Pelbagai Baju Sukan Selesa, Mampu Milik dan Menarik di VV EHouse
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Apa khabar semua terutamanya mereka yang memang menantikan kelonggaran SOP bagi aktiviti rekreasi dan riadah terutamanya mereka yang memang suka bersenam dan jogging di Taman Astakona (antara lagu best di zaman kegemilangan rock kapak awal 90an dulu).
Kepada sesiapa yang mencari-cari pakaian sukan sebab teruja akhirnya dapat berlari dan beriadah kembali setelah sekian lama terperuk di dalam rumah, bolehlah menjengah ke laman media VV EHouse yang menawarkan pelbagai pilihan pakaian sukan untuk lelaki, wanita dan kanak-kanak.
Selama ni kan den main sarung je baju apa yang ada di dalam almari tuh ha kalau sempat nak bersenam. Masa sempat berzumba satu ketika dulu pun den tibai je pakai baju apa yang sempat tersauk. Temanya asalkan berbaju gitu. Yang penting bagi den adalah sport bra dan kasut yang selesa. Memang tidak pernah peduli langsung pasal baju dan seluar untuk bersenam.
Jadinya bila den berpeluang mencuba gymwear daripada VV EHouse, den memang teruja gila sebab pakaian dia serius sangat selesa, mampu milik dan cantik.
TShirt HOLO Dry-Fit T yang ringan sangat-sangat, breathable, cepat sejuk. Den suka banget T-Shirt ni. Kena beli lagi 3 warna sebab memang best pakai bila bersenam. Dia punya ringan tuh tak tau nak cerita macam mana. Memang rasa awesome sangat.
Detail All Over Running Sweatpants pun selesa sungguh sebab sangat ringan dan stretchable.
Bagi mengurangkan keseksian di kala bersenam di tempat awam agar tidak menjadi hencapan netizen, den pakai Zip Up Raglan Sleeve Hoodie yang simple yet so comfortable. Dah terasa seperti Eminem atau penyanyi hip hop yang lain.
Serius best, selesa dan pakai gymwear dari VVeHouseMy ni.
Korang boleh tengok ada macam-macam pakaian yang den pasti akan ada yang korang akan berkenan. Korang boleh tengok pakaian dalam kategori Fitness & Gym, Lifestyle & Yoga dan Trendy & Now.
Ada pakaian untuk plus size juga k. Saiz besar tetapi tetap fashionable.
Kategori muslimah pun ada ye. Ada Active Wear Hijab dan Modest Swimwear.
Ada dijual aksesori berkaitan senaman sekali macam skipping rope, shoe bag, yoga mat, sport bag, botol air dan sebagainya.
Boleh tengok pelbagai pilihan pakaian di pautan berikut ye:
Website: https://www.vv-ehouse.com/
Facebook: https://www.facebook.com/VVEhouseMY
Instagram: https://www.instagram.com/vv_ehouse
Den suka tengok produk di bahagian Sales (Off Season Clearance). Memang menarik potongan harganya.
Jadinya moh la kita memilih pakaian sukan yang selesa yang menarik bagi meraikan rancangan kita untuk bersenam semula.
Kalau tak nak bersenam pun boleh je pakai dekat rumah sebab selesa sangat material nya.
0 Comments