Jalan-Jalan di Taman Negara Tanjung Piai, Penghujung Selatan di Benua Asia
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Ini adalah tempat yang den memang terkinja-kinja hendak pergi semasa sesi berjimbaan kali ini.
Taman Negara Tanjung Piai, Pontian, Johor yang dibangunkan pada 1997 telah diwartakan sebagai tapak RAMSAR pada 2003. Keistimewaannya adalah ia merupakan titik atau tanah paling selatan di benua Asia (the southernmost point of mainland Asia).
Dah macam ninja kekanda seorang tuh |
Kawasan seluas 926 hektar ini (526 hektar kawasan bakau dan 400 hektar tanah lembut dan berlumpur) menempatkan kepelbagaian spesies flora dan fauna. Ha….ayat gomen habis ni.
Tempat Menarik
Banyak je tempat menarik di sini sebenarnya tapi disebabkan kitaorang dah kepenatan masa berjalan sana sini di Pulau Kukup, makanya pergerakan agak terbatas dan melembap di sini. Udah 40an ni ha, bergerak setapak pun jenuh rasanya. Kitaorang cuma berjalan di 1.2 km boardwalks untuk menyampaikan ke titik paling selatan. Sepanjang menyusuri boardwalks tuh, kitaorang berjumpa dengan boardwalks yang ditutup dari laluan kerana kerja-kerja penyelenggaraan, tenggelam dalam air laut, etc.
Sepanjang perjalanan ke mercu tanda titik paling selatan, kita memang akan dikelilingi oleh deretan pelbagai spesies pokok bakau dan pokok-pokok lain. Beruk pun ada juga. Pastikan jangan bagi makan ke depa ye. Nanti sakan diikutnya dan dirampas apa yang tercapai dek depa. Masa kitaorang pergi tuh ada insiden beruk merampas dan membawa lari handphone seorang wanita Cina ini. Tak tau akhirnya dapat tak dia dapatkan semula telefon dia tuh.
Kalau berkesempatan korang kena pergi ke 3 Kingdoms Jetty (kita oleh nampak Malaysia, Indonesia dan Singapura dari titik ini), menara pemerhatian, pelantar untuk memancing, Nurseri Pokok Bakau dan Galeri Informasi.
Warna cendawan sama dengan warna kasut den |
Patutnya kitaorang pergi je la kan sebab entah bila lagi nak datang ke sini tapi itu la tahap kemalasannya tidak teragak-agak.
Kemudahan surau, tandas, tempat letak kereta dan kedai cenderahati disediakan di sini.
Mercu Tanda Dataran Penghujung Di Benua Asia
Gambar yang wajib diambil di sini adalah gambar bersama mercu tanda dataran penghujung di benua Asia yang dibina di atas pelantar menghadap Selat Melaka.
Walaupun tidak ramai orang yang ada di sini semasa kami berjimba, tetap la juga kena beratur untuk mengambil gambar di sini kerana mercu tanda ini adalah tempat gambar wajib bagi semua pelawat di sini.
Ada banyak pakej aktiviti yang ditawarkan di sini sebenarnya tapi disebabkan kami kemalasan, dapat bergambar di mercu tanda pun dah kira okay. Untuk mereka yang minat bird watching, ini salah satu tempatnya sebab Tanjung Piai menjadi tempat burung migrasi singgah sebelum meneruskan perjalanan mereka. Boleh tengok, siasat dan pilih pakej mana yang berkenan di laman sesawang depa.
Kami habiskan masa satu (1) jam di sini. Rasanya kalau hendak pergi ke semua tempat menarik yang ada di sini, sedang elok tiga (3) jam.
Waktu Operasi dan Harga Tiket
Waktu Operasi: 9.00 pagi hingga 5.00 petang (waktu masuk terakhir adalah pada 4.00 petang).
Harga tiket atau conservation fee memang murah banget iaitu RM5.00/dewasa rakyat Malaysia.
Sama juga seperti Pulau Kukup, peluang untuk membuat program penanaman pokok bakau dibuka kepada mana-mana syarikat yang berminat untuk melaksanakan program Corporate Social Responsibility (CSR).
Boleh jengah media social di bawah untuk dapatkan maklumat lanjut ye.
Laman sesawang: www.johorparks.com.my
Facebook: https://www.facebook.com/tnjtanjungpiai
Instagram: https://www.instagram.com/taman_negara_johor_tanjung_piai
WhatsApp: 013-744959
Telefon: 07-6969712
Lokasi: https://goo.gl/maps/Y5SsHeVsgEfbYjBg6
Habis je berjalan-jalan di sini, korang boleh beli minuman dan makanan dari penjual yang ada berdekatan dengan kawasan letak kereta. Sakan kitaorang tapau segala nanas, keropok lekor, etc.
Tanjung Piai sama seperti Pulau Kukup, ia adalah kawasan semulajadi penuh dengan kepelbagaian biodiversiti. Paling kurang sekali seumur hidup den cadangkan untuk melawat kedua tapak tanah lembap (wetlands) ini yang telah diwartakan sebagai tapak RAMSAR.
Sepatutnya kitaorang pergi sekali Sungai Pulai sebab itu adalah sebuah lagi tapak RAMSAR di Johor tapi tidak ambil kisah pasal Sungai Pulai masa buat tentatif berjimbaan. Maknanya kena ulang la sesi berjimbaan ke Johor bersama konco-konco ye demi untuk write off Sungai Pulai dari bucketlist tapak-tapak Ramsar di Malaysia.
2 Comments
Bestnyaaa jalan2 last tgk kawasan pokok bakau ni di seri iskandar. Banyak jenis2 pokok bakau ditanam
ReplyDeleteKat mana tuh Nina pokok bakau kat seri iskandar? Macam menarik juga untuk dijengah tu
Delete