Sempena hendak meraikan Hari Kemerdekaan ke 64 yang tidak beberapa hari lagi ni, den teringin hendak tahu tentang makanan kebangsaan.

Bunga raya merupakan bunga kebangsaan.

Harimau belang merupakan binatang kebangsaan.

Burung kenyalang merupakan burung kebangsaan.

Proton dan Perodua merupakan kereta nasional.

Jadinya adakah nasi lemak merupakan makanan kebangsaan?

Nasi lemak dengan masyarakat Malaysia memang tidak dapat dipisahkan. Nasi lemak boleh diumpamakan sebagai salah satu identiti Malaysia.

Rasanya jarang hendak jumpa orang Malaysia yang tidak makan nasi lemak.

McDonald pada 2019 pernah membuat petisyen untuk mendapatkan 1 juta tandatangan rakyat Malaysia di dalam kempen ‘Make Nasi Lemak Malaysia’s National Dish’. Den tak pasti apa keputusannya. Bila buat carian di internet pasal petisyen ini, tidak jumpa pula tentang hasil petisyen tetapi den jumpa banyak resepi nasi lemak hehehehehe.

Semasa pertandingan Miss Universe pada 2017, wakil Malaysia iaitu Samantha Katie James menggayakan pakaian tradisional bertemakan nasi lemak rekaan Brian Khoo. Udah memang comel orangnya, maka cantik la dia memakai busana nasi lemak ni. Kalau den yang pakai harus kena hencapan netizen hehehehee.

Den memang suka banget nasi lemak. Walaupun Doktor di PPUM saban kali mengingatkan den supaya menjaga pemakanan kerana kolesterol tinggi, den tetap suka makan nasi lemak.

Kalau orang kata ada nasi lemak sedap, biasanya kalau berkesempatan den memang akan cari.

Dulu arwah emak pernah meniaga nasi lemak dengan Mak Ngah masa den darjah 3, 4 tahun 1987/88. Den paling suka sambal sotong kering kecil-kecil yang dibuat oleh arwah emak dan Mak Ngah. Sampai sekarang kalau den berpeluang menjenguk Mak Ngah, den selalu request hendak makan sambal tumis udang Mak Ngah.

Nasi lemak yang arwah mak buat dah tentulah nasi lemak tersedap yang den pernah makan sepanjang hidup den sebab masakan emak yang mana tidak sedap kan. Semua masakan emak kesedapannya tidak tertanding oleh sesiapa pun, baik chef tersohor yang mendapat bintang Michelin. Macam cerita Ratatoiulle, kenapa Anton Ego, pengkritik makanan terpesona sampai terjatuh pennya bila merasa makanan Ratatoiulle. Ia adalah sebab makanan tersebut mengingatkan kepada perasaan dia semasa makan makanan yang dimasak oleh emaknya. Makanan yang dimasak dengan penuh kasih sayang oleh emak biasanya adalah comfort food kepada kita.

Semasa den duduk di Petaling Jaya, den selalu makan nasi lemak di medan selera berdekatan dengan kilang Campbell tuh (lupa sudah nama apa medan selera tuh, SS2 ke apa).

Nasi lemak kampung baru pun den pernah makan beberapa kali.

Den suka makan nasi lemak sambal udang kecil-kecil. Sebelum PKP hari tu ada kawan sepejabat tolong tapaukan nasi lemak sambal udang kecil-kecil ni. Memang heaven sangat makan.

Nasi lemak yang dibalut dengan daun pisang adalah nasi lemak klasik yang kalau di kampung, biasanya memang sokmo sedap.

Bila den masak sendiri nasi lemak, den suka masak sambal telur puyuh tak tau kenapa.

Walaupun nasi lemak masih belum dinobatkan secara rasmi sebagai makanan kebangsaan (ke memang telah diwartakan tapi den yang tidak tahu?), nasi lemak sememangnya sangat dekat di hati rakyat Malaysia. 

Nasi lemak adalah makanan kebangsaan untuk diri den.

 

2 Comments

  1. Nampak pun dah terliur sambal telur tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehhehehe sebulan sekali boleh la masak ni. Kalau setiap minggu harus tak muat baju yang ada

      Delete