Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Taman Negara Johor Pulau Kukup adalah salah satu daripada dua tempat yang memang den hendak pergi sangat di dalam sesi berjimbaan di dalam siri Jalan Jalan Cari Makan 4 Hari 3 Malam di Muar, Johor Bharu dan Kluang, Johor pada September 2020.

Iya sudah setahun kisahnya baru hendak dicoretkan hehehehhehe.

Pulau Kukup dibangunkan pada 1997 seluas 647 hektar telah diwartakan sebagai tapak RAMSAR pada 2003.

Pelabuhan dan Perkhidmatan Bot Kukup

Untuk menyampaikan ke Taman Negara Johor Pulau Kukup kita perlu menaiki bot menggunakan perkhidmatan bot Kukup dari Terminal Feri Antarabangsa Pulau Kukup dan turun di Jeti Pulau Kukup.

Sila pastikan korang tidak meletakkan kenderaan di bahu jalan di kawasan Pelabuhan sebab akan disaman oleh pihak Majlis. Kita perlu meletakkan kereta di kawasan tempat letak kereta terbuka yang memerlukan kita berjalan kaki lebih kurang 5 - 7 minit untuk sampai di Terminal Feri. Masa kitaorang pergi tiada yang kutip bayaran letak keretanya, jadi tidak pasti sebenarnya kena bayar ke tidak letak kereta di sini.

Dari Terminal Feri Antarabangsa Pulau Kukup ni korang boleh pergi ke Tanjung Balai dan Batam, Indonesia. Kita yang hendak pergi ke Pulau Kukup naik bot di laluan kecil sebelah kanan untuk naik bot. 

Semasa kitaorang pergi tidak ramai sangat orang, jadinya selepas meletakkan kereta, kami tidak perlu menunggu lama untuk menaiki bot ke Jeti Pulau Kukup. Hanya kami bertiga yang naik bot ke Jeti Pulau Kukup pada ketika itu.

Tiket bot RM5 untuk perjalanan 2 hala pergi dan balik. Hanya pastikan simpan tiket ye. Sekiranya kita pergi ke Jeti Pulau Kukup menaiki bot berwarna kuning, sila pastikan nanti balik dari Jeti Pulau Kukup juga menaiki bot berwarna kuning okay. Kalau menaiki bot berwarna biru, pastikan balik nanti juga menaiki bot berwarna biru okay. Tidak lama mana pun perjalanan dengan bot untuk menyampaikan ke Jeti Pulau Kukup ni dalam 10 - 15 minit sahaja. 

Di dalam perjalanan, kita boleh tengok deretan kelong sangkar penternakan ikan. Disebabkan telah lama tidak naik bot, macam best pula naik bot fefeling ala-ala dalam movie Mujse Doste Karoge begitu hehehehehe. 

Jeti Pulau Kukup

18 Check Points Taman Negara Johor Pulau Kukup

Taman Negara Johor Pulau Kukup diwartakan sebagai Ramsar Site pada 31 Januari 2003.

Sesi berjalan-jalan di dalam Taman Negara Johor Pulau Kukup sambil menghirup udara segar dan menghayati kehijauan alam terutamanya mengenali pelbagai spesies bakau sememangnya adalah aktiviti kembali ke alam semulajadi yang mengdambakan tenaga yang secukupnya sebab memang jauh perjalanan menerokai alam sekitar yang pastinya bisa menyebabkan kaki lenguh hehehehe.

Tempat ini sememangnya adalah sedia cantik secara semulajadi tetapi masa kitaorang ke sini, ada beberapa kawasan yang ditutup untuk kerja-kerja penyelenggaraan dan penambahbaikan makanya tidak dapat la kami bergambar sakan di sini.

Den teringin nak berjalan di atas tunggul-tunggul kayu yang dipotong cantik di Langkah Apiculata (Apiculata Steps) tapi disebabkan kawasan ini ditutup, dapat tengok dari kejauhan je la huhuhuhuhu. 

Langkah Apiculata yang tidak dapat dipijak

Kalau diikutkan peta yang terdapat berdekatan dengan kaunter tiket, terdapat 18 tempat menarik yang seharusnya kita singgah bagi melengkapkan perjalanan kita di Taman Negara Johor Pulau Kukup ini termasuk tempat-tempat yang dinamakan sempena dengan nama spesies bakau yang terdapat di sini macam Langkah Apiculata (Apiculata Steps), Lingkaran Bruguiera (Bruguiera Spiral), Menara Avicennia (Avicennia Tower), Wakaf Xylocarpus dan lain-lain.

Kalau cerita pasal spesies bakau ni memang sebenarnya agak dekat di hati den sebab masa belajar dulu ada satu (1) subjek Pemuliharaan Bakau ke apa lupa dah yang memerlukan kepada kitaorang mengenal spesies bakau, ukurlilit batang pokok bakau, etc.

Bila den bekerja pula, salah satu komponen di dalam pelan pengurusan lembangan sungai adalah pemeliharaan dan pemuliharaan ekosistem bakau, jadinya begitulah hubungan dengan pokok bakau ni.

Tempat Menarik Untuk Bergambar

Alam semulajadi sememangnya menyediakan pemandangan yang menghijau dan sangat menarik untuk kita bergambar. Kombinasi kehijauan pokok bakau beserta kayu walkway memang membuatkan gambar-gambar yang diabadikan di sini one of its kind begitu. 

Brahminy Kite Pavillion adalah tempat yang memang wajib untuk bergambar sebab ianya unik sangat.

Satu gambar kitaorang di sini den paling suka sebab nampak sweet sangat. One of my favourite photo sepanjang trip kami kali ini.

My favourite photo

Maklumat yang disediakan untuk memberikan dan menyebarkan maklumat tentang kepentingan paya bakau dan persekitarannya termasuk jenis flora dan fauna yang terdapat di sini walaupun ringkas tapi sesuai sebab jarang kita hendak berlama-lamaan membaca maklumat kan (ini den la).

Pengalaman menyusuri walkway yang dikelilingi keindahan kehijauan paya bakau sambil bergossip dengan konco-konco memang merupakan satu pengalaman yang istimewa because it always great to go back to nature and listening to sound of nature right?

Lagi-lagi untuk den yang umur dah semakin menghampiri senja ni, kembali ke alam semulajadi dah macam satu theraupatic experience lately, I love to absorb the smell of nature. Kalau diikutkan banyak fauna yang terdapat di sini tetapi den hanya sempat jeling-menjeling dan pandang memandang ikan belacak, siput dan ketam je sebab itu je yang terjumpa.

Waktu Operasi dan Harga Tiket

Waktu Operasi: 9.00 pagi hingga 5.00 petang (waktu masuk terakhir adalah pada 4.00 petang).

Harga tiket atau conservation fee memang murah banget iaitu RM5.00/dewasa rakyat Malaysia.

Kepada mana-mana syarikat yang berminat untuk melaksanakan program Corporate Social Responsibility (CSR), boleh pertimbangkan untuk membuat program penanaman pokok bakau bersama.

Kalau korang hendak menyumbang kepada sektor ekonomi penduduk tempatan, korang boleh je shopping souvenirs macam ikan kering, udang kering, etc di kedai-kedai yang terdapat di 3 kawasan yang sekitar terminal sejurus korang sampai je dari Jeti Pulau Kukup iaitu Kukup Laut, Air Masin dan Kampung Melayu.

Untuk maklumat lanjut tentang Taman Negara Johor Pulau Kukup, boleh layari:

Laman sesawang: www.johorparks.com.my

Facebook: https://www.facebook.com/tnjtanjungpiai

Instagram: https://www.instagram.com/taman_negara_johor_pulau_kukup

WhatsApp: 013-744959

Telefon: 07-6969355
 
 
Udang sama udang takkan sama anak tenggiri

 

2 Comments

  1. Bestnya tgk banyak kawasan paya bakau kt johor. Entah bila boleh jejakkan kaki

    ReplyDelete
    Replies
    1. In sya Allah rasanya 2022 dah dibenarkan merentas negeri. Baki 3 bulan di tahun 2021 ni marilah kita menabung supaya dapat berjimba

      Delete