The Little Book of Ikigai by Ken Mogi
"iki" (to live) "gai" (reason)= live a happy and long life the Japanese way
Ini adalah antara buku motivasi yang den mampu baca sehingga habis dan jatuh suka padanya sebab diselitkan dengan cerita kehidupan sebenar yang unik. Den dan perkara berkaitan motivasi kebiasaannya ada seperti air dan minyak yang memang tidak secocok begitu.
Tidak pasti kenapa bila den baca maksud ikigai (reason to live) ni den teringat pada kata-kata Buya Hamka "Kalau hidup sekadar hidup, babi di hutan pun hidup. Kalau bekerja sekadar bekerja, kera juga bekerja".
The 5 Pillars of ikigai
Terdapat 5 asas ikigai yang diulang-ulang dalam setiap penceritaan di dalam buku dengan 195 mukasurat ini iaitu:
1. Starting small
2. Releasing yourself
3. Harmony and sustainability
4. The joy of little things
5. Being in the here and now
Kalau hendak diikutkan, 5 asas yang diterapkan di dalam konsep ikigai ini boleh sahaja ditemui di dalam mana-mana buku motivasi mencari kebahagiaan di dalam hidup tetapi yang membuatkan buku ini istimewa adalah cerita kehidupan yang dikaitkan dengan ikigai.
Cerita Kehidupan Unik
Antara cerita yang terdapat di dalam buku ini yang begitu heartwarming untuk den lalu menyebabkan den google macam-macam yang menyebabkan den mengambil masa yang lama untuk menghabiskan buku ini termasuklah:
1. Hiroki Fujita - pemborong ikan tuna yang bangun pukul 2 pagi untuk memastikan dia mendapat ikan tuna yang paling elok dan segar;
2. Sukiyabashi Jiro (antara restoran sushi yang sangat terkenal di dunia) dan pemiliknya, Jiro Ono (91 tahun pada 2017) yang merupakan the greatest living sushi craftman;
3. Yohen tenmoku = starry bowl. Terdapat hanya 3 starry bowls di Jepun yang dikategorikan sebagai National Treasure. Inaba tenmoku adalah strarry bowl yang terpaling molek;
sumber: orientalsouls.com |
sumber: mesubim.com Harga sebiji Muskmelon Sembikiya bermula dari US$120 |
6. ikebana - perniagaan gubahan bunga sejak 1462;
7. adat tea ceremony sejak 1591;
8. pembuat manisan tradisional sejak 500 lepas;
9. Eihei-ji temple, Fukui yang diasaskan pada 1244;
sumber: dreamstime.com |
10. Ise Shrine - digantikan dengan binaan yang baru setiap 20 tahun selama 1,200 tahun. Binaan tanpa paku;
sumber: jref.com |
11. Meiji Shrine - penanaman 120,000 pokok daripada 365 spesis yang didermakan oleh rakyat jelata di seluruh Jepun; dan
sumber: jref.com |
12.
kisah kehidupan ahli sukan sumo - yokozuna
termasuklah bow twirling ceremony (yumitori-shiki).
Ada orang kata buku ini tidak fokus sangat kepada adaptasi ikigai di dalam kehidupan harian, lebih kepada penceritaan kisah-kisah di dalam masyarakat Jepun yang berjaya sejak zaman-berzaman tapi den suka je sebab semua kisah yang disampaikan dalam buku ni den tidak pernah tahu.
How to ikigai?
Kalau baca buku ni memang contoh tersurat yang diberikan agak gegak gempita tapi kalau dibaca secara tersiratnya, sebenarnya boleh je ikigai diterapkan di dalam kehidupan harian kita yang biasanya boleh ditemui dalam mana-mana buku motivasi.
Antaranya adalah:
1) buat perkara yang buat kita gembira dan bahagia termasuk hobi;
2) hargai semua perkara yang berlaku di dalam hidup kita;
3) sentiasa ada ruang untuk penambahbaikan;
4) hargai perkara-perkara kecil di dalam hidup;
5) mulakan sesuatu dengan tindakan yang kecil tetapi berterusan; dan macam-macam lagi.
Setiap orang mempunyai ikigai nya yang tersendiri.
Ada orang yang jumpa ikigai nya di dalam secangkir kopi o setiap pagi sebelum memulakan apa-apa pekerjaan.
Bangun awal setiap hari sebelum Subuh.
Telefon ahli keluarga setiap hari apabila berjauhan.
Siapkan kertas kerja 3 hari sebelum deadline.
Hiking, zumba, jogging, rock climbing, etc.
Rakam video anak-anak membuat aktiviti.
Memasak bersama ahli keluarga.
Aktiviti malam minggu untuk tengok movie pilihan keluarga.
Mengait, jigsaw puzzle, dsb.
Jadinya apakah ikigai korang ?
Membaca adalah salah satu ikigai bagi den walaupun selalu juga den terjebak di dalam fasa reading slump. Membaca adalah ikigai yang mempunyai nilai sentimental kepada den kerana orang yang memperkenalkan den dengan buku adalah arwah emak den yang meninggal dunia semasa den berumur 10 tahun (tahun 1988). Walaupun den hanya sempat bersama arwah selama 10 tahun tetapi arwah tetap berada di dalam setiap buku yang den baca terutamanya buku-buku yang best untuk den. Ini adalah ikigai yang akan selama-lamanya tersemat di hati den sehingga akhir hayat den.
Membaca buku The Little Book of Ikigai by Ken Mogi menyebabkan rasa hendak melawat negara matahari terbit semakin membuak-buak. Den sejak berumur 10 tahun memang teringin banget hendak menjejakkan kaki ke negara pengeluar kereta Honda dan Toyota ini sebab Paksu den yang sambung belajar di sana selalu mengirimkan gambar-gambar tempat menarik di Jepun terutamanya semasa musim bunga (yang dah tentu dipelopori oleh bunga sakura).
Masa zaman belajar di UKM, terjebak pula dengan Takuya Kimura dan Takeshi Kaneshiro, makanya semakin teringin hendak ke Jepun. Lagho dan den berpisah tiada hihihihi.
Bila baca buku ikigai ni, termotivasi untuk hidup ala ikigai mungkin 20% tetapi yang lebih berkuat adalah pemikiran bila la dapat melawat Jepun yang penuh dengan keunikan dan penghargaan terhadap legasi kebudayaan dan adat ni.
Maybe this book is not everybody’s cup of tea but for me, the stories really make me want to sell my house, pack up and get lost in Japan.
0 Comments