Kita satu bangsa, kita satu Negara

Kita satu matlamat, ooooo

Kita satu bangsa, satu Negara

Kita satu Malaysia


Bila dah tua ni, dengar lagu di atas pun rasa sebak dada.

Alhamdulillah untuk Hari Kebangsaan yang ke 64 pada hari ini.

Malaysia Prihatin temanya.

31 Ogos 1957 detik bersejarah.

Banyak air mata, keringat dan darah tumpah demi hendak keluar dari cengkaman penjajahan British.

Pastinya hati dan rasa orang lama yang hidup di zaman sebelum dan selepas merdeka banyak bezanya

dengan kita yang lahir selepas Malaysia merdeka.

 

Bulan Ogos 2021 memang banyak kerja sekolah PdPR

berkaitan dengan tema kemerdekaan.

Tapak tangan merdeka, doodle merdeka, poster merdeka,

tokoh-tokoh yang terlibat menentang British,

kuiz kemerdekaan (yang ini banyak juga jawapan den salah huhuhuhuhu) dan sebagainya.

Ini antara kerja sekolah yang den suka buat

sebab den pun secara tidak langsung belajar sekali

Tentang hal berkaitan dengan kemerdekaan Malaysia.

Tentang Bunga Raya dipilih sebagai bunga Kebangsaan

kerana 5 kelopaknya mewakili 5 Rukun Negara.

31 Ogos 2021,

kita ada Perdana Menteri baru.

Tetapi Kabinet baru terdiri daripada 90% Menteri terdahulu.

Recycling is being taken seriously in Malaysia begitu.

Kitar semula Menteri-Menteri Kabinet terutamanya.

Hanya 3 orang Menteri den rasa macam okay.

Memang mengundang rasa terkilan.

Kalau macam ini gayanya.

Baiklah dikekalkan sahaja Perdana Menteri terdahulu.

 

Sebenarnya jauh di sudut hati.

Mengharapkan Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Sebab teringin hendak tengok Negara di bawah kepimpinan beliau.

Lagipun memang PH pun yang menang masa PRU14 kan?

Teringin hendak tengok muka-muka baru di dalam Kabinet.

Kenapa tidak berikan peluang kepada beliau agaknya.

Takut Negara tergadaikah?

Risau Melayu terkuburkah?

Tidak percayakah kepada Rukun Negara kedua?

Kesetiaan kepada Raja dan Negara.

Atau tidak berpegangkah kepada Rukun Negara ketiga?

Keluhuran Perlembagaan.

Atau lebih kepada survival politik masing-masing?

 

Bila jadi macam ini seolah undi rakyat tiada makna.

Sanggup merentas Negeri setiap kali mengundi.

Penat beratur bagai.

Den adalah salah seorang rakyat Malaysia

yang mengundi setiap kali Pilihanraya

sejak mencapai umur layak mengundi.

Den telah mengundi di Port Dickson

bagi PRU11 (2004), PRU12 (2008) dan PRU13 (2013).

Den mula mengundi di Shah Alam pada PRU14 (2018).

Den pernah juga mengundi di PRK Bagan Pinang pada 2009.

Bila jadi macam ini ada terdetik di hati.

Rasa malas sudah hendak mengundi masa PRU15 nanti.

Tengoklah macam mana nanti ye.

Kenangan mengundi PRU14. Siangnya mengundi. Malamnya berjimba bersama Bruno Mars.
 

Tetapi setiap yang berlaku in sya Allah pasti ada hikmahnya.

Maka bersabarlah hati.

Semoga yang baik-baik sahaja untuk tanahair kita.

Kita kan Satu Malaysia.

 

Selamat Hari Kemerdekaan ke 64.

4 Comments

  1. Selamat Hari Merdeka. Semoga kita juga merdeka dari pandemik yang berpanjangan ni. 💪

    ReplyDelete
    Replies
    1. In sya Allah semoga Malaysia merdeka dari Covid19

      Delete
  2. Selamat menyambut kemerdekaan negara Malaysia ke 64! :)

    ReplyDelete