar-samar lagi.

      Delete